SYARIKAT produk kesihatan, dR Rozmey Group (dRG) menjangkakan jualan produknya akan meningkat 20 peratus iaitu purata 40,000 kotak sebulan pada tahun ini berbanding hanya 30,000 kotak pada tahun sebelumnya.
Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, jangkaan tersebut dipacu aktiviti promosi produk yang dilakukan secara berterusan melalui pelbagai media dan hebahan dari mulut ke mulut.
Menurutnya, setakat ini, dRG mempunyai sejuta pengguna dan 10,000 pengedar aktif dilahirkan syarikat sejak 2008 yang berterusan menyokong produk kesihatan dRG.
“Perancangan pemasaran trading berimbuhan secara atas talian (online) yang dRG perkenalkan seawal 2008 adalah unik dan berjaya memacu perkembangan pasaran produk kesihatan dRG.
“Dengan jaminan pengguna yang mendapat kesan kesihatan baik dari pengambilan produk kesihatan dRG menjadi pengedar aktif dengan menjual dan merekrut ahli baharu tajaan mereka mendapat imbuhan secara berperingkat,” katanya kepada Sinar Harian.
Dr Che Rozmey berkata, setakat ini, dRG mempunyai 11 produk kesihatan di pasaran domestik yang mendapat sambutan luar biasa dan meningkat walaupun mendapat banyak persaingan produk lain di pasaran sejak syarikat beroperasi pada 2008.
“Kami mempunyai kilang di Kulim, Kedah dan mampu beroperasi mengeluarkan lebih 100,000 kotak pelbagai produk sebulan. Setakat ini, dRG menjual 40,000 kotak sebulan.
“Kami juga mengeluarkan dua produk baharu iaitu Rozmey Body Detok dan Rozmey White Glow Drink dan Ogos nanti, Rozmey Breast Firming akan berada di pasaran,” katanya.
13 produk di pasaran
Beliau berkata, setakat ini syarikatnya mempunyai 13 produk di pasaran iaitu produk langsing jus mate5, rawatan kulit dr-11, rawatan sendi Doc-K , kecerdasan minda dR101 dan dR betes adalah yg terlaris di pasaran.
“dRG membangunkan sistem trading berimbuhan secara online dgn pasaran 'single level' , jumlah pengguna produk dRG kini lebih sejuta orang dan terdapat lebih 20,000 ribu pengedar dan 10,000 dari pengedar ini adalah aktif memasarkan produk dRG,” katanya.
Tambahnya, dRG membuka pasaran di Indonesia sejak 2012 melalui syarikat PT Rozmey International Global Trading yang beribu pejabat di Jakarta selatan.
“Setakat ini tiga produk (jus mate5, dR101 dan Doc-K) telah didaftarkan di Kementerian Kesihatan Indonesia dan Kastam Indonesia, dan operasi jualan di jangka seawal Ogos 2015,” katanya.
Tembusi pasaran beberapa negara
Dr Che Rozmey berkata, dRG juga berusaha melalui ejen yang dilantik untuk memasarkan produk kesihatan dRG melalui anak syarikat Rozmey International Global Trading Sdn Bhd ke pasaran Arab Saudi, Afrika, Eropah, India melalui Dubai.
“Buat masa ini, produk pelangsingan jus mate5 di daftarkan di Dubai.
Dalam tempoh tiga tahun ni, dRG fokus pada pemasaran produk kesihatan yang sudah sedia terbukti berkesan dan selamat ini untuk pasaran Indonesia dan hab Dubai yang diusahakan semenjak 2012.
“Pasaran Indonesia , Arab Saudi, Afrika, Eropah dan India besar dan memerlukan komitmen syarikat dRG yang tinggi dalam memastikan kualiti, kuantiti, tahap keberkesanan dan keselamatan produk tinggi pada pengguna mengikut piawaian pengilangan GMP yang tinggi,”
katanya.
Beliau berkata, ia melibatkan kajian dan penyelidikan berterusan dan perbelanjaan besar untuk membangunkan dua lagi kilang di Kulim yang hampir 100 peratus automatik, untuk memenuhi keperluan pasaran produk yang dRG terokai.
“Pembinaan kilang GMP yang baru, di samping kilang GMP sedia ada ini melibatkan pelaburan lebih RM10 juta.
Sementara itu, ditanya mengenai pelaksanaan sistem GST yang berkuat kuasa 1 April lalu, Dr Che Rozmey berkata, pada awalnya ia memberikan kesan kepada jualan produk namun pengguna membuat pilihan dengan terus menyokong produknya walaupun terpaksa
menanggung kos GST kerana masih lagi mampu mengamalkan produknya.
Tempah secara sah
Beliau berkata, semua produk dRG perlu ditempah melalui ibu pejabat atau pengedar sah dRG di mana ia akan diproses sebelum dihantar secara percuma dengan ejen penghantaran Skynet.
Selain itu, beliau mengingatkan pengguna supaya menjauhi premis toko jamu, kedai ubat, farmasi, salun kecantikan dan kios di pasar raya yang terbabit menjual produk dRG tiruan kerana boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, jantung, hati dan limpa sehingga boleh
membawa maut.
“Pengguna dinasihatkan membeli terus di kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra atau melalui belian online melalui ibu pejabat dRG di seluruh negara yang dipaparkan di laman web rasmi syarikat www.herbaprima.com.my dan Facebook datukdrrozmeyhpm,” katanya.
Katanya, pembelian secara atas talian boleh dibuat di laman web http://mall.drrozmey.my dengan menggunakan kaedah pembayaran perbankan internet, deposit tunai dan kredit sama ada Visa atau Master Card melalui Paypal serta kaedah Sistem Pembayaran Elektronik
Malaysia (Meps FPX).
Untuk maklumat mengenai kaedah pembayaran, pengguna boleh melayari http://mall.drrozmey.my/kaedah-pembayaran.html.

0 Komentar untuk " dRG jangka jualan naik 20 peratus "