Tambah stokis penuhi permintaan Angio Jus - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tambah stokis penuhi permintaan Angio Jus

SYARIKAT makanan tambahan menggunakan bahan semula jadi, Mintech Industries menerusi jenama Angio Jus sedang mencari stokis yang berminat bagi mengedarkan produknya di Perak, Kelantan dan Terengganu.

Pengasas bersama, Hasliza Husin berkata, setakat ini syarikatnya mempunyai stokis di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

"Sebelum kami tidak menghebahkan penambahan stokis kerana khuatir tidak mampu menampung permintaan yang meningkat daripada pelanggan.

"Kini kami bersedia untuk menambah lebih banyak stokis pada masa akan datang," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Selain boleh diperoleh daripada stokis, Angio Jus juga boleh didapati di beberapa kedai di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, walaupun produk itu masih baru di pasaran, syarikatnya yakin dengan sambutan yang menggalakkan, ia dijangka mampu mencecah jualan sehingga 10,000 botol sebulan.

Katanya, syarikat itu bermula dengan hanya empat botol sebulan kini menjual 1,000 botol sebulan pada bulan lalu.

Didorong dengan jualan itu, Mintech kini sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka bengkel sendiri.

"Kami jangka untuk membuka bengkel sendiri di sekitar Lembah Klang dalam tempoh tiga bulan ini. Buat masa ini, kami sedang mencari lokasi yang strategik," katanya yang memulakan perniagaan dengan modal RM10,000.

Mengulas berhubung penyusutan nilai mata wang ringgit, Hasliza berkata, syarikatnya terpaksa meningkatkan harga produknya daripada RM60 bagi harga pengenalan kepada RM70 sebotol bermula Oktober ini.

Menurutnya, bahan-bahan mentah produknya dibeli dari negara luar seperti China, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika Selatan.

Katanya, syarikatnya tidak mampu menampung kos yang semakin meningkat.

"Bagaimanapun, harga itu masih mampu milik kerana tujuan utama kami ketika menjalankan perniagaan adalah untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan untuk mendapatkan minuman alternatif dengan harga yang mampu milik," katanya.

Angio Jus adalah minuman alternatif menggunakan bahan semula jadi seperti madu, pati lemon, pati bawang putih, pati halia dan cuka epal tanpa campuran air dan bahan pengawet.

0 Komentar untuk " Tambah stokis penuhi permintaan Angio Jus "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ