ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (Maccops) 2015 mampu menjana jualan sebanyak RM10 juta sepanjang empat hari ia berlangsung bermula hari ini.
Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran itu mampu dicapai memandangkan Maccops 2014 yang diadakan buat julung kalinya menerima sambutan memberangsangkan dengan sasaran jualan sebanyak RM3 juta.
Katanya, Maccops 2015 pada kali ini diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka akan melibatkan 227 ruang niaga membabitkan 215 koperasi tempatan dan 12 koperasi luar negara.
“Ini adalah tahun kedua Maccops diadakan. Jumlah penyertaan koperasi pada tahun ini adalah melebihi jumlah pempamer pada tahun lalu iaitu 110 pempamer.
“Ini disebabkan jumlah negara luar yang menyertai Maccops pada kali ini meningkat seperti Thailand, Brunei, Indonesia dan Kemboja. Jika tahun lalu, peserta kita hanya daripada koperasi tempatan dan Thailand,” katanya.
Bertemakan ‘Bersama Mengukuhkan Jaringan Ekonomi Koperasi’, beliau berkata, Maccops 2015 dijangka bakal menarik 200,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dan adanya pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan koperasi.
“Antara produk tersebut termasuklah barangan berasaskan makanan, produk pelancongan dan perumahan,” katanya.
Koperasi yang terlibat dalam Maccops 2015 terdiri daripada pelbagai sektor seperti perladangan dan pertanian, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, hartanah serta komuniti.
Perkenalkan produk koperasi
Abdul Fattah berkata, Maccops merupakan platform utama koperasi mempromosi dan mengetengahkan produk serta perkhidmatan mereka ke seluruh negara.
“Ia menjadi satu jenama yang mengangkat martabat produk dan perkhidmatan gerakan koperasi di Malaysia di peringkat global.
“Matlamat utamanya ialah memberi peluang kepada koperasi mewujudkan produk dan perkhidmatan yang berdaya saing serta mampu berdiri setaraf dengan produk yang ada di pasaran dalam dan luar negara,” katanya.
Menurutnya, karnival tersebut membolehkan koperasi merebut peluang memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada orang ramai, sekali gus meningkatkan pendapatan koperasi menerusi jualan terus atau kontrak perjanjian.
“Selain itu, karnival ini juga menjadi platform untuk koperasi mengukuhkan jaringan kerjasama dan menjalankan pemadanan perniagaan antara perniagaan tersebut.
“Hasil dari laporan kaji selidik dijalankan, Maccops mampu menaik taraf dan memartabatkan produk, perkhidmatan dan perniagaan koperasi dalam pasaran di negara ini,” katanya.
Maccops 2015 akan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, hari ini.
Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai program dirangka, antaranya ceramah oleh personaliti, tokoh koperasi dan pemain industri, demonstrasi masakan serta persembahan artis terkenal seperti Man Kidal, Datuk Hattan, Datuk Ramli Sarip dan kumpulan Raihan.
Karnival itu anjuran Angkasa dengan kerjasama kerajaan Melaka, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Produk koperasi ke luar negara
Menurut Abdul Fattah, hasil daripada karnival itu, sebanyak 20 produk sudah dibangunkan dan dipasarkan ke China, Jepun dan Dubai, di bawah program dikenali sebagai ‘100 Champion’.
“Menerusi program '100 Champion', produk yang dipilih untuk dibangunkan itu adalah produk yang benar-benar berpotensi untuk berkembang dan mempunyai permintaan tinggi. Kami bangunkan dan jenamakan semula produk dengan kerjasama Sirim.
"Antara 20 produk yang dibangunkan dan dikomersialkan ke negara luar adalah kopi, kek buah dan biskut. Ia selaras dengan hasrat kami untuk meningkatkan perdagangan dengan koperasi dalam negara-negara anggota Asean,” katanya.
Selain itu, katanya, Angkasa kini dalam peringkat perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk memasarkan produk koperasi sebagai makanan dalam kapal terbang.
Pada masa akan datang, Abdul Fattah berkata, Angkasa berhasrat untuk mengukuhkan jenama Maccops supaya ia dikenali ramai termasuk di peringkat antarabangsa.
"Kami berhasrat untuk menjadikan karnival Maccops lebih besar dan dikenali ramai seperti Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha)," katanya.

0 Komentar untuk " Platform koperasi promosi produk "