Yellow Kitchen Sdn Bhd: Ambil peluang jana rezeki - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Yellow Kitchen Sdn Bhd: Ambil peluang jana rezeki

Lubuk rezeki! Setiap kali Ramadan menjelma, ia dilihat menjadi lubuk rezeki buat peniaga-peniaga.

Bahkan ramai mengambil peluang menjadikan perniagaan sebagai pendapatan sampingan pada bulan penuh barakah ini.

Tidak kira berniaga atas talian, bazar Ramadan, pasar tani atau dari rumah, rezeki berada di mana-masa sahaja bagi mereka yang rajin.

Ia juga menjadi medan untuk peniaga kecil ini menambah pendapatan untuk melakukan persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

Biarpun ia perniagaan bermusim, mereka bijak mengambil peluang setahun sekali itu dengan menjual aneka produk seperti pakaian, biskut raya, minuman, makanan dan banyak lagi.

Kebanyakan mereka memulakan perniagaan pada musim perayaan untuk menambah sumber pendapatan atau untuk mencari duit raya lebih sepanjang bulan Ramadan.

BERMULA sekadar hobi untuk mengisi masa lapang, siapa sangka dua sahabat Siti Nur Nazrah Mohamad Aziz,32, dan Asma Nadiah Abd Rahman,32, kini mampu memperoleh pendapatan mencecah RM20,000 sebulan dengan hanya menjual biskut raya dan kek brownie.

Biarpun sekadar perniagaan dilakukan bulan Ramadan, Siti Nur Nazrah berkata, pendapatan tersebut digunakan sebagai perbelanjaan untuk masa panjang.

Siapa sangka, perniagaan yang nampak kecil tetapi mampu menjana pendapatan sangat lumayan walaupun sekadar sampingan sahaja.

Mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari dan dekorasi, Siti Nur Nazrah atau Naz berkata, idea memulakan projek biskut raya itu timbul selepas tamat pelajaran dalam Diploma Sugar Art.

"Saya mempunyai pengalaman dalam kulinari tetapi pada masa sama kerap mengikuti kelas bakeri.

"Daripada kelas itu, saya olah resipi yang diajar guru menjadi resipi sendiri," kata pemilik Yellow Kitchen Sdn Bhd.

Katanya, keluarga sangat membantu membuatkan dia dan sahabatnya, Asma bersemangat untuk meneruskan usaha.

Mereka lebih menumpukan kek brownie ciptaan sendiri dan biskut raya pula dihasilkan ketika musim perayaan sahaja.

"Kami mula serius untuk projek raya pada tiga tahun lepas, setelah berpindah ke studio masakan sendiri.

"Dengan adanya studio ini, kami bebas untuk membakar biskut berbanding sebelum ini, segalanya dilakukan di rumah," katanya.

Mereka lebih fokus pada brownie jenama Lolli-B ketika musim biasa dan biskut Chocolate Chips untuk perayaan.

"Walaupun hanya satu jenis sahaja biskut yang dihasilkan namun permintaan di luar jangkaan sehingga peroleh pendapatan RM7,000 sebulan.

"Terdapat juga jenis biskut lain yang kami peroleh daripada vendor lain tetapi semuanya hanya untuk hamper raya yang ditempah syarikat korporat," katanya.

Katanya, perniagaan biskut raya adalah bermusim tiada tempahan selepas dariapda itu.

Bagi tahun ini, Naz menyasarkan biskut Choclate Chip untuk tahun ini disasarkan jualan sehingga RM7,000 manakala brownie pula RM14,000 untuk 500 bungkus.

Harapannya kepada golongan muda supaya bijak merebut peluang perniagaan di bulan Ramadan yang merupakan pembuka rezeki kepada sesiapa sahaja yang berniaga.

0 Komentar untuk " Yellow Kitchen Sdn Bhd: Ambil peluang jana rezeki "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ