MALAYSIA adalah negara yang kaya dengan hidupan laut seperti ikan, udang, sotong dan pelbagai lagi. Justeru, memakan makanan laut merupakan amalan biasa bagi masyarakat majmuk di negara ini.
Kebiasaannya, kedai-kedai makan atau restoran di tepi laut mahupun kuala sungai menjadi destinasi pilihan orang ramai kerana boleh menikmati makanan laut yang segar dan sedap.
Namun, disebabkan lokasi serta jarak yang mungkin jauh dari tempat kediaman, segelintir masyarakat memilih untuk makan makanan laut di restoran di kawasan bandar sahaja. Makanan laut biasanya dihidangkan secara berasingan. Seperti contoh, udang dimasak secara berasingan tanpa dicampurkan dengan makanan laut yang lain.
Walau bagaimanapun, terdapat restoran yang menyajikan makanan laut yang dimasak sekali.
Lebih kreatif lagi, makanan ini disajikan menggunakan hamparan kertas khas dan hanya perlu makan di atas kertas itu tanpa menggunakan pinggan ataupun mangkuk.
Idea ini menyebabkan ramai berebut-rebut untuk membuka perniagaan makanan laut itu dengan banyak kedai berkonsepkan ini sudah dibuka kepada orang ramai.
Viral di laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut membantu menjadikan ianya trending dan membuatkan masyarakat ingin mencuba keunikan serta kesedapan konsep makanan berkenaan.
Bagi pelajar kolej swasta, Hong Yi Mun, 21, banyak restoran di sekitar Lembah Klang yang menawarkan sajian makanan laut.
Namun, dia memilih makan makanan laut di restoran yang berkonsepkan seperti itu iaitu di Restoran Shell Out setelah membaca respons pengguna laman sosial mengenai restoran tersebut.
“Kebanyakan komen mengatakan sajian makanan di restoran tersebut agak sedap. Saya adalah penggemar makanan laut.
“Jadi, saya buat keputusan untuk makan di restoran itu. Apabila saya makan di sini, saya tidak nafikan masakan di restoran ini memang sedap,” katanya.
Pelajar kolej, Chua Peng Hong, 23, pula berkata, dia tertarik dengan sos yang dihidangkan restoran itu.
“Saya sangat suka ketam. Apabila saya makan ketam bersama sos itu, ia adalah satu kombinasi tepat dan memang sedap.
“Saya pasti akan makan di sini lagi. Harga makanan di sini agak berpatutan berbanding kedai lain,” katanya.
Sementara bagi peniaga, Syaima Maznun, 24, dia teruja menikmati makanan laut dengan konsep tersebut.
“Saya datang ke Kuala Lumpur dari Bera, Pahang semata-mata untuk menikmati hidangan kreatif ini. Di tempat tinggal saya, kedai berkonsep ini belum ada.
“Jadi, saya mahu merasai keenakan makanan ini. Kalau sedap, saya boleh syorkan kepada kawan-kawan saya,” katanya.
Bagi pengunjung, Mohammad Hafiz Abdul Wahab, 25, pula berkata, dia teringin merasai makanan itu setelah diajak tunangnya.
"Tunang saya teringin untuk makan konsep ini kerana makanan seperti itu baru di negara kita.
“Setelah pergi ke kedai ini, saya merasakan konsep kedai ini agak berlainan kerana hanya makan tanpa pinggan ataupun mangkuk dan beralaskan kertas. Lebih istimewa, kami makan hanya dengan menggunakan tangan,” katanya.
Pemilik Restoran Shell Out, Jeremy Yap, 35, dia terfikir untuk membuka restoran tersebut kira-kira dua tahun lalu dengan adiknya sebagai rakan kongsi.
Beliau membuka restoran setelah mendapat pandangan positif daripada rakan rapatnya setelah merasa makanan yang dimasaknya.
“Saya mengambil langkah berani dengan membuka restoran dengan memasak makanan laut. Restoran yang pertama saya buka adalah di Kota Damansara pada 2013.
“Apabila saya buka restoran ini, saya tidak sangka akan dapat sambutan menggalakkan,” katanya.
Antara makanan laut yang disediakan adalah udang, ketam, sotong dan beberapa jenis ikan dengan harga yang berpatutan kepada orang ramai.
Selain makanan laut, restoran tersebut turut menghidangkan masakan lain yang bukannya makanan laut supaya mereka yang tidak makanan laut boleh merasai makanan di restoran berkenaan.
“Saya memilih konsep menghidangkan makanan menggunakan kertas khas kerana mahu menjimatkan penggunaan pinggan. Kepuasan lebih terpancar jika makan di atas kertas.
“Agak sukar untuk makan ketam guna kedua-dua alat makanan ini. Saya juga menggalakkan pelanggan untuk makan tanpa menggunakan sudu dan garpu.
“Walau bagaimanapun, jika ada pelanggan yang mahukan pinggan dan sudu, kami akan sediakan kepada mereka,” katanya.

0 Komentar untuk " Restoran Sheel Out: Makanan laut beralaskan kertas khas "