PESONA Herba Sdn Bhd (Pesona Herba), pengeluar produk berasaskan herba, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan merancang untuk meluaskan rangkaian perniagaan mereka dengan membuka dua cawangan jualan baharu pada 2017.
Pengurus Besarnya, Nur Fariza Tukiman berkata, syarikat itu berhasrat meneroka pasaran di Kuala Lumpur dan Melaka kerana lokasinya yang strategik dan ada kuasa beli.
“Ketika ini, kami mempunyai sebuah kedai, Pesona Beauty Shoppe menjual produk jenama Pesona dan sebuah kilang memproses produk yang terletak di Shah Alam, Selangor.
“Kami menyasarkan untuk membuka cawangan kedai baharu di dalam pusat membeli-belah. Buat masa ini, kami dalam proses mencari lokasi yang sesuai,” katanya.
Pada masa akan datang, Nur Fariza berkata, syarikat itu bercadang untuk mengukuhkan jenama Pesona di pasaran dengan memasarkan produk secara lebih agresif.
Beliau juga merancang untuk menambah jumlah ejen menjual produk Pesona di seluruh Malaysia, di samping mengeluarkan lebih banyak rangkaian produk baharu.
“Produk Pesona sudah memasuki pasaran sejak 1999 lagi dan terkenal sekitar 2003 hingga 2005 kerana kami banyak mengiklankan produk Pesona. Pada masa itu, kira-kira 50 ejen menjual produk kami di seluruh Malaysia.
“Namun, penjualannya agak terjejas selepas kami kurangkan iklan menerusi media-media massa dan elektronik. Justeru, kami akan memikirkan langkah promosi berkesan bagi menarik orang ramai membeli produk kami selepas ini,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, Pesona Herba juga akan memperkenalkan platform jualan atas talian (online) untuk menambah jualan syarikat, dalam tempoh terdekat ini.
“Produk Pesona kini banyak digunakan di spa milik kami iaitu Pesona Spa di Shah Alam, selain dijual di Pesona Beauty Shoppe,” katanya.
Menurutnya, Pesona Herba bakal mengeluarkan produk baharu iaitu produk pemutihan kulit dijangka menjelang hujung tahun ini.
“Produk itu sesuai untuk lelaki dan wanita yang didatangkan dalam bentuk krim, sabun serta makanan. Ia kini masih lagi di peringkat penyelidikan dan pembangunan, sebelum mendapat kelulusan untuk dipasarkan.
“Kali terakhir kami keluarkan produk baharu adalah pada hujung tahun lalu, iaitu produk pembersih kolesterol, Lemon Garlic dan Madu Pulih Dara,” katanya.
Menurut Nur Fariza, Pesona Herba kini mempunyai 50 jenis produk jenama sendiri merangkumi kulit wajah, rambut, badan dan kesihatan.

0 Komentar untuk " Pesona Herba mahu luaskan pasaran "