KUALA LUMPUR: Umpama keajaiban dan tuah, dua wanita dari Seremban dan Ipoh yang pernah bergelar 'bayi merdeka', berkongsi tarikh kelahiran dengan bayi masing-masing, apabila turut bersalin sempena Hari Kebangsaan 2015, semalam. Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, Ipoh, Nor Ashikin Sued, 30, berkata penantian bersama suaminya, Mohd Fardul Atras Zulkafli, 31, hampir setahun lalu, berakhir kegembiraan berganda apabila anak sulung dilahirkan pada hari bersejarah negara. "Nyata gurauan rakan sebelum ini menjadi kenyataan, apabila saya benar-benar melahirkan bayi yang berkongsi tarikh hari jadi, ini satu keajaiban buat kami berdua sebagai anak merdeka.
"Kelahiran bayi lelaki seberat 2.69 kilogram (kg) pada jam 9.53 pagi ini juga umpama hadiah istimewa kerana lahir sehari selepas ulang tahun perkahwinan saya dan suami," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH), semalam. Nor Ashikin berkata, beliau mengharungi detik bersalin yang mencabar kerana mengalami kesakitan yang kerap hingga menyebabkan doktor terpaksa memecahkan air ketuban apabila bayinya dikesan membuang air besar sebelum bersalin secara pembedahan. "Melihat kelahirannya, saya rasa bahagia, seronok dan lega, membuatkan kesakitan yang dialami seakan-akan hilang kerana terlalu teruja kerana berkongsi tarikh hari jadi sama dengan bayi ini," katanya.
Mohd Azlee memangku anaknya sambil diperhatikan Noorzika di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. - Foto BERNAMA
Hadiah hari jadi bermakna
Di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Noorzika Mohd Toha, 28, tidak menyangka akan melahirkan bayinya pada jam 8.31 pagi semalam, kerana sebelum ini doktor menjangkakan beliau akan bersalin pada pertengahan September. "Saya terasa sakit perut awal pagi ini dan suami bergegas menghantar ke HTJS, sebelum doktor mendapati saya mengalami tanda untuk bersalin lebih awal. "Alhamdulillah, walaupun bersalin awal, saya dan bayi perempuan seberat 3.18kg berada dalam keadaan sihat. Kelahirannya adalah hadiah hari jadi saya yang amat bermakna kerana kami akan menyambut ulang tahun bersama selepas ini," katanya yang bersalin anak ketiga itu sambil ditemani suaminya, Mohd Azlee Zakaria, 33. Sekurang-kurangnya, 180 bayi dilahirkan di hospital kerajaan di bandar utama seluruh negara sempena Hari Kebangsaan 2015, semalam. Kota Bharu mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi iaitu 43 orang, diikuti Kota Kinabalu (24); Kuala Terengganu (23); Melaka (18); Alor Setar (17); Kuching (15); Ipoh (14), Seremban (12), Georgetown (11) dan Kluang (5).
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78773

0 Komentar untuk " Dua ibu, anak kongsi tarikh lahir merdeka "