MAKANAN tambahan atau suplemen sebelum ini dianggap tidak begitu penting dan tidak ramai yang mahu mengambilnya.
Bagaimanapun, selaras dengan peredaran zaman, suplemen kini menjadi keperluan memandangkan masyarakat sudah mula menyedari kepentingan mengambil makanan tambahan untuk kesihatan.
Produk-produk makanan tambahan itu sudah banyak dijual di pasaran daripada suplemen tradisional seperti jamu hinggalah suplemen moden yang boleh didapati dalam bentuk serbuk, kapsul, pil mahupun minuman.
Pengguna juga mempunyai pilihan untuk membeli makanan tambahan itu kerana kepelbagaian jenama dengan harga mampu milik mengikut bajet mereka.
Anak semakin sihat
Kakitangan awam, Idyani Ismail berkata, sebelum ini, dua anaknya kerap tidak sihat dan hampir setiap bulan akan ke klinik untuk menerima rawatan.
“Anak pertama saya, doktor mengesyaki asma dan perlu rawatan ‘nebulizer’ hampir setiap bulan, manakala anak kedua saya pula kerap demam dan selesema.
“Namun sejak ambil suplemen, Alhamdulillah kedua-dua anak saya semakin sihat dan tidak perlu lagi ke klinik seperti dulu,” katanya.
Menurutnya, setiap bulan, dia membelanjakan RM300 bagi membeli suplemen untuk keluarganya.
“Dengan makanan tambahan ini, kami sekeluarga tidak lagi bergantung 100 peratus kepada ubat, malah kami semakin sihat,” katanya.
Idyani mula mengambil suplemen sejak mengandungkan anak keduanya pada 2012 untuk menambah nutrisi dalam badan.
“Ketika itu, saya cari maklumat tentang produk yang bagus untuk ibu mengandung di internet kerana mula muak minum susu.
“Saya risau sebab tidak pasti apa yang dimakan setiap hari itu cukup atau tidak zat dan khasiatnya jika tidak ambil suplemen. Sehingga kini, saya masih kekal ambil suplemen,” katanya.
Suri rumah, Jazilah Ilyas berkata, dia mula memberikan anak sulungnya makan suplemen kerana kerap sembelit sejak kecil.
“Sebelum itu, saya selalu berikan anak saya ubat sembelit untuk memudahkannya membuang air besar. Namun, saya mula mengubah fikiran untuk mencari suplemen sesuai bagi anak saya untuk mengatasi masalah itu kerana tidak mahu bergantung
pada ubat.
“Lagipun, anak saya ini fobia dengan ubat sejak kecil kerana banyak ubat yang dimakan sebelum ini memandangkan dia lahir dalam keadaan pramatang ekstrem,” katanya.
Jazilah turut mengambil suplemen untuk mengelak keletihan melampau selepas menyusukan anaknya.
Susu ibu lebih berkualiti
Seorang doktor, Dr Nur Haidar Zakaria pula mula mengambil suplemen pada awalnya untuk memberi susu secara eksklusif kepada anaknya, sebelum mengambil makanan tambahan itu sehingga kini.
“Memandangkan waktu kerja saya yang agak sibuk, kadang kala saya tidak sempat untuk memilih dan makan makanan yang betul-betul penuh nutrisi untuk keperluan diri dan bayi.
“Bagi saya, suplemen bukanlah yang utama, cuma ia hanya pelengkap kepada makanan harian yang diambil supaya lebih seimbang untuk tahap kesihatan yang optimum,” katanya.
Menurutnya, setiap bulan, dia membelanjakan purata kurang daripada RM100 untuk suplemen yang diambilnya.
“Alhamdulillah, pengambilan suplemen yang konsisten, di samping dapat memberikan susu ibu yang berkhasiat buat bayi, ia banyak membantu diri lebih sihat dan bertenaga,” katanya.
Bagi guru, Mohd Affan Awang Lah, dia mula mengambil suplemen sejak 2012 lagi dan membelanjakan RM100 setiap bulan untuk kesihatan.
“Saya ambil sebab hendak lengkapkan makanan yang saya ambil setiap hari dengan suplemen supaya saya dapat nutrisi lengkap, selain meningkatkan imunisasi badan untuk mencegah penyakit.
“Paling ketara, sejak saya makan suplemen, biji-biji halus yang ada di belakang badan saya ini semakin hilang. Saya juga perasan, badan saya tidak terlalu mudah letih seperti sebelum ini,” katanya.
Permintaan suplemen tinggi
Sementara itu, peniaga suplemen, Efie Muhamad berkata, sejak mula menjual suplemen jenama Shaklee pada 2012, permintaan pelanggan semakin meningkat kerana kesedaran orang ramai terhadap kebaikan mengambil makanan tambahan.
Bagimanapun katanya, ketika ini, jualan agak perlahan dan statik disebabkan keadaan ekonomi semasa akibat kos sara hidup yang tinggi.
“Sebelum ini, ada saja pelanggan baru hendak beli suplemen. Namun, sejak kebelakangan ini, pelanggan masih ada terutamanya pelanggan tetap, cuma pelanggan baru agak kurang disebabkan kos hidup yang semakin meningkat,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan pembeli yang mengamalkan suplemen merupakan individu yang sedar tentang keperluan makanan tambahan itu dan ada juga mereka yang menghidapi penyakit tertentu.
Katanya, rata-rata pelanggannya suka membeli set suplemen vitamin untuk kehamilan dan set kolesterol.
“Saya mempromosikan suplemen ini menerusi blog dan media sosial.
“Alhamdulillah sambutan memang memberangsangkan dan dalam sebulan, lebih 100 unit vitamin terjual,” katanya.

0 Komentar untuk " Suplemen jadi keperluan ramai "