ALHAMDULILAH. Alhamdulilah kerana jualan akhbar Sinar Harian meningkat lagi. Pada bulan Ogos lalu, jumlahnya bertambah lebih 15,000 naskhah sehari. Kami hampir tidak percaya kerana jualannya meningkat sebegitu banyak.
Dalam keadaan keseluruhan pasaran akhbar yang kian merosot, dua atau tiga ribu kenaikan jualannya ia boleh dikatakan logik. Tetapi, kenaikan 15,000 naskhah boleh dianggap mustahil meskipun ia benar.
Kejayaan itu membuatkan kami gembira bercampur bimbang. Gembira kerana akhbar ini kian mendapat sambutan pembaca. Bimbang kerana pada bila-bila masa sahaja jumlah yang meningkat itu boleh sahaja merosot.
Kemerosotan jualan akhbar ini telah kami rasa pada tahun lalu. Kami tidak dapat meneka mengapa ia mula merosot pada tahun lepas kecuali kerana trend pembaca beralih untuk melayari berita di internet.
Tetapi, kenaikan pada bulan Ogos lalu tidak sekali-kali pula bererti pembaca sudah melupakan internet dan mula membaca akhbar versi cetak kembali.
Oleh sebab itu, hasil kenaikan hingga 15,000 naskhah tanpa apa-apa promosi itu adalah kerana apa? Secara spesifik, kami tidak tahu! Namun, tabiat pelanggan mutakhir ini mungkin berpunca daripada sikap mereka yang mudah beralih selera.
Ini adalah kerana, kemajuan dalam pelbagai bidang pembuatan, ciptaan mahupun pengeluaran menawarkan aneka pilihan kepada para pelanggan. Semakin banyak pilihan, semakin mudah dan cepat mereka berubah selera.
Jika kita ambil contoh mengenai tabiat membeli-belah di pasaraya bagi orang Kuala Lumpur, pada tahun-tahun 70an, pilihan warga kota hanyalah di Ampang Park dan Pasaraya Campbell. Di situlah tempat tumpuan mereka berlibur dan berbelanja.
Hanya setelah Kompleks Pertama muncul, mereka beralih ke situ. Kemudian Plaza Bukit Bintang dan Plaza Sungai Wang menjadi tumpuan. Apabila muncul Plaza Yow Chuan, Subang Parade, Lot 10 dan seterusnya Pavilion, orang Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak pilihan.
Begitu juga dengan munculnya hypermarket iaitu daripada era emporium seperti Emporium Keramat, Yaohan, Carrefour, Jaya Jusco(Aeon), Giant dan kemudiannya Mydin, tumpuan pelanggan sudah terpecah menjadi pelbagai.
Makan nasi beriyani yang sedap sudah bukan lagi di Restoran Bilal. Mereka boleh menjamahnya di Restoran Syed, Restoran Hakim, Restoran Kayu, malah di hampir kesemua restoran mamak.
Ini belum termasuk beriyani Melayu seperti di JM Beriyani atau nasi di restoran Arab seperti di Al Rawsha, Hadralmaut atau de Arab. Pelanggan juga punyai pilihan untuk merasa masakan Thai, Jepun, Korea, Perancis, Itali apatah lagi ala-Amerika dengan burgernya.
Pada hari ini, pelanggan singgah ke sesebuah restoran bukan semata-mata kerana lapar dan hendak makan. Mereka makan kerana hanya ingin merasa masakan di sesebuah restoran itu.
Meskipun sedap, ia belum menjamin pelanggan itu datang lagi kerana pada hari esok dia hendak merasa masakan di restoran lain pula.
Kita lihat munculnya pelbagai restoran konvensional, ala-bistro, café dan juga yang menggunakan konsep hipster. Semakin banyak restoran, semakin banyak pilihan.
Semakin banyak pilihan, semakin mudah sesebuah restoran itu hilang pelanggan dan gulung tikar! Jika tidak punyai rangkaian dan jenama besar, amat sukar sesebuah restoran itu dapat bertahan lama.
Kepelbagaian pilihan inilah yang memunculkan tabiat pelanggan yang tidak setia kepada sesuatu barangan. Jika lebihkurang 15 tahun yang lalu, seseorang rakyat Malaysia hanya dapat menonton tidak lebih 10 saluran, pada hari ini mereka mempunyai pilihan menonton daripada lebih 70 saluran.
Setiap saluran mempunyai tarikan dan keistimewaan sendiri hinggakan seseorang itu boleh sahaja, menekan lebih 10 saluran rancangan berita mengikut kehendaknya.
Jika seseorang itu boleh menukar 10 saluran berita dalam 10 saat, bayangkan betapa mudah dia mengubah selera hingga ia menjadi suatu tabiat. Kepelbagaian pilihan telah menjadikan kita manusia yang mudah bosan dengan sesuatu dan menukar selera pada bila-bila masa.
Apa yang dikatakan sebagai customer loyalty mahupun brand loyalty sudah tiada lagi. Relationship marketing, atau cara pemasaran mendekati pelanggan agar mereka terus setia kepada sesuatu jenama semakin sukar diaplikasikan. Inilah yang memeningkan mereka yang ada dalam bidang pemasaran.
Generasi X yang lahir di antara tahun 1966-1976 adalah meraka yang lebih sukar mengubah selera berbanding dengan generasi Y yang lahir di antara tahun 1977-1994. Sedangkan generasi Z yang lahir di antara tahun 1995-2012 adalah generasi yang semakin bebas memilih apa yang mereka suka.
Merekalah golongan yang terdedah kepada dunia internet yang cepat pantas dan berubah-ubah. Oleh kerana pantasnya perubahan apa sahaja di depan mata, mereka boleh suka dan benci dalam sekelip mata.
Mereka yang daripada generasi X dan Y tidak akan terkejar dengan pola perubahan minat generasi Z ini. Generasi Z ini semakin ramai. Kita tidak akan dapat mengubah mereka. malah kitalah yang harus berfikir seperti mereka agar dapat menangani kehendak mereka. Orang politik dari ‘generasi V atau W’ nampaknya dah tak dapat menjiwai aspirasi mereka.

0 Komentar untuk " Apa yang pelanggan mahu? "