KEBANYAKAN peniaga menganggap kejatuhan ringgit kali ini teruk dan beri impak kepada mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Poto Travel & Tours (Poto Travel), Ab Rahman Mohd Ali berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah satu sebab perniagaannya perlahan kerana permintaan pelanggan kurang.
"Dalam menghadapi situasi itu, Poto Travel kreatif memperkenalkan banyak destinasi baharu antaranya ke Norway, Denmark, Sweden, Poland dan Moscow. Ia mendapat permintaan yang baik walaupun keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.
Sementara itu, Pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, dia turut merasai kesan kejatuhan ringgit sejak awal 2015 kerana terpaksa menanggung 20 peratus kenaikan kos mengimport Swarosvski dari Austria dan Bawal dari Jepun.
"Kenaikan kos 20 peratus dalam setiap produk yang dikeluarkan terpaksa ditanggung tanpa membuat perubahan harga. Ia tidak sesuai menaikkan harga sebelum Aidilfitri lalu," katanya.
Tambahnya, nilai ringgit mencecah RM4 bersamaan AS$1 adalah melampau.
"Belum pernah nilai ringgit jatuh seteruk itu sejak kejatuhan ekonomi 1997 dan 1998. Harapan saya agar kerajaan buat sesuatu untuk memulihkan nilai ringgit seperti melakukan tambatan nilai ringgit yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Jika tiada tindakan dari kerajaan kami peniaga tiada pilihan lain lagi selain menaikkan harga demi kelangsungan perniagaan kami," katanya.
Bagi Pemilik Menate Steak Hub, Mustaffa Othman berkata, perniagaannya terkesan dengan jumlah kos yang perlu ditanggung dalam situasi kejatuhan nilai ringgit.
"Saya tidak akan naikkan harga menu ketika ini dan berharap situasi ini tidak kekal lama. Jika berterusan enam bulan, saya akan fikir kenaikan harga," katanya.
Pemilik PC Phone Gajet, Mohd Zailani Abidin berkata, kejatuhan ringgit beri kesan kepada perniagaannya kerana kos mengimport naik ketika melakukan penukaran mata wang.
"Perbezaan kos import sekarang berbanding tiga bulan lalu adalah kenaikan lima peratus. Setakat ini, saya cuba kekalkan harga, tetapi jaga kualiti barang. Saya tidak menaikkan harga barang kerana harga barang di negara yang diimport turun," katanya.

0 Komentar untuk " Kejatuhan ringgit beri kesan kepada peniaga "