Umno, Parlimen saja bisa singkir PM - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Umno, Parlimen saja bisa singkir PM

OLEH kerana saga kemelut politik berterusan ramai bertanya, sungguhpun saya bukan seorang pakar dan peguam constitutional law, bagaimana seorang perdana menteri boleh dilucutkan jawatannya? Pendapat saya, tanpa banyak fikir, ada tujuh cara.

Parti pemerintah, dalam kes ini Barisan Nasional pimpinan Umno melalui Majlis Tertingginya mengundi tidak percaya terhadap perdana menteri, pemberontakan dalam Kabinet, Parlimen meluluskan usul tidak yakin lagi atau a vote of no confidence terhadap perdana menteri.

Semasa artikel ini di dictatekan, seperti kata Speaking, none has happened nor is likely to happen soon, yakni satu pun apa dikata di atas belum berlaku dan kemungkinannya berlaku saat ini tidak cerah.

Keempat, perdana menteri dengan sukarela meletak jawatan, satu perkara yang tidak akan berlaku dalam situasi sekarang, bahkan dalam budaya kita penjawat jawatan apa pun lazimnya akan hang on to the job!

Kelima, rampasan kuasa oleh tentera - kita bukan Thailand  lagipun tentera kita, setakat ini, non political dan menerima Perlembagaan negara; keenam, perdana menteri dijatuhi hukum oleh mahkamah melebihi dua tahun penjara atau denda melebihi RM2,000.  Dalam kes Perdana Menteri Najib, beliau hanya menghadapi tuduhan dan beliau telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penuduh, iaitu The World Street Journal (WSJ). Proses undang-undang mengambil masa yang panjang.

Apa lagi dalam kes ini. Ketujuh, revolusi oleh rakyat, satu perkara seperti kata mat salih, a bit far fetched for the moment. Perdana Menteri Najib, saya diberitahu, masih popular di luar bandar dan pedalaman.

Penentang utamanya berkisar pada “cerdik pandai” di bandar-bandar besar dan pinggirannya. Penjawat awam majoritinya masih neutral jika pun tidak menyokong.
Ada juga manusia yang mahu raja-raja Melayu campur tangan dalam kes “krisis keyakinan” ini.

Siapa berfikir demikian, saya kira, agak cetek; ini masalah politik bukan survival negara, bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan serta adat-istiadat Melayu. Saya anjur raja-raja 'remain steadfast to their constitutional role'.

Rumah ku mahligai ku

KB atau Kota Bharu terkenal, namun bukanlah sepopular KL. Mana ada bandar raya lebih disukai ramai orang kita dari KL? Apa pun Kota Bharu “has arrived” dengan adanya perumahan niche! Pada orang Inggeris his house is his castle- rumahnya mahligainya; pada orang Melayu rumah atau istananya ialah syurganya.

Dalam apa keadaan dan apa status kita pun, kita harus pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan dan kehidupan selain meningkatkan kebahagiaan dalam life. KB semenjak April tahun ini “has arrived” dengan adanya satu projek perumahan niche dikenali sebagai Tijani Raja Dewa di Kampung Putih, tidak jauh dari Kota Darul Naim.

Seseorang yang melihat show house akan bersetuju dengan Speaking “that it is a high - end development by Kelantan standard.” Orang di belakang high- end projek ini ialah Tan Sri Azman Yahya, jutawan anak kelahiran Kota Bharu, berpendidikan London dan yang low profile.

Rekodnya baik. Saya gembira Jalan Raja Dewa- dulu perumahan pegawai tinggi tempatan dan dagang- telah diswastakan. Sekarang elit Kelantan bolehlah mempunyai rumah hinggap yang standard dan sesuai di KB.

Tijani Raja Dewa terletak di atas sebidang tanah seluas 7.4 ekar (2.96 hektar)- menawarkan rumah tiga tingkat, semi D, rumah superlink teres dan sebuah apartmen 16 tingkat. Mengikut Azman, 13 dari 16 semi D (berharga antara RM1.9 - 1.95 juta) sudah pun dibeli (The Edge - 6 Julai).

Nampaknya orang Kelate banyak pitis.  Siapa kata market untuk kediaman niche tidak wujud di KB? Saya berharap kejayaan Tijani Raja Dewa akan membawa Azman ke daerah-daerah lain terutama di mana banjir tidak berlaku seperti Kok Lanas, Bukit Belah dan Lembah Ilmu, Machang.

Nazir masuk politik?

Jika anak bongsu Tun Razak, Datuk Seri Nazir, 49 tahun, beristeri dan mempunyai dua anak semuanya berpendidikan di UK dan tinggal di Oxford dan London menyertai politik, landskap politik tidak akan berubah banyak.

Besar kemungkinannya keadaan lebih berkecah (messier). Nazir memang suka politik. Saya ingin bersikap adil- minat Nazir dalam politik sudah ada sebelum dan apa lagi selepas menjadi mega kaya. Walaupun dia mega kaya, ada pedigree dan dianggap pintar dalam industri banking, tiada jaminan Nazir akan sukses.

Tegas Profesor Shamsul Amri Baharuddin, “Nazir is a political novice... his  political knowledge merely touches the surface and has survived on second hand information from consultants or risk analysts.” Tambah Shamsul, “I wonder if Nazir can speak Malay fluently...”  (Focus - 4-10 Julai). Shamsul kata, dia tidak tahu sama ada Nazir boleh cakap Melayu dengan petah.

Kot-kot dah lupa

Tiada dalil Tuhan wujud, begitulah sesetengah pendapat. Adakah bukti ALLAH SWT tidak wujud? Sains berasaskan pada fact and reason; asas agama- semua kepercayaan dan pegangan- adalah ketakwaan (faith).

Sama ada kita percaya tidak berbelah bagi ALLAH SWT wujud dengan segala kekuasaannya atau tidak. Pada saya, keyakinan dan faith lebih kuat daripada akal, daripada reason.

Dalam politik, untuk berjaya sebuah parti dan seorang pemimpin harus fleksibel dan pragmatik. Siapa sangka, tidak lama dahulu, Pas dan DAP boleh tidur dan bermimpi sebantal? Umno telah melalui transformasi hebat hingga orang lama Umno tidak kenal lagi parti yang mereka masuk sebelum dan selepas merdeka.

Seorang pemimpin tinggi Umno - full of himself, yakni memikirkan dirinya sangat penting dan sombong berkata kepada saya, “you were a brilliant stategist and operator in the 60s, 70s and early 80s. But this is the 21 century!”

Pendekatan seperti saya dianggap kolot walaupun dalam 60-an, 70-an dan 80-an dianggap tajam dan dikagumi. Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui beberapa krisis besar dan kecil tetapi kata Speaking: "everything pales in comparison.

Worse it appears to be open ended”. Saya bersimpati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Suka-duka, untuk mengatasinya tidak senang sebab ini telah menjadi satu kes krisis keyakinan dan integriti. Tetapi tidak mustahil dapat diatasi jika bijak menghadapinya.

Proton dan saya

Tahniah kepada Proton dan kakitangan syarikat perintis otomobil kita dan juga kepada semua pemilik kereta Proton sempena ulang tahun ke-30 syarikat Proton. Saya pernah menjadi Pengerusi Proton United Kingdom (UK) pada zaman kegemilangannya.

Tatkala itu kita mengeksport kereta Proton ke UK  dan saya mempunyai setiap model Proton. Selepas saya melepaskan jawatan pengerusi, saya tidak lagi menggunakan Proton. Saya sekarang guna kereta buatan Jepun, Korea, German dan Sweden.

Kadangkala saya menyewa kereta Proton terbaharu apabila saya di Kelantan. Tetapi saya tetap terus menyokong industri otomobil kebangsaan ini. Saya sungguh bangga dengan kejayaan Proton dan kerajaan mesti, apa jadi pun, mempertahankan industri ini yang mencerminkan kebolehan, bakat dan potensi Peribumi serta Melayu Islam dalam industri otomobil.

0 Komentar untuk " Umno, Parlimen saja bisa singkir PM "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ