PUSAT latihan pertama IT Asia Tenggara, iTrain (M) Sdn Bhd melancarkan Akademi Leet usahasama dengan TalentCorp sejajar dengan pelan EPP2 Greater Kuala Lumpur dan agenda nasional Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Lembah Klang.
Pengasasnya, Bikesh L berkata, akademi itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran dan mempersiapkan graduan untuk menjadi usahawan khususnya bidang teknologi.
“Kami menyediakan kursus intensif percuma kepada graduan menganggur dan tiada pekerjaan tetap.
“Bukan sahaja pembelajaran khusus bidang teknologi, kami melengkapkan pelajar dengan kemahiran keusahawanan, latihan kemahiran perniagaan dan pembelajaran teknikal,” katanya di Majlis Pelancaran Akademi Leet.
Menurutnya, akademi tersebut berfungsi sebagai platform bagi mereka memulakan perniagaan sendiri.
Katanya, pihak akademi turut melakukan pemantauan agar usahawan baharu berjaya dalam bidang ceburi.
“Akademi ini akan mengoptimumkan bakat dan kebolehan graduan dalam membangun potensi kendiri. Kami meningkatkan semangat keusahawanan dan inovasi pelajar,” katanya.
Kursus selama enam bulan itu ditawarkan kepada graduan menganggur berumur 27 tahun dan ke bawah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CPGA) 2.0 hingga 3.0.
Katanya, mereka yang berminat menjadi usahawan boleh menghubungi pihak akademi namun setiap pengambilan terhad kepada 25 pelajar.
“Kelas diadakan Isnin hingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
“Kami mengalu-alukan graduan bermotivasi dan bersemangat tinggi menyertai akademi ini,” katanya.
Pengambilan pertama memulakan pengajian 23 November ini dan kemasukan pelajar seterusnya pada Disember depan. Mereka yang berminat boleh mengisi borang online, dan terbuka untuk rakyat Malaysia.

0 Komentar untuk " Akademi Leet tawar kursus usahawan percuma "