SAYA tumpang bangga dengan Azam Mohd Shidid, seorang penuntut UiTM, yang berbadan kecil tetapi berjiwa besar.
Isnin lalu, Azam, yang bertekad menjelajahi seluruh Semenanjung dengan kasut roda, berada di Johor.
Dia sedang dalam proses meliputi jarak 2,153 kilometer, berhenti di 12 lokasi, dalam tempoh sebulan untuk menempa nama dalam Malaysia Book of Records.
Saya bertemu dengan penuntut ijazah muda sains sukan itu di rumah keluarganya di Kampung Kop, kira-kira 15 km dari Kulim, beberapa hari selepas Aidilfitri yang lalu.
Azam, 21, menceritakan dengan penuh minat bagaimana dia menjalani latihan intensif selama lapan.
Banyak yang sudah dibelanjakan dan latihan dijalankan, termasuk di sekitar kawasan Kulim sebelah malam.
Tiga kali dia terlibat dalam kemalangan kecil, tetapi alhamdulillah, tidak cedera.
Saya juga tabik kepada Amirul, pemuda berhati murni yang mengorbankan masa, tenaga dan masa depan, semata-mata untuk menjaga sahabatnya yang sakit di Seremban.
Begitu juga dengan dua beradik dan seorang rakan yang menjelajah seluruh negara membersihkan beratus-ratus masjid.
Saya berbangga dengan anak-anak muda seperti mereka kerana melakukan kerja-kerja murni secara sukarela, bukan untuk nama.
Mereka tidak seperti setengah orang yang jadi mat rempit, samseng, kutu rayau, atau terjebak dengan salah guna dadah dan maksiat.
Orang muda yang berjiwa besar ini adalah antara pengundi diharapkan mencorakkan warna masa depan negara sebaiknya.
Perlu disebut, dalam Siri Wacana Sinar Harian pada 17 Ogos lalu, suara anak muda ditimbulkan oleh empat panel daripada Pemuda Umno, DAP, Ikram Siswa dan Pemuda Harapan Baru, melalui topik Kuasa Politik Baharu: Apa Anak Muda Mahu.
Pada PRU13 tahun 2008, 34 peratus dikatakan terdiri daripada pengundi muda.
Tidaklah hairan kalau semua parti memberi tumpuan kepada orang muda.
Ada di antara panel wacana itu anggap ruang untuk anak muda meluahkan pendapat belum cukup luas, ada yang mahu pemimpin tunaikan janji, dan ada yang cakap tentang keadilan dan ketelusan untuk rakyat.
Jelas antara yang menjadi keutamaan anak muda adalah ciri-ciri pemimpin sejati.
Bijak berhujah dan mengumumkan pelaksanaan projek sahaja tidak cukup menjadi pemimpin yang berkesan.
Mereka mahu pemimpin bukan sahaja komited, tetapi jujur, bersama rakyat ketika susah dan senang, bukan yang menunjuk-nunjuk atau berbelanja besar.
Apa lagi jika terpalit dengan unsur rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa.
Pemimpin, bagi mereka, tidak semestinya tahu segala-galanya, tetapi perlu lebih baik daripada yang dipimpin.
Pembohongan adalah sesuatu yang mereka pantang kerana mereka ada maklumat di hujung jari. Anggaplah ia persepsi, tetapi itulah kesimpulan mereka.
Malang bagi pemimpin yang mereka kumpulkan dalam golongan orang yang berpura-pura, kerana katalah apa sahaja, mereka tidak mahu percaya cakapnya, walaupun mungkin betul.
Untunglah pemimpin yang mereka masukkan dalam golongan orang yang jujur, kerana cakaplah apa sahaja, mereka tidak menyanggah bulat-bulat. Anggap itu persepsi? Itulah kesimpulannya.
Saya masih ingat cerita dalam buku tulisan jawi semasa dalam darjah dua setahun selepas merdeka, mengenai seorang lelaki yang suka kelentong orang kampung.
Pada suatu hari, dia berdiri di pinggir hutan dan menjerit ‘harimau datang!!!’.
Berduyun-duyun orang kampung keluar dengan cangkul dan parang. Melihat mereka tercungap-cungap, dia tertawa kerana 'berjaya' membohongi mereka.
Beberapa hari lepas itu, dia melakukan perkara yang sama dan tertawa lagi apabila 'berjaya' membohongi orang kampung.
Kali ketiga, baru sahaja dia berdiri di tepi hutan, tiba-tiba muncul seekor harimau.
Dalam keadaan gementar, dia menjerit sekuat hati, tetapi kali ini malang baginya, tiada seorang pun orang kampung keluar sebab mereka ingat dia bohong lagi.
Tidak perlulah saya cerita apa jadi kepada lelaki ‘pelawak’ itu.
Orang muda suka buat renungan apabila membaca cerita tentang seorang khalifah yang menanggung guni tepung untuk diberi kepada keluarga miskin di tengah malam.
Orang muda mendengar kisah isteri seorang khalifah yang sedia menyerahkan kepada baitulmal barang kemas yang dihadiahkan kepadanya.
Ia mungkin cerita lama, tetapi orang muda suka mengambilnya sebagai iktibar.
Persepsi atau tidak, yang menjadi hakikat adalah kesimpulannya. Renungkanlah.

0 Komentar untuk " Malang bila dianggap berpura-pura "