Syukurlah, kamu tak perlu berperang dengan komunis - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Syukurlah, kamu tak perlu berperang dengan komunis

ORANG muda zaman sekarang perlu bersyukur kerana tidak perlu berperang dengan komunis untuk memperoleh kebebasan di negara ini.

Berbeza bagi penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, bekas Koperal Ali Salleh, dia dan rakan-rakan terpaksa mengangkat senjata bagi memperjuangkan tanah tumpah darahnya.

Menurut Ali, tidak seperti pejuang zaman dahulu yang terpaksa meredah hutan belukar, onak duri, dan bertempur dengan musuh di perbatasan, orang muda sepatutnya bersama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan memajukan negara yang tercinta.

"Kami dulu masuk hutan berperang dengan komunis. Saya sendiri sudah beberapa kali bergasak dengan musuh. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini ialah apabila berjaya menewaskan sekumpulan 25 pengganas komunis dalam satu operasi di Rawang pada 1951.

"Ketua saya pernah cakap saya berani, sebab saya mampu berdepan musuh dan peluru berjam-jam lamanya. 25 orang polis nak lawan 60 orang komunis, (orang lain) boleh tahan ke," imbasnya.

Ali yang kini berumur 85 tahun telah berkhidmat selama 32 tahun khidmatnya dengan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Menurut Ali, beliau ditugaskan buat kali pertama di Rawang, kemudian beliau ditukarkan ke Melaka sebelum ditukarkan semula ke Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah saya rasa syukur dan terharu diatas pengiktirafan dan penghargaan kerajaan ke atas khidmat saya.

“Dulu tak macam sekarang. Dulu tak aman sekarang negara sudah aman. Sekarang ini, negara sudah banyak senang. Saya nak nasihatkan orang muda supaya janganlah berbuat sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara, bukan senang kami nak berjuang untuk berikan apa yang kamu semua ada hari ini,” katanya lagi.

0 Komentar untuk " Syukurlah, kamu tak perlu berperang dengan komunis "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ