AH CHONG menjalankan perniagaan membaiki jam secara kecil-kecilan di sebuah bandar di Selangor. Dia agak berjaya dan mempunyai beberapa cawangan perniagaan. Kehidupannya boleh dikatakan sempurna, mempunyai seorang isteri dan tiga anak. Kesemua anaknya sudah besar dan berkerjaya yang baik. Walaupun tidak kaya-raya, mereka hidup senang.
Ah Chong sebenarnya sedang mendekati Islam. Hatinya sudah jinak dengan Islam. Tetapi banyak persoalan dalam benaknya. Umurnya sudah menjangkau 60 tahun. Masalah utama dia; apakah yang akan berlaku selepas dia mengucap dua kalimah syahadah? Adakah isterinya akan turut serta memeluk Islam? Pernah dia bertanya secara berseloroh akan pandangan isterinya mengenai Islam; nampak seperti isterinya tidak berapa suka. Anak-anak lagilah.
“Nampaknya aku terpaksa meninggalkan segala-galanya selepas ini,” fikir Ah Chong. Dia teringat kisah seorang makcik India yang memeluk Islam baru-baru ini. Seorang ibu tunggal membesarkan tiga anak bersendirian dalam penuh kesusahan sehinggalah anak-anaknya masing-masing berjaya menjadi peguam, doktor dan jurutera. Selepas memeluk Islam, anak-anak makcik tadi menentang dan meninggalkannya keseorangan. “Mungkin nasib aku akan jadi seperti makcik India itu,” fikir Ah Chong lagi.
Kemudian Ah Chong teringat pula kisah Mohammad Tan, peniaga yang berjaya. Bagaimanapun, selepas memeluk Islam, Mohammad Tan dipulau oleh keluarganya. Perniagaan dia merosot kerana pembekal-pembekalnya sudah tidak semesra dahulu. Pelanggan-pelanggan Cina pula ramai yang lari kerana menganggapnya sebagai pengkhianat bangsa. Kononnya dia sudah masuk Melayu. Apabila Mohammad Tan ingin memohon bantuan pihak berkenaan, pelbagai tohmahan dilemparkan, seolah-olah Mohammad Tan ini jadi malas selepas masuk Islam. Asyik minta bantuan sahaja. Lepas masuk Islam jadi susah. “Mungkin nasib aku akan jadi seperti Mohammad Tan,” fikir Ah Chong pula.
Baru-baru ini, Ah Chong terserempak dengan kawan lama - Goh Tong di sebuah kedai komputer di Plaza Low Yat. Ketika itu dia ditegur Goh Tong yang kebetulan berada di situ untuk membeli telefon bimbit Oppo. Rupa-rupanya sudah 20 tahun Goh Tong memeluk Islam.
Nama barunya adalah Khalil Idham Goh bin Abdullah. Beberapa tahun selepas pengislamannya, abang dia juga memeluk Islam dan bergelar Nasaruddin Goh bin Abdullah dan diikuti oleh adik lelakinya yang bernama Hasmuni Goh bin Abdullah. Berkat kesabaran berdakwah kepada ibu bapa, kini kedua ibu bapa Goh Tong juga telah memeluk Islam dan kedua-duanya berbin dan berbintikan Abdullah. Ketika mempelajari Islam di kelas Perkim, Goh Tong mengenali seorang wanita yang bernama Nurlaily Yong binti Abdullah dan akhirnya mengahwini wanita tersebut. Sekarang, semua ahli keluarganya mempunyai bapa yang bernama Abdullah.
“Tak kan kau tak tahu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1981 yang menyebut bahawa kau boleh guna nama Khalil Idham Goh Tong? Tak perlu bin kepada Abdullah,” ujar Ah Chong kepadanya. “Adik-beradik kau, ibu bapa kau, dan isteri kau semuanya berbapakan Abdullah. Kau tak rasa pelik ke?”
“Manalah aku tahu. Sejak bila pula orang bukan Islam ambil tahu tentang Fatwa Kebangsaan. Sepatutnya mereka di jabatan berkenaan yang bagi tahu aku,” jawab Khalil. “Betul juga,” fikir Ah Chong. “Sebenarnya aku pun bukannya pergi semak Fatwa Kebangsaan. Kebetulan aku terbaca satu artikel di Sinar Harian yang bertajuk Apa lagi Cina Muslim mahu? baru-baru ini.” Ujar Ah Chong kepada Khalil.
Ah Chong ingin memilih nama Ahmad. Maka nama barunya selepas ini Ahmad Lee Ah Chong. Tak perlu bin Abdullah kerana bapa dia masih hidup. Apa perasaan bapanya jika dia guna nama Ahmad Lee bin Abdullah? Dia teringat peninju kegemaran, Cassius Clay, yang bergelar Muhammad Ali setelah memeluk Islam. Bukan Muhammad Ali bin Abdullah atau Muhammad Ali ibn Abdullah. Begitu juga penyanyi terkenal Cat Stevens yang menjadi Yusuf Islam, bukannya Yusuf Islam bin Abdullah.
Walau bagaimanapun, Ah Chong menangguhkan dulu hasratnya untuk memeluk Islam. Dia tidak sanggup untuk berhadapan kehilangan isteri dan anak-anak.
Cabaran kedua pula, jika dia memeluk Islam, dia perlu menukar nama kepada Ahmad Lee Ah Chong. Banyak proses perlu ditempuhi untuk menukar nama yang melibatkan jabatan agama, mahkamah dan JPN. Selepas itu perlu ke JPJ untuk menukar nama di lesen.
Kemudian pergi ke Maybank, AmBank dan CIMB untuk menukar nama di akaun bank. Itu belum lagi nama di geran kereta, geran rumah dan lesen perniagaan. Nama dalam insurans juga perlu ditukar. Pendek kata, segala dokumen yang mempunyai namanya perlu ditukar.
Ah Chong terfikir, tidak bolehkah dia kekalkan sahaja nama Lee Ah Chong selepas memeluk Islam? Bukankah Islam itu mudah? Biarlah dia dikenali sebagai Ahmad Lee tetapi nama pada kad pengenalan masih Lee Ah Chong. Bukankah dalam kad pengenalan sudah ada perkataan Islam? Cukup sebagai bukti dia sudah Islam. Yang penting, Ah Chong menjadi seorang Muslim bertakwa dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah kerana pada akhirnya ketakwaan kepadaNya yang menjadi kayu pengukur penilaian ALLAH.
*Penulis Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

0 Komentar untuk " Apabila Ah Chong menjadi Ahmad "