KERAJAAN Kedah menerima pelaburan RM3 bilion dari Qingdao, China bagi projek mega Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia adalah pelaburan terbesar dari China ke Malaysia, khususnya di Kedah meliibatkan pendaratan ikan tuna dari Lautan Hindi untuk diproses di sini sebelum dieksport ke China melalui pelabuhan Qingdao.
Beliau berkata, projek ini membabitkan pelaburan RM1 bilion di Kedah dan menyediakan 20 kapal laut bernilai RM2 bilion.
"Ini adalah permulaan untuk Kedah menerokai peluang yang mungkin wujud antara dua pihak yang mempunyai banyak teknologi dan kepakaran dalam pelbagai bidang.
“Saya harap kolaborasi dan persefahaman antara Kedah dan Qingdao dapat dipertingkatkan ke tahap yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya selepas merasmikan seminar ‘21st Century Maritime Silk Road Kedah - Qingdao Bilateral Investment Opportunities’ di Hotel Grand Alora, di sini, hari ini.
Menurutnya, Qingdao mempunyai pusat pendaratan ikan terbesar dan mendapat sokongan begitu baik dari kerajaan China yang boleh dmanfaatkan oleh Kedah.
Pada seminar itu, Mukhriz menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Kedah dan Qingdao sebagai usaha meningkatkan lagi pertumbuhan.
Ia melibatkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan Kerajaan Perbandaran Qingdao; perdagangan dua hala dan promosi pelaburan kerjasama antara Kedah Invest dan Biro Perdagangan Qingdao serta Kumpulan Lu Haifeng dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi projek KIFT.
Difahamkan, KIFT berperanan sebagai terminal pendaratan ikan, logisitk dan gudang sejuk beku, pusat lelongan makanan laut, pusat pemasaran dan pasca tuai tempatan, pusat perindustrian makanan laut serta pusat pentadbiran dan pejabat-pejabat kerajaan.
Mengulas mengenai aspek pelancongan di negeri ini, Mukhriz mengakui keadaan terminal feri di Kedah dalam keadaan yang sangat memalukan.
“Mungkin syarikat di Qingdao boleh berkongsi kepakaran dan membantu kita dalam menaiktaraf terminal di Kedah.
“Dalam perbincangan bersama pun, mereka (Qingdao) mengakui bahawa infrastruktur di Langkawi tidak cukup untuk menampung jumlah pelancong yang semakin ramai,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bandar Qingdao, Wang Wenhua berkata, Kedah dipilih kerana masyarakatnya hidup aman dan harmoni selain kedudukan ekonomi Malaysia yang stabil.

0 Komentar untuk " Qingdao labur RM3 bilion projek KIFT "