MALAYSIA merupakan pasaran penting dengan potensi pertumbuhan besar bagi produk tenusu Fonterra New Zealand serta berfungsi sebagai hab eksport dan pembuatan syarikat itu ke negara-negara Asia, kata pengarah urusan Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, Jose Miguel Porraz Lando.
Meskipun pertumbuhan global yang perlahan, angka penggunaan Malaysia masih menggalakkan dan justeru itu, beliau yakin pasaran boleh berkembang kukuh berdasarkan kepada peningkatan penggunaan produk tenusu dan makanan berkhasiat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Namun secara purata seorang rakyat Malaysia menggunakan hanya 44 kilogram produk tenusu setahun, kira-kira separuh daripada purata penggunaan dunia, katanya.
"Kira-kira 1.8 juta orang menikmati hidangan jenama produk Fonterra setiap hari di Malaysia dan dengan kira-kira enam juta isi rumah di sini, hampir satu daripada tiga isi rumah menikmati hidangan setiap hari," kata Porraz Lando.
Syarikat itu kini menyasar 30 juta hidangan setiap hari, pertumbuhan 15 kali dalam tempoh 10 tahun, yang dapat dicapai sekiranya pengguna dididik dengan betul mengenai keperluan pemakanan berkhasiat dalam kehidupan mereka, katanya dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
"Fonterra tidak mendedahkan angka kewangan bagi operasi Malaysianya tetapi operasi Asia menyumbang 20 peratus daripada keuntungan yang dihasilkan syarikat daripada keseluruhan sumbangan hampir NZD1 bilion dan Malaysia menyumbang bahagian yang besar daripada jualan tersebut," katanya.
Fonterra, syarikat tenusu multinasional utama, melabur kira-kira RM280 juta setahun bagi penyelidikan dan pembangunan dalam usaha membangunkan produk dan wawasan baharu yang unik dan memenuhi keperluan pengguna.
"Kami konsisten mengkaji produk kami untuk mengurangkan jumlah gula, mengurangkan lemak, menjadikannya lebih sihat dengan lebih banyak nutrien, lebih lazat dan dalam masa yang sama mampu dimiliki," katanya.
Banyak inovasi tersebut, katanya, juga dibawa ke Malaysia dan dihasilkan di dua kilang pembuatan Fonterra di Selangor iaitu Susumas dan Dairymas yang juga menampung keperluan eksport ke Filipina, Indonesia, Vietnam, Hong Kong, Singapura dan Bangladesh, kata Porraz Lando.
Kilang Susumas mengimport susu dari New Zealand, yang melakukan proses mencampur, mengadun, mengetin dan membungkus dengan kapasiti pemprosesan 10,000 tan metrik setahun manakala kilang Dairymas dibina untuk membantu menampung peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap yogurt dan produk tenusu UHT.
Fonterra merupakan syarikat global milik koperasi New Zealand, dengan koleksi susu kira-kira 22 bilion liter setahun dan menghasilkan pelbagai segmen produk tenusu di bawah jenama antara lainnya, Anlene, Anmum, Fernleaf CalciYum, produk tenusu Anchor dan keju Chesdale. - Bernama

0 Komentar untuk " Malaysia merupakan pasaran penting produk tenusu "