SEBUAH kajian berskala kecil yang dijalankan oleh saintis penyelidik University of California San Franscisco (UCSF) mendapati gaya hidup terdiri daripada diet, senaman, pengurusan stres dan sokongan kemasyarakatan membantu memanjangkan saiz telomere.
Kajian dimaksudkan itu berjudul Effect of comprehensive lifestyle changes on telomerase activity and telomere length in men with biopsy-proven low-risk prostate cancer: 5-year follow-up of a descriptive pilot study (Oncology, Oktober 2013).
Diet yang diamalkan kumpulan subjek kajian adalah diet vegetarian iaitu makanan kategori whole food (tidak ceruh, menjalani pemprosesan minima), protein berasaskan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tersebut adalah rendah kandungan lemak (10 peratus kalori) dan karbohidrat terproses.
Dua jenis vegetarian utama iaitu vegan murni dan vegan lacto-ovo. Golongan vegan murni hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.
Vegan lacto-ovo pula ialah golongan vegan yang mengambil susu, produk tenusu dan telur di samping makanan yang diambil oleh golongan vegan murni. Golongan lacto-ovo juga dikenali vegetarian tradisional.
Jenis vegetarian
Beberapa golongan vegetarian lain ialah pescatarian, pollo-vegetarian dan flexitarian. Pescatarian ialah golongan vegetarian yang makan ikan, Pengamal diet makrobiotik dikatakan termasuk dalam kategori ini.
Pollo-vegetarian pula ialah golongan vegetarian yang makan ikan, ayam dan ayam turki. Manakala flexitarian ialah vegetarian yang pada keadaan tertentu makan burger atau makanan berasaskan daging lembu.
Makanan yang terhad kepada makanan berasaskan tumbuhan dikatakan menyebabkan vegan murni mudah mengalami beberapa nutrien. Minggu lepas nutrien penulis bincangkan beberapa jenis nutrien iaitu B12, creatine, carnosine dan asid docosahexanoic (sejenis omega-3) di mana vegan murni mudah mengalami kekurangan nutrien ini.
Sebenarnya vegan murni juga mudah mengalami beberapa nutrien lain seperti zat besi, iodin, kalsium dan vitamin D (vegan yang tinggal di hemisfera utara atau selatan, jauh dari tropika dan kurang terdedah kepada sinaran matahari).
Golongan vegan lacto-ovo atau vegan tradisional dikatakan golongan vegetarian yang lebih selamat secara jangka panjang untuk mencapai kesejahteraan kesihatan. Ini kerana susu, produk tenusu dan telur bukan sahaja memenuhi keperluan protein dan lemak malah membekal nutrien penting yang tidak terdapat dalam makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Penuaan biologi
Apakah itu telomere? Telomere yang dikenali juga sebagai telomere DNA merupakan penutup pada kedua-dua hujung kromosom yang memberi kesan kepada kadar penuaan.
Untuk pengetahuan pembaca budiman, setiap kromosom eukariot (termasuk pada manusia) mengandungi satu molekul DNA. Eukariot merujuk kepada sel atau organisma di mana DNA membentuk kromosom dengan sarung protein dan dikelilingi oleh membran nukleus.
Telomere daripada protein DNA membantu memelihara hujung kromosom dan memastikan ia berada dalam keadaan stabil. Setiap kali kromosom menjalani replikasi, telomere menjadi semakin pendek.
Semakin pendek telomere, maka kekuatan strukturnya menjadi semakin lemah. Keadaan tersebut menyebabkan sel menjadi semakin tua dan lebih cepat mati.
Ramai saintis percaya telomere boleh dijadikan sebagai penanda kelanjutan umur (marker of longevity) atau penanda penuaan biologi (marker of biological aging).
Kajian sains mendapati ada kaitan antara telomere pendek dengan pelbagai penyakit berkaitan penuaan seperti kanser, strok, dementia, penyakit kardiovaskular, obesiti, osteoporosis dan diabetes. Perlu diketahui, kaitan tidak serupa dengan penyebab. Kemungkinan penyakit itu menyebabkan saiz telomere menjadi pendek, bukan sebaliknya.
Pada akhir kajian UCSF yang dijalankan selama 5 tahun tersebut, saiz telomere didapati menjadi panjang secara relatif pada subjek kajian terdiri penghidap kanser berbanding dengan subjek dalam kumpulan kawalan.
Gaya hidup termasuk diet vegetarian yang diambil oleh subjek-subjek kajian dipercayai membantu mencegah stres oksidatif dan inflamasi.
Seorang saintis penyelidik kajian tersebut, Profesor Peter R Carrol, MD dipetik sebagai berkata bahawa mereka percaya peningkatan saiz (panjang) telomere boleh membantu menghalang pembentukan penyakit tersebut dan mungkin juga akan memanjangkan umur.
Diet Mediteranean
Untuk pengetahuan pembaca, para saintis penyelidik kajian tersebut hanya menganalisis saiz telomere sel darah merah dan bukannya tisu kanser. Jadi, tidak diketahui sama ada subjek penghidap kanser yang menjalani gaya hidup yang direka untuk kajian tersebut mengalami kesan positif atau sebaliknya terhadap kanser yang dihidapi.
Sebuah kajian lain melibatkan 32,826 subjek yang berlangsung selama 5 tahun menunjukkan bahawa diet Mediteranean berupaya memanjangkan saiz telomere. Kajian yang dimaksudkan berjudul Mediterranean diet and telomere length in Nurses Health Study: population based cohort study (British Medical Journal, 2014).
Mata berdasarkan pengambilan Alternate Mediteranean Diet telah direka berasaskan pengambilan sayur-sayuran (tidak termasuk kentang), buah-buahan, kekacang, bijiran tidak ceruh, ikan, daging mera/proses, alkohol sederhana dan nisbah lemak mono tak tepu dengan lemak tepu digunakan bagi menilai kebiasaan mematuhi pengambilan makanan traditional Mediteranean.
Sebenarnya peluang menjalani gaya hidup sihat yang sesuai termasuk menitikberatkan nilai pemakanan bagi mengurang/elakkan risiko penyakit degeneratif (mempercepat penuaan/kematian) sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.
Kajian menunjukkan stres oksidatif dan inflamasi memendekkan saiz telomere. Jadi, amalan gaya hidup sihat termasuk pemakanan yang sesuai bukan sahaja dapat membantu mencegah stres oksidatif pada seluruh tubuh malah ia dipercayai membantu memanjangkan saiz telomere.
Antara dua diet vegetarian dan Mediteranean, diet manakah yang paling sesuai diamalkan oleh seseorang?
Pada pandangan penulis, diet tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang seseorang adalah yang paling sesuai asalkan nilai nutrien dalam diet berupaya mempengaruhi metabolisme dan ekspresi gen seseorang secara positif bagi mencapai tahap kesihatan cemerlang.
Pengambilan makanan kaya antioksidan harus menjadi keutamaan dan dijadikan amalan sepanjang masa.
Diet dengan pola tertentu harus disesuaikan dengan keadaan kesihatan tertentu misalnya ketika mengalami perubahan metabolisme atau sedang mengalami penyakit.
Jadi, menilai sesuatu diet dengan ilmu atau bantuan pakar serta melakukan penambahbaikan dari masa ke masa dipercayai sebagai langkah bijak.

0 Komentar untuk " Saiz Telomere: Pengaruh gaya hidup sihat "