ISLAM bukanlah hak eksklusif mana-mana bangsa, negara, tempat, kumpulan, hatta mana-mana parti sekalipun. Apabila kita membincangkan isu agama dan agenda Islam, ia merupakan isu dan agenda bersama. Islam tidak dipisahkan dengan sempadan, masa, tempat, kaum, bangsa, dan warna kulit. Ia sesuai untuk semua keadaan, tempat, masa dan semua golongan manusia, sebagaimana al-Quran yang turun kepada Nabi Muhammad SAW di tanah Arab kekal dan sesuai hingga ke hari ini untuk semua keadaan, bangsa dan tempat.
Tidak sebagaimana umat-umat terdahulu yang nabi-nabinya diutuskan untuk kaumnya sahaja.
Inilah juga sifat Rasulullah SAW yang menjadi rahmat ke seluruh alam tidak mengira apa bangsa dan golongan sekalipun, sebagaimana yang disebut dalam Surah al-Anbiya’ ayat 107: “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
Justeru, apabila kita bercakap berkenaan isu dan agenda umat Islam seperti isu banjir, hudud, perundangan, ekonomi umat Islam, kemiskinan, pendidikan, institusi masjid, industri halal, mahkamah syariah dan sebagainya, seharusnya semua umat Islam bersatu-padu, saling mambantu, dan saling menyokong antara satu sama lain demi kekuatan dan perpaduan umat Islam itu sendiri. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang beriman buat orang beriman yang lain umpama sebuah bangunan, sebahagiannya menguatkan bahagian yang lain”. Kemudian Baginda menyilangkan antara jari jemarinya. Hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim.
Begitu juga dengan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim: “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan mereka, dan lemah lembut mereka adalah seperti satu jasad. Apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh jasad akan saling menyeru dan bergabung antara satu sama lain untuk (memberi perhatian kepada anggota yang sakit) sehingga tidak tidur malam dan demam”.
Namun, dengan bersatu dan bekerjasama atas nama dan kepentingan agama Islam dan umatnya, ia tidak bermakna kita perlu meleburkan identiti kumpulan masing-masing sehingga tenggelam dalam identiti kumpulan lain, kerana perkara sedemikian adalah perkara yang hampir mustahil pada zaman yang penuh perbezaan dan perselisihan ini. Akan tetapi cukuplah kita duduk semeja, bersatu, dan saling sokong-menyokong serta tidak saling menyalahkan antara satu sama lain. Dalam hal-hal berbeza pendapat, kita mungkin boleh menang dengan hujah, namun apalah gunanya kemenangan kita itu sekiranya kita kalah dalam soal hati, emosi dan perasaan sesama kita yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan, kehancuran dan sebagainya.
Carilah titik-titik persamaan antara kita, dan berusahalah untuk mengelakkan apa sahaja punca yang membawa kepada perpecahan. Walaupun perbezaan memang tidak dapat dinafikan adalah lumrah umat akhir zaman, sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Hud ayat 118 dan 119:
“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah Dia menjadikan umat ini yang satu, (tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu dalam agama ALLAH), dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah ALLAH menjadikan manusia..”.
Justeru, sudah tiba masanya kita melakukan perubahan secara tuntas ke arah melakar dimensi baharu budaya politik, fahaman, pemikiran, dan aliran pelbagai kumpulan dan kelompok umat Islam dalam masyarakat Malaysia hari ini. Amalan berparti, berpolitik dan berkumpulan yang ada memerlukan usaha pendewasaan agar umat tahu batasan dan sempadannya, di samping meletakkan asas agama dan akhlak sebagai teras dalam apa jua bentuk percaturan. Ingatlah firman ALLAH dalam Surah Ali ‘Imran ayat 103 yang meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan individu dan kumpulan:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”.
Pendekatan baru ini haruslah melangkaui kepentingan politik kepartian mahupun kepentingan ideologi kumpulan yang berlandaskan asabiah jahiliah dan retorik semangat membuta tuli. Pendekatan tersebut juga tidak harus terjerat dengan dendam dan benci. Pendekatan yang baru wajib mengenetepikan unsur-unsur fitnah dan adu domba demi kepentingan agama yang lebih murni.
* Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

0 Komentar untuk " Isu Islam agenda bersama "