SEJAJAR dengan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), Merong Freight Sdn Bhd melancarkan penggunaan media sosial sebagai penghubung dengan pasaran luar negara.
Pengarah Urusannya, Norazlina Najmudin berkata, seiring dengan trend semasa syarikat itu menggunakan platform tersebut sebagai medium pemasaran berkesan.
"Kepentingan media sosial untuk menghubungkan syarikat dengan prospek dan pelanggan kami di seluruh dunia.
"Kami menggunakan laman sosial seperti Facebook sebagai permulaan 'Business Tools' atau kit perniagaan," katanya di majlis pelancaran itu dan sambutan ulangtahun ketiga syarikat, baru-baru ini.
Menurutnya, syarikat menyedari kepentingan media sosial kerana liputan meluas dan kemudahan di hujung jari.
Katanya, industri perkhidmatan terutamanya industri logistik sinonim dengan pendekatan medium perniagaan face to face.
"Tetapi kami ingin menerajui pendekatan baharu menggunakan medium media sosial secara aktif dalam menyampaikan perkhidmatan online kepada pelanggan.
"Ternyata dengan menggunakan kaedah ini, kami berjaya mendapat maklum balas daripada prospek baharu untuk menggunakan perkhidmatan menerusi laman web," katanya.
Selain tersebut, mereka juga menggunakan platform Twitter, Instagram dan Mobile Apps di Google Play Store bagi meluaskan jaringan rangkaian perkhidmatan sama ada pasaran domestik atau antarabangsa.
Tidak hanya menyediakan perkhidmatan pengurusan pengangkutan, Norazlina berkata syarikat itu turut menjalankan perkhidmatan perundingan pengurusan projek.
Malah syarikat mereka berada di ranking pertama bagi penghantaran barang ke Sabah dan Sarawak di enjin carian Google.

0 Komentar untuk " Merong Freight intai platform baharu "