Jualan cecah 50 bekas sehari sambal belacan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jualan cecah 50 bekas sehari sambal belacan

BERBEZA pula dengan Siti Nur Cahaya Marhalim, 21, kerana Ramadan kali ini merupakan kali pertama dia untuk berniaga.

Sebelum ini, dia hanya membantu bapanya berniaga gerai makanan di pasar tani namun kini dia sendiri mengusahakannya secara kecil-kecilan.

Katanya, mendapat dorongan dan semangat daripada bapanya bagi memulakan perniagaan margin kecil dengan menjual sambal belacan istimewa resipi ibunya.

"Saya lihat berniaga di bulan Ramadan mampu berikan pulangan tinggi biarpun hanya menjual kuih muih sahaja.

"Dari situlah saya cuba berniaga untuk mendapatkan pendapatan lain selain membantu bapa menjaga katering pada bulan lain," katanya.

Menurutnya, produk Sambal Belacan Ibu merupakan permintaan daripada pelanggan ayahnya sendiri yang menjual pelbagai aneka masakan di gerai mereka.

Katanya, gerai bapanya beroperasi jam 3 petang pada bulan Ramadan dan di sebelah pagi dia tidak mempunyai aktiviti lain.

"Bapa menyuruh saya mengisi waktu siang untuk menjual produk makanan di pasar tani supaya ada hasil daripada membuang waktu.

"Dengan berbekalkan RM200 untuk bahan mentah dan pembungkusan sambal, saya mampu mendapat semula modal tersebut setelah beberapa hari berniaga," katanya.

Dia tidak menyangka produknya mendapat sambutan positif bahkan terdapat pelanggan yang berulang kali membelinya.

"Sambal ini dijual pada harga murah dan berpatutan dengan dua pembungkusan iaitu 100 gram (RM3) dan 200 gram (RM6)," katanya.

Katanya, daya penarik sambal tersebut adalah bahan yang digunakan tanpa pengawet berbahaya dan tahan lama.

Walaupun masih baharu, tetapi jualan memberangsang dan dapat menjual 30 hingga 50 bekas dalam masa sehari.

0 Komentar untuk " Jualan cecah 50 bekas sehari sambal belacan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ