ZAKAT memainkan peranan penting untuk membantu golongan yang memerlukan, namun ramai yang masih kurang jelas pengertian zakat serta bagaimana zakat berperanan penting dalam institusi Islam di negara ini khususnya.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, NOR AZIHAN MD GHAZALI bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, ABDUL HAKIM AMIR OSMAN dalam mengupas isu berkenaan.
Boleh jelaskan peranan dan tanggungjawab PPZ-MAIWP?
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau (PPZ-MAIWP) merupakan institusi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bagi urusan pengagihan, ia dilaksanakan pihak Baitulmal Wilayah dan MAIWP sendiri. Bagi agihan luar wilayah, ia dilakukan oleh Yayasan Taqwa. Setiap pusat zakat negeri mempunyai nama masing-masing, untuk itu adalah tidak wajar dengan mengaitkan PPZ-MAIWP bagi seluruh permasalahan zakat di seluruh negara.
Tidak ramai yang jelas peranan dan tanggungjawab terhadap menunaikan zakat. Boleh tuan perincikan maksudnya?
Apabila menyebut tentang zakat, ia adalah wajib ke atas semua umat Islam. Ia merupakan rukun Islam yang keempat. Zakat memainkan peranan penting selain solat lima waktu, puasa, mengaji al-Quran, sedekah dan lain-lain lagi dalam bentuk hati, minda serta jiwa untuk melakukan kebaikan dan melaksanakan suruhannya.
Selain membersihkan harta, zakat juga berperanan dalam membersihkan hati atau jiwa kita daripada akhlak yang buruk seperti mana firman Allah yang bermaksud:
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat, supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka (daripada dosa dan akhlak yang buruk) serta doakanlah untuk mereka. (Ini kerana) sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah 9:103)
Apakah jenis-jenis dan pembahagian zakat yang ditetapkan?
Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan juga zakat harta. Pembayaran zakat fitrah dibuat pada Ramadan sahaja mulai 1 Ramadan hingga 1 Syawal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.
Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5 peratus daripada jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5 peratus daripada harta kita adalah bukan hak kita tetapi hak golongan lapan asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.
Bagaimanakah zakat itu dapat membersihkan hati?
Hati yang bersih akan membuahkan akhlak yang mulia. Perbuatan yang dilihat tidak bertanggungjawab dan negatif serta melanggar etika Islam menggambarkan keadaan hati yang kotor, tidak terdidik dan terkawal yang boleh mendatangkan kerosakan kepada ekonomi ummah dan keutuhan ummah itu sendiri. Melalui berzakat, ia boleh menghasilkan akhlak yang mulia.
Melalui bayaran zakat juga ia dapat menanam dan melahirkan sifat mulia, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
Sejak kebangkitan media baru seperti laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp, ramai di kalangan keyboard warior gemar memperlekeh dan mempersoalkan kewibawaan jabatan yang mengutip zakat. Apakah kesannya kepada umum?
Saya akui perkara ini boleh mengubah persepsi masyarakat daripada positif kepada yang negatif. Perkara yang disebarkan ada benar dan ada salahnya, bahkan banyak yang disebarkan itu berbentuk pembohongan serta fitnah dengan niat tertentu.
Sempena Ramadan yang mulia ini, saya sarankan semua keyboard warior agar mencari maklumat terlebih dahulu sebelum menulis. Mereka harus faham sebelum memahamkan orang lain agar maklumat yang disampaikan itu tidak tersasar sekali gus menghindarkan pelayar atau pembaca daripada terpesong dengan fahaman sendiri tentang zakat dan agihannya.
Apa yang saya takuti, tulisan itu mampu membuatkan lebih ramai masyarakat tidak mahu mengeluarkan zakat dan ia sekali gus jatuh kepada memfitnah. Dosanya amat besar dan ia lebih teruk daripada membunuh.

0 Komentar untuk " Zakat penting bantu golongan yang memerlukan "