MEWARISI bakat ibunya dalam menghasilkan kuih raya dan mula berniaga sejak di universiti, mendorong Shafawati Mohd Nor meneruskan impiannya menjadi usahawan walaupun sudah mempunyai segulung ijazah sarjana muda.
Anak kelahiran Kajang, Selangor ini, tidak lokek berkongsi pengalaman dan kejayaan menjadi usahawan selama lebih lima tahun.
Menurutnya, penglibatan awal dalam dunia perniagaan ini tercetus ketika mencari duit poket sendiri.
“Waktu itu, saya ada duit lebih dan duit itu saya gunakan untuk dijadikan modal berniaga dengan menjual muffin dan diletakkan di setiap blok asrama di Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Saya juga pergi ke kelas bakeri dan membuat kek kahwin ketika itu, selain membantu mama membuat kuih terutamanya kuih raya untuk dijual,” katanya ketika ditemui di Kajang.
Menceritakan keputusan nekad yang diambil selepas menamatkan pelajarannya, Shafawati berkata, ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan semua ahli keluarganya bekerja di sektor kerajaan.
“Apabila ambil keputusan untuk tidak mencari pekerjaan tetapi bekerja sendiri dengan berniaga memang susah, tetapi Alhamdulillah keluarga saya banyak menyokong dan memberi semangat dengan pilihan saya.
“Sampailah saya berkahwin dan kebetulan suami saya juga minat berniaga jadi kami sama-sama mengusahakan perniagaan sehingga sekarang,” katanya.
Kelas bakeri kutip pengalaman
Shafawati berkata, ibunya, Halimaton Ahmad merupakan individu yang paling banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.
“Mama memang berniaga kuih raya dan dia sanggup ambil cuti sebulan semasa Ramadan bagi menyiapkan tempahan kuih raya daripada pelanggannya, dari situlah saya mempelajarinya dengan membantu mama.
“Paling membanggakan, rumah yang diduduki mama sekarang dibeli menggunakan sebahagian hasil daripada jualan kuih raya yang diusahakan olehnya satu ketika dahulu,” katanya.
Selain belajar daripada ibunya, Shafawati juga tidak pernah melepaskan peluang jika mempunyai masa untuk mengikuti kelas bakeri bagi mengutip pengalaman.
“Jika orang tanya saya resipi kuih raya dan produk bakeri lain seperti kek dan macaroon dihasilkan saya sendiri atau tidak, saya akan menjawab bukan resipi sendiri.
“Ini kerana saya mempelajarinya semasa saya mengikuti kelas baking dan mendengar cerita-cerita daripada makcik-makcik yang mengikuti kelas sama, bagaimana menghasilkan kuih yang sedap,” katanya.
Jangan takut jika tiada rezeki
Pemilik SF Kek Enterprise ini juga berkata, dalam perniagaan bukanlah mudah untuk mendapatkan kesenangan dengan cepat, tetapi untuk kita 'jatuh' amatlah mudah dan bila-bila masa sahaja boleh terjadi.
“Alhamdulillah sejak daripada mula bergelar usahawan sehingga hari ini, pengalaman saya adalah lebih banyak yang baik daripada buruk, dan saya mengambil iktibar setiap kejadian yang berlaku.
“Pernah sekali saya ditipu kawan baik sendiri bila kuih raya yang ditempah tidak berbayar tetapi kami mengambil penyelesaian dengan cara yang baik dan Alhamdulillah perkara tersebut mematangkan kami,” katanya.
Shafawati juga berkata, sebagai hamba ALLAH SWT kita tidak perlu takut sekiranya rezeki tersebut bukan milik kita hari ini kerana esok lusa kita tidak tahu.
“Kalau kita ada produk sama macam orang lain, jangan takut kerana hasil air tangan kita berbeza dan kita juga boleh menghasilkannya dalam versi berlainan.
“Lagi satu, kalau ada masa jangan lupa tunaikan solat sunat Duha dalam memohon rezeki daripadanya,” katanya.

0 Komentar untuk " Warisi bakat ibu hasilkan kuih raya "