Pelaburan bijak jamin masa depan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pelaburan bijak jamin masa depan

KEMENTERIAN Kewangan dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengadakan program Jelajah Bijak Wang bagi mendidik dan menanam amalan urus kewangan berhemah.

Dalam satu kenyataan media, Kementerian Kewangan berkata, ilmu pengurusan kewangan berhemah keperluan penting setiap individu berkerjaya termasuk peniaga.

Menurutnya, kementerian dan AKPK mahu meningkatkan tahap celik kewangan rakyat Malaysia dan mendedahkan sistem pelaburan bijak kepada masyarakat agar mereka peka dengan sumber yang mampu membantu mereka menambahkan pendapatan selain melalui simpanan.

“Program ini diadakan di 14 lokasi seluruh negara bagi memberi penerangan dan pendidikan kewangan kepada masyarakat terhadap sistem pengurusan kewangan yang betul.

“Program ini bermula pada Ogos hingga hujung Disember tahun ini, “ katanya.

Program satu hari ini akan menggunakan ruang dan kawasan di dalam bangunan UTC negeri  dan kawasan tumpuan orang ramai untuk mendapatkan khidmat kaunter kerajaan.

“Orang ramai boleh dapatkan kaunseling kewangan, memperolehi maklumat melalui pameran dan taklimat kewangan, mengambil bahagian di dalam klinik kewangan dan kuiz interaktif,” katanya.

Tambahnya, taklimat sepanjang program adalah Pengurusan Aliran Tunai, Asas Pinjaman dan Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak.

“Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya kakitangan awam dan swasta, peniaga-peniaga kecil dan golongan belia. Ianya direka bentuk khas oleh anda semua dan tiada bayaran dikenakan.

“Melalui platform dan lokasi yang mudah diakses orang ramai, Kementerian Kewangan dan AKPK percaya maklumat dan ilmu pendidikan kewangan yang disampaikan mampu mendidik rakyat mengamalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup,” katanya.

Tambahnya, program itu mampu membantu individu yang menghadapi masalah kewangan mencari jalan keluar dan seterusnya membina kehidupan lebih terurus.

Antara topik-topik yang akan disentuh semasa taklimat sepanjang program adalah Pengurusan Aliran Tunai, Asas Pinjaman dan Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak Ia terbuka kepada semua dan tiada bayaran dikenakan.

Terdahulu, program diadakan di Ipoh Perak dan lokasi seterusnya adalah di UTC, Pudu Sentral pada hari Sabtu, 5 September 2015 dan 12 lokasi lain termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

0 Komentar untuk " Pelaburan bijak jamin masa depan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ