SAYA bertemu dengan Zin pertama kali kira-kira 45 tahun lalu dan kami terus menjadi sahabat karib. Orangnya tampan, sentiasa ceria dan aktif. Belum pernah saya lihat dia menangis.
Dia bukan jenis manusia yang suka buang masa. Siang malam dia sibuk; kerja, beriadah, mengaji, belajar bahasa Arab, ambil peperiksaan, buat bisnes kecil-kecilan, iaitu beli kereta untuk disewakan.
Kalau dengan rakan-rakan, Jamal yang paling banyak bercakap. Jika ada yang tidak berkenan di hati, dia tegur terang-terang, tidak kira orang suka atau tidak.
Kami tidak bertemu lagi selepas dia bersara 10 tahun lalu dan balik ke kampung, kecuali sekali apabila dia masuk wad.
Sabtu lalu, bersama enam sahabat lama, saya menjelajah beberapa kawasan melalui apa yang kami namakan ‘Kembara Utara’. Matlamat kami adalah menziarahi seramai mungkin sahabat lama yang menetap di kampung. Tentunya Zin, sahabat karib saya itu, tidak terkecuali.
Kami didorongkan atas kesedaran bahawa, menurut hadis, antara tujuh golongan yang mendapat naungan ALLAH adalah mereka yang bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH.
Dengan panduan yang diberikan rakan-rakan kami tiba di pintu rumahnya sejurus selepas azan Maghrib berkumandang. Zin yang kami jumpa kali ini rupanya bukanlah Zin yang dahulu lagi.
Tubuhnya yang gempal itu sudah mengecut. Dia terketar-ketar memanjat anak tangga untuk ke dewan tetamu dengan sokongan tongkat berkaki empat. Kami terpaksa sebut nama masing-masing kepada Zin kerana pendengaran dan penglihatannya sudah lemah.
Dia nampak lemah, namun Zin masih mampu ketawa apabila berkongsi kisah lama. Dia sendiri ada banyak cerita lucu. Zin memberitahu kami, dia takut ayahnya lebih daripada dia takut hantu.
“Ayah aku ajaq aku jadi berani. Dia suruh aku lalu di kubuq. Mula-mula terpacak bulu roma, tapi lepaih tiga empat kali, aku dah tak heran lagi,” katanya. Kami terbahak-bahak.
Pagi Ahad, ketika kami meminta diri, Zin jelas sudah hilang kemampuannya untuk menyembunyikan kesedihan akibat derita yang terlalu berat untuk dipendam.
Perasaan pilu yang ditahan-tahan selama ini meletup juga akhirnya. Dia menangis, suaranya terketar-ketar ketika berulang kali mengucap terima kasih dan selamat jalan kepada kami.
“Bila lalu sini, singgahlah rumah saya ni. Kirim salam kepada kawan-kawan lain,” katanya, suaranya terus bergetar. Sebahagian daripada apa yang dikatakan tidak dapat saya faham, bukan kerana loghat utaranya yang pekat, tetapi kerana ditenggelami sedu-sedan.
Kami faham perasaannya, setelah mendengar cerita melalui kawan-kawan tentang derita yang ditanggungnya. Tidak lama selepas bersara, kami dapat tahu Zin sakit. Beberapa tahun kemudian isterinya, yang sentiasa menjaganya, meninggal dunia.
Tidak lama kemudian, anak lelakinya, seorang peguam yang patutnya boleh jadi tempat bergantung pula mengikut jejak ibunya. Moga ALLAH kumpulkan dalam kalangan mereka yang diredaiNya.
Seolah-olah tidak cukup dengan itu, Zin sendiri hilang penglihatan. Kini hanya tinggal seorang anaknya, seorang lelaki, yang juga menjadi peguam. Anaknya itu bersama isteri yang menjaga makan-minum Zin.
Kami juga sempat bertemu rakan-rakan lain, termasuk Mat Husin, Zul, Hashim, Ishak dan Ismail. Ismail juga sakit dan tiga hari seminggu dia perlu menjalani rawatan dialisis.
Dia juga seorang yang dahulu periang, tekun, berpegang kepada prinsip dalam hidup dan pekerjaan dan suka berkongsi ilmu agama, pengalaman dan pandangan.
Mujurlah kosnya sebanyak RM250 sekali rawatan ditanggung majikannya. Alhamdulillah. Kalau tidak susah juga dibuatnya.
Disebabkan keadaannya itu, Ismail terpaksa meninggalkan kampungnya di mana dia menjadi imam surau untuk tinggal bersama anaknya di bandar lain untuk meneruskan rawatan dialisis.
Seperti Zin, Ismail juga teresak-esak ketika kami meminta diri, mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan agar dia sembuh seperti sediakala. Bagi saya, apa yang saya dengar dan lihat adalah suatu iktibar untuk diri sendiri.
Ia membuatkan saya lebih kerap mengingati apa yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW: “Ingatkan lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati."

0 Komentar untuk " Takut ayah lebih daripada hantu "