NAMPAKNYA usaha pihak-pihak tertentu untuk meremehkan dan merosakkan kredibiliti institusi-institusi agama masih lagi berterusan.
Terbaharu, Jakim pula yang menjadi sasaran dalam portal media pembangkang. Mereka kini sudah berani secara terang-terangan mempersoalkan kenapa hampir RM1 Bilion disalurkan kepada Jakim oleh kerajaan?
Sebelum ini, suara-suara sebegini hampir mustahil untuk didengar, tetapi tidak lagi sekarang.
Tanpa disedari, usaha-usaha ini hakikatnya adalah bertujuan merosakkan dan mencemarkan agama Islam itu sendiri, kerana jika jatuhnya institusi-institusi agama yang menjaga, mempertahankan, dan mengembangkan agama Islam di Malaysia ini, maka dengan sendirinya ia pasti akan turut menjejaskan perkembangan Islam di Malaysia.
Bahkan akan turut memudahkan usaha musuh-musuh Islam untuk melaksanakan agenda jahat mereka, sehinggalah agama ALLAH ini menjadi rendah dan hina di sisi pandangan mereka.
Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam yang penduduk asalnya adalah mereka yang beragama Islam sejak ratusan tahun dahulu?
Bahkan bangsa Melayu tetap mempertahankan Islam walaupun pernah dijajah oleh pelbagai bangsa asing yang bukan beragama Islam. Tidakkah mereka sedar perkara ini?
Malah, tidakkah mereka sedar bahawa Perlembagaan Negara sejak ia ditubuhkan telah termaktub dalam Perkara 3 (1) bahawa Islam adalah Agama Persekutuan?
Inilah yang merupakan punca kuasa terbesar Jakim dalam menterjemahkan Perlembagaan Negara dan sumpah Yang di-Pertuan Agong atas nama ALLAH untuk memelihara agama Islam. Inilah kewajipan dan tanggungjawab pemerintah terutamanya melalui kuasa eksekutif seperti Jakim untuk melaksanakan Perkara 3 (1) dan sumpah Yang di-Pertuan Agong tersebut.
Hakikatnya, mereka tiada hak dalam mempersoalkan perkara ini.
Bahkan, jika kita menelusuri kewujudan Jakim di Malaysia, kita akan dapati bahawa penubuhannya bermula dari unit kecil di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 1968 yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.
Justeru, ini bermakna kewujudan Jakim adalah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja dan menjadi sekretariat penyelaras hal ehwal agama Islam kepada MKI.
Lihatlah betapa Institusi Raja-Raja berperanan besar dalam menjaga dan mempertahankan agama melalui Jakim dan agensi-agensi agama yang lain.
Bukan itu sahaja, Jakim selain menguruskan elaun guru-guru Kafa yang melebihi 30,000 orang dan hampir 15,000 imam di seluruh negara, Jakim juga mempunyai punca kuasa yang jelas dalam Perlembagaan untuk terlibat dalam perkara-perkara yang melibatkan perundangan, pentadbiran dan pendidikan Islam.
Jabatan Audit Negara juga baru-baru ini telah mengesyorkan satu kajian dilaksanakan bagi memastikan objektif program Kafa untuk mewujudkan sistem kelas pengajian al-Quran dan fardu ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh negara tercapai.
Sehubungan itu, sepatutnya Jakim perlu diberi peruntukan khusus untuk melaksanakan kajian secara holistik mengenai pendidikan Islam kepada murid peringkat rendah dan keciciran murid Islam di sekolah kebangsaan daripada mengikuti pendidikan Islam yang ditawarkan.
Justeru, jumlah peruntukan untuk Jakim adalah relevan, malah sebenarnya tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam.
Kini sudah tiba masanya juga elaun imam-imam, guru-guru Kafa, guru-guru takmir, dan kakitangan agama seluruh Malaysia dikaji semula untuk dinaikkan, (pada tahun ini sahaja peruntukan bagi elaun-elaun imam, guru-guru Kafa dan takmir berjumlah hampir RM500 juta) memandangkan tanggungjawab dan amanah memelihara Islam hari ini makin mencabar dengan pelbagai ideologi ekstremisme yang mula mengakar, termasuklah ideologi radikal seperti IS, liberalisme dan pluralisme, termasuklah LGBT yang melonggarkan dan meremehkan agama.
Inilah peranan utama Jakim dalam menjaga, mempertahan, menyubur, dan mengembangkan Islam di negara ini.
Moga-moga mereka tergolong dalam golongan yang tetap teguh mempertahankan agama ALLAH seperti yang sabda Rasulullah SAW: “Sentiasa akan ada segolongan daripada umatku yang tetap teguh di atas kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka sesiapa yang menyalahi mereka, sehingga datangnya urusan ALLAH (hari kiamat), bahkan mereka tetap dalam keadaan sedemikian (tetap teguh mempertahankan agama ALLAH)”. Hadith sahih riwayat Muslim.
Justeru, apakah kita masih lagi ingin lena dibuai mimpi, saling bergaduh dan berselisih sesama sendiri, sehingga musuh-musuh Islam ini sudah mula dan sanggup memperkotak-katikkan agama kita sendiri.
Adakah kita lupa kepada perpaduan, persatuan, dan persaudaraan sesama umat Islam yang akan mengukuhkan kedudukan kita dan agama kita di bumi tercinta ini? Bangkitlah wahai saudara-saudaraku, mempertahankan agama ini.
* Penulis Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

0 Komentar untuk " Jakim sepatutnya dapat lebih "