Vivie- E sasar 1 juta botol - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Vivie- E sasar 1 juta botol

SYARIKAT Bumiputera, Vivie- E Wellness Sdn Bhd mahu menjual satu juta botol air minuman menerusi jenama Vivie- E bagi pasaran tempatan menjelang awal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Basrie Omar berkata, setakat ini, syarikatnya hanya mampu menjual 200,000 botol air minuman itu setiap bulan.

"Produk ini di jual menerusi stokis. Sehingga kini, kami ada 13 stokis di Lembah Klang, Selangor, Melaka, Perak, Terengganu dan Pahang.

"Kami harap jumlah itu meningkat kepada 96 stokis menjelang akhir tahun depan, sekali gus menyumbang kepada sasaran jualan itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya optimis dengan pasaran tempatan walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu kerana produk itu adalah air minuman seumpamanya di Malaysia.

"Air minuman Vivie-E ini dihasilkan menerusi proses pengoksidaan. Pada mulanya pasaran hanya di kalangan pengguna Pusat Terapi Ozon. Selepas melihat sambutan yang menggalakkan barulah kami yakin produk itu mampu bersaing di pasaran.

"Lagipun, air adalah satu keperluan. Orang akan minum air setiap hari," katanya yang turut memperuntukkan RM80,000 sebagai modal permulaan bagi produk berkenaan.

Basrie berkata, pihaknya mengambil masa selama satu tahun untuk membuat kajian dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebelum air minuman Vivie-E dijual ke dalam pasaran.

Mengulas berhubung perancangan jangka panjang syarikatnya, Basrie berkata, pihaknya juga sedang meneliti pasaran Sabah dan Sarawak sebelum memasarkan produk tersebut ke dua negeri berkenaan.

Pada masa sama, syarikatnya menyasarkan untuk mewujudkan 300 hingga 300 usahawan (stokis) di bawah jenama Vivie-E pada masa akan datang.

0 Komentar untuk " Vivie- E sasar 1 juta botol "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ