DAFINAH Delights Sdn Bhd, syarikat pengeluar Bumiputera bagi produk Krunchy Karamel menjangkakan penurunan sebanyak RM100,000 bagi pendapatan tahun ini didorong pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan penyusutan nilai mata wang ringgit.
Pengasasnya, M Akmal Jamil berkata, syarikatnya mencacatkan pendapatan sebanyak RM500,000 sepanjang tahun lalu.
"Keadaan ekonomi semasa negara agak mencabar kebelakangan ini. Mula-mula dengan pelaksanaan GST, pengguna mula berjimat dan merancang perbelanjaan.
"Kini dengan nilai mata wang ringgit yang jatuh menyebabkan perniagaan sedikit terkesan kerana kami membeli bahan mentah daripada luar negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Oleh sebab itu, syarikatnya mula menukar strategi pemasaran dengan melihat apa yang pengguna inginkan dengan membuat pembungkusan baharu dengan harga mampu beli.
Akmal optimis dengan strategi baharu itu akan membawa kepada pencapaian pendapatan tahunan yang lebih baik pada tahun hadapan.
"Kita jangka pendapatan akan meningkat 20 peratus tahun hadapan," katanya.
Menurutnya, pihaknya menjangkakan untuk mempunyai 500 cawangan di Lembah Klang dan 500 ejen di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Setakat ini, Dafinah sudah berada di 100 stesen Petronas, 15 kedai serbaneka Circle K, 20 Petron dan akan datang memasuki kedai buku MyNews.com.

0 Komentar untuk " Dafinah tingkat strategi jualan "