TERLAJAK laris. Tagline yang menjadi siulan daripada kanak-kanak sehingga dewasa. Ia begitu sinonim dengan pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzan.
Bukan hanya pemilik, malah beliau adalah model dan jurucakap produk tersebut.
Bagi Aliff Syukri, 27, bukan mudah untuk berada pada tahap ini setelah melalui pelbagai dugaan tanpa mengenal lelah untuk meneruskan cita-cita yang diimpikan sejak kecil.
Katanya, dengan kesabaran tinggi dan yakin dengan rezeki ALLAH SWT yang luas, beliau tekad meneruskan perniagaan tersebut yang dimulakan secara kecil-kecilan sehingga sudah mempunyai Wisma D’Herbs di Kota Damansara, Selangor.
“Sebenarnya, perniagaan saya tidak susah, tetapi orang ramai sukar menerima remaja seperti saya yang tiada status doktor dan dilihat masih mentah berniaga produk kesihatan dan kecantikan di Lembah Klang.
"Alhamdulillah, semuanya saya lalui dan kenangan tersebut tidak pernah luput dalam ingatan. Saya anggap liku-liku yang saya lalui sebagai kenangan manis dan menjadi pemangkin untuk terus mengukuhkan legasi perniagaan ini,” katanya.
Bermodalkan RM450
Aliff Syukri berkata, beliau memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM450 iaitu wang simpanannya sendiri.
“Saya mulakan perniagaan dengan menjual produk kecantikan dari Thailand dan Filipina berharga RM80 setiap satu. Saya keluarkan modal RM15 setiap satu, dan selebihnya saya akan simpan untuk masa hadapan. Alhamdulillah, produk saya diterima dan disambut baik oleh pelanggan,” katanya.
Beliau juga menjalankan perniagaan di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam selama dua tahun dan tidak mempedulikan tanggapan orang terhadap rutinnya.
“Saya tidak kisah apabila orang melihat saya menjual kosmetik di pasar sedangkan ia tempat menjual ikan dan sayur.
"Alhamdulillah, perkara luar biasa itu diterima baik masyarakat dan perniagaan semakin maju,” katanya.
Katanya, dalam masa sama beliau juga menjual kosmetik di beberapa kawasan dan tidak pernah lupa untuk membawa empat uncang.
“Saya akan memasukkan RM3 dalam setiap uncang tersebut bertujuan untuk simpanan masa hadapan, membayar gaji pekerja, sewa kedai dan modal pusingan,” katanya sambil tersenyum.
Tidak kenal erti putus asa
Aliff Syukri tidak menafikan ada mendengar dakwaan mengenai dirinya yang tidak perlu bersusah-payah kerana punyai sokongan keluarga.
“Saya berniaga sendiri di beberapa kawasan dan naik turun pejabat, ketuk pintu rumah orang menjual produk. Saya tiada pekerja, saya kongsi membayar sewa kedai RM700.
“Tidak ada sesiapa yang membantu. Saya buat semua perkara termasuklah pemasaran. Tanpa mengira panas dan hujan, setiap kali lori datang menghantar barang, saya mengangkatnya sendiri ke kedai,” katanya.
Tidak mempunyai pendidikan tinggi malah sifir pun tidak dihafal dan penguasaan Bahasa Inggerisnya teruk bukan penghalangnya untuk berjaya.
“Alhamdulillah, saya belajar daripada pengalaman dan tidak pernah jemu meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan,” katanya.
Aliff Syukri turut mengamalkan pembayaran tunai dalam berniaga dan tidak mempercayai sistem transaksi melalui bank selain tidak tahu mengenai penghantaran emel.
Katanya, bidang perniagaan sudah menjadi minatnya sejak kecil dan pernah menjadi penjual jeruk pada sesi persekolahan.
D’Herbs ada kelas tersendiri
Beliau fokus dalam perniagaan D’Herbs, tidak mahu menghilangkan imej sendiri dan berazam memajukan bisnes sehingga berusia 40 tahun.
“Pelbagai cabaran terpaksa dilalui untuk membangunkan perniagaan ini dan meletakkannya di kelas sendiri.
"Saya tidak boleh bergerak seorang diri dan saya mahu D’Herbs mempunyai pasukan kuat,” katanya.
Katanya, antara cabaran yang dihadapi adalah produknya ditiru.
“Dalam pasaran, masyarakat Melayu mahukan produk dengan harga murah dan cantik. Saya mencipta produk yang dimahukan masyarakat dan mempunyai dua ciri- ciri itu seperti lipstik,” katanya.
Aliff Syukri berkata, sebelum ini D’Herbs dikenali dengan nama D Herba selama setahun tetapi masyarakat tidak suka nama kampung dan mahukan nama pelik dan Inggeris.
“Saya membuat kajian masyarakat kita suka gosip dan kontroversi. Pada mulanya apabila saya bercakap formal di televisyen, produk tidak mendapat sambutan.
“Bila guna tagline ‘Terlajak Laris’, produk saya semakin dikenali. Insya-ALLAH, produk kita akan dijual dalam platform membeli-belah atas talian dalam masa terdekat,” katanya yang merupakan penceramah tetap Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Bermula dengan satu produk iaitu Jus Perawan, hari ini D’Herbs dikenali dengan pelbagai produk iaitu Tablet Coklat Pintar Ibnu Sina, Gel Berherba Aloe Gamat, Sabun Scrub Mukjizat, set wangian dan banyak lagi.
Beliau dibantu isteri tercinta merangkap Pengarah Eksekutif D'Herbs Holdings Sdn Bhd, Nur Shahida Mohd Rashid.
Semakin sibuk
Aliff Syukri mengakui sejak akhir- akhir ini, jadualnya semakin padat dan kunjungannya ke sesuatu tempat atau majlis adalah bersebab.
“Saya tidak menganggap saya sebagai pengasas D’Herbs sebaliknya menganggap setiap kali saya bangun saya baru memulakan perniagaan.
“Jika melihat kepada usaha selama ini, saya percaya hidup saya selesa dan bagi saya kejayaan adalah apabila kita menghargai dan menyayangi di antara satu sama lain,” katanya.
Katanya, beliau pernah digelar pelacur, pondan dan diludah tetapi kesemuanya tidak mematahkan semangatnya untuk terus berniaga.
Jelasnya, D’Herbs mempunyai lebih 100 produk dan berada di 200 cawangan Felda, diiktiraf sebagai produk tempatan di farmasi kerajaan.
“D’Herbs mempunyai kilang di Kuala Selangor. D’Herbs terlibat dalam pengilangan produk kesihatan dan kecantikan syarikat lain,” katanya.
Sehingga kini, produk D’Herbs meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia dengan bilangan pengedar melebihi 6,000.

0 Komentar untuk " Aliff Syukri dan empat uncang "