MENYIMPAN emas dianggap sebagai satu tabungan berguna untuk masa hadapan. Itu yang dilakukan Siti Bidayatul Bahariah Mohd Yatim, 32, yang mula aktif menyimpan emas sejak dua tahun lalu.
Dia yang sebelum ini sememangnya menyukai emas ini mula menyimpan selepas mendapat maklumat daripada rakannya.
"Saya mengakui hidup di bandar jika hanya berharap pada gaji semata-mata memang tidak cukup, sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan ini tidak lah semput nak tunggu hujung bulan.
"Jika dahulu gaji sebulan cukup-cukup makan sahaja. Namun dengan skim simpanan emas itu ia sedikit sebanyak telah membantu ekonomi keluarganya," katanya kepada Sinar Harian.
Oleh itu, Siti Bidayatul mula menyertai skim simpanan emas daripada syarikat tempatan dengan menerima faedah pendapatan sehingga empat angka.
Selain menyimpan emas, dia juga turut menjual barangan kemas dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Kejayaan yang tidak disangka dia mampu membeli rumah sendiri selepas membuat simpanan emas hampir dua tahun.
"Saya berjaya membayar duit muka hasil simpanan emas setiap bulan bagi memiliki rumah sendiri.
"Sudah lama saya ingin beli rumah tetapi duit tidak mencukupi. Wang itulah yang saya gunakan untuk membeli rumah," katanya.
"Saya juga berharap simpanan emas untuk pelaburan jangka panjang ini dapat membantu kos perbelanjaan anak-anak bila besar nanti," katanya.

0 Komentar untuk " Simpan emas untuk pelajaran anak-anak "