SELEPAS tamat pengajian di sekolah menengah, Tuan Marina Tuan Mat atau lebih dikenali Tasha mengambil peluang menceburi bidang model seawal belasan tahun secara sambilan.
Tasha sememangnya meminati dunia peragaan kerana dia sangat menyukai fesyen.
Walaupun begitu, minatnya ketika itu tidak menghalangnya untuk melanjutkan pelajaran.
Tasha menyambung pelajarannya dalam bidang Sains Komputer Multimedia di Kolej Shah Putra Kuantan pada 2003.
Pada masa sama, Tasha tetap meneruskan minatnya sebagai model sambilan sekiranya menerima tawaran.
Kerjaya Tasha bermula selepas tamat pengajian, Tasha mendapat tawaran sebagai guru sandaran bahasa Melayu pada 2006 namun Tasha hanya mampu berkhidmat sebagai guru selama dua tahun.
Tasha mengakui dia sememangnya menyukai dan berat hati untuk meninggalkan bidang pendidikan walaupun hanya bekerja selama dua tahun di tiga sekolah iaitu SMK St Thomas, SK St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang.
“Kontrak sebagai guru tamat dua tahun selepas itu menyebabkan saya memilih cari pekerjaan lain yang tetap demi masa depan.
“Saya sedih meninggalkan kerjaya guru namun untuk diserap sebagai guru memerlukan ijazah sarjana muda berbanding pengalaman ketika itu. Saya anggap ia bukan rezeki saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tasha masih ingat, ketika berada di Kuala Lumpur kerana menerima tawaran sebagai model bagi salah satu produk kesihatan tempatan, dia kemudiannya mendapat tawaran sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di salah sebuah syarikat perbankan di
Kuantan, Pahang pada 2008 sehingga kini.
Pengalaman selama sembilan tahun dalam bidang model dan tujuh tahun dalam perbankan sememangnya satu pengalaman yang sangat mencabar.
Tasha perlu pandai membahagikan masa sama adil bagi kedua-dua kerjayanya. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Tasha tidak pernah terfikir untuk melepaskan mana-mana kerjaya yang dipegangnya ketika ini.
“Saya tidak rasa ada masalah untuk meneruskan kedua-dua kerjaya. Walaupun tidak mempunyai masa untuk diri sendiri tetapi saya puas.
"Saya juga akan menghabiskan masa di hujung minggu atau cuti umum untuk sebarang sesi fotografi apabila mendapat tawaran,” katanya.
Buka butik
Tasha yang sememangnya suka mengayakan pelbagai fesyen pakaian sering mendapat pujian dan permintaan daripada mereka yang melihatnya.
Daripada situ, Tasha mendapat idea untuk membuka butik Labooche Atelier pada Ogos 2014 bersama dua rakan kongsi yang juga kawan karibnya, Nurul Ashikin Zulkifli dan Wan Noorlyana Ismail.
Dengan bermodalkan RM70,000, butik itu juga menawarkan perkhidmatan mengukur pakaian dari rumah, sekali gus menjadi butik pertama di Kuantan yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
"Kami menyediakan perkhidmatan jahitan dan kami akan datang ke rumah pelanggan untuk mengukur baju dengan tempahan minimum tiga pasang.
"Pelanggan kami juga terdiri daripada golongan pertengahan dan kenamaan di sekitar Kuantan," katanya.
Menurutnya, butiknya mendapat permintaan dan sambutan yang tinggi daripada pelanggannya.
Bagaimanapun, Tasha berkata, ada juga pelanggan dari negeri lain seperti Kuala Lumpur, Kedah, Selangor dan Johor Bahru.
Perniagaan tiga sahabat ini dijalankan secara bergilir-gilir dengan bantuan tiga tukang jahit.
Mengulas berhubung perancangan masa depan butiknya, Tasha berkata, dia mahu butiknya akan menjadi salah semua butik yang dikenali di Kuantan.
"Kami juga merancang untuk membesarkan kapasiti kedai dengan menambah tukang jahit bagi memenuhi permintaan pelanggan.

0 Komentar untuk " Bekas guru kini pemilik butik "