Herba antibiotik mujarab & selamat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Herba antibiotik mujarab & selamat

INFEKSI MRSA ialah infeksi bakteria Staphyloccus yang kebal terhadap antibiotik methicillin. Tanda-tanda awal seseorang mengalami infeksi MRSA ialah cellulitis (radang tisu penghubung di bawah kulit), benjolan seakan-akan bisul dan kudis bernanah.

Infeksi MRSA yang tidak dirawat dengan sempurna atau penghidap tidak bertindak-balas terhadap antibiotik yang dipreskripsi menyebabkan bakteria staphyloccus yang kebal kepada pelbagai jenis antibiotik dikatakan boleh menyebabkan penghidap mengalami komplikasi dalam bentuk kegagalan organ sistem.

Maksud organ sistem ialah organ dalam pelbagai jenis sistem tubuh.

Komplikasi infeksi MRSA dikatakan boleh berlaku kepada hampir kesemua organ sistem yang akan menyebabkan kegagalan organ secara kekal dan juga kematian. Komplikasi yang menimbulkan tahap kesihatan negatif dan membawa maut kepada penghidap termasuk endocarditis (keradangan bahagian dalam jantung misalnya injap), infeksi buah pinggang, infeksi paru-paru (pneumonia), necrotizing fasciitis (kerosakan fiber tisu yang kebanyakan terdiri dari kolagen), osteomyalitis (radang tulang atau sum-sum) dan sepsis (tisu dipenuhi bakteria dan toksinnya).

CA-MRSA iaitu infeksi yang didapati dari komuniti dikatakan menimbulkan komplikasi yang rendah berbanding HA-MRSA (jangkitan dari hospital atau akibat menerima rawatan perubatan moden). Rawatan HA-MRSA dikatakan biasanya menggunakan vancomycin yang digabungkan dengan beberapa jenis antibiotiK lain dalam bentuk suntikan.

CA-MRSA biasanya dirawat sebagai pesakit luar dengan antibiotik yang dimakan atau disapu. Namun begitu, sesetengah CA-MRSA  misalnya pneumonia biasanya memerlukan beberapa jenis antibiotik yang sesuai melalui suntikan.


Jangkitan

Bagaimana MRSA tersebar? Ia boleh tersebar melalui sentuhan kulit penghidap infeksi MRSA serta pakaian atau peralatan yang digunakannya. Dalam artikel minggu lepas penulis menyatakan pengguna sebarang jenis antibiotik dipercayai mendedahkan seseorang kepada risiko antibiotic resistance bacteria (bakteria kebal antibiotic).

Penulis juga sebutkan penggunaan vancomycin iaitu antara antibiotik terkuat yang biasa digunakan untuk merawat MRSA juga boleh menimbulkan kekebalan antibiotik kepada bakteria.

Di Amerika Syarikat, Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE) iaitu bakteria jenis enterobakteria yang kebal antibiotik carbapenem telah dikesan sejak beberapa tahun lalu.

Simtom-simtom CRE tidak spesifik namun beberapa keadaan yang dihidapi seseorang menyebabkan doktor mengesyaki infeksi CRE.

Keadaanyang dimaksudkan ialah organism yang diasingkan didapati kebal antibiotik, pneumonia teruk, infeksi urinari trek yang teruk, demam panas melampau, sepsis dan kejutan sepsis (septic shock). Kadar kematian akibat infeksi CRE ialah 40-50 peraus.

Sebahagian besar infeksi MRSA dikatakan dirawat menggunakan gabungan lebih dari dua jenis antibiotik. Antibiotik yang biasa digunakan termasuk antara lain vancomycin, linezolid, rifampin, sulfamethoxazole-timethoprim. Antibiotik mupirokin biasa difunakan untuk sapuan pada kulit yang mengalami infeksi kulit.

Jika MRSA membentuk kekebalan terhadap antibiotik tersebut maka penghidap infeksi MRSA terdedah kepada kerosakan organ sistem. Pada tahap ini pada pandangan penulis, inflamasi dan kerosakan organ sistem bukan sahaja disebabkan oleh serangan bakteria staphylococcus malah oleh antibiotik-antibiotik yang digunakan untuk rawatan!

Rawatan perubatan moden yang diaplikasi di hospital dan klinik seluruh dunia memang tidak dinafikan menggunakan ubat-ubatan terhasil daripada teknologi canggih. Namun dari beberapa segi, ubat-ubatan yang dipreskripsi misalnya antibiotik dikatakan menimbulkan kesan negatif iaitu bakteria membentuk kekebalan kepada antibiotik yang dipreskripsi.

Punca utama mengapa bakteria membentuk kekebalan terhadap antibiotik ialah sebatian kimia yang terdapat pada setiap antibiotik hanya terdiri dari satu bahan kimia. Sifat ini amat berbeza dengan antibiotik semulajadi (istilah paling tepat ialah bahan yang dicipta oleh ALLAH SWT) seperti neem, thyme, kayu manis dan bawang putih.

Setiap herba tersebut bukan sahaja mengandungi fitokimia bersifat antibiotik malah mengandungi pelbagai fitokimia yang dipercayai merencat mutasi bakteria untuk membentuk membentuk kekebalan.

Namun begitu, penggunaan antibiotik ciptaan ALLAH biasanya hanya diamalkan oleh pengamal perubatan alternative dan orang awam yang memiliki ilmu mengenai sifat terapeutik herba.

Orang dulu-dulu apabila mendapati diri mereka menghidap demam selsema akan mengambil bawang putih. Bawang putih yang tidak dibuang kulitnya dipanggang hingga isinya bertukar agak keheningan. Isi bawang putih dimakan setelah dibuang kulit. Sukatan yang biasa digunakan ialah antara 2-3 ulas untuk orang dewasa.

Dalam kes merawat demam selsema di atas bawang putih menawarkan pelbagai sifat terapeutik termasuk bertindak sebagai antivirus, antibakteria, antikeradangan dan antispasm (anti-kejang).


 Fitokimia

Fitokimia bersifat antivirus: ajoene, allicin, asid kaffeic, citral, diallyl-disulfide, diallyl-trisulfide, asid ferulic, quercetin dan asid chlorogenic.  Yang bersifat antibakteria: alliin, allistatin-1, allistatin-2, alfa-phellandrene, asid caffeic, citral, diallyl-disulfide, diallyl-sulfide, diallyl-tetrasulfide, diallyl-trisulfide, asid ferulic, geraniol, asid p-coumaric, quercetin, asid p-hidroxy benzoic, rutin.

Sifat antikeradangan dimiliki oleh: ajoene, allicin, asid caffeic, asid chlorogenic, citral, asid ferulic, kaempferol, asid oleanolic, quercetin, quercetin-3-o-beta-d-glucoside, dan rutin. Terdapat pelbagai fitokimia dalam bawang putih yang memiliki sifat mengharmoni sistem imiun (immunostimulant).

Adenosin, kaempferol, quercetin, rutin, asid kaffeic, citral, asid ferulic, geraniol. asid p-coumaric dan phloroglucinol pula bersifat antispasm.

Senarai herba dipercayai mustajab meredakan demam selsema dan flu boleh didapati dengan membaca buku penulis berjudul Rawat dengan Herba-Cegah Demam & Flu tetbitan Alaf 21.

Selain neem, sebahagian besar herba yang digunakan untuk meredakan demam selsema dan flu terdiri dari herba rempah atau digunakan sebagai rencah makanan. Kebanyakan herba bersifat antivirus yang disenaraikan dalam buku tersebut adalah juga bersifat antibakteria.

Sifat antibakteria yang terdapat dalam sesuatu herba bagi meredakan selsema atau flu penting bagi mengatasi simtom-simtom tertentu misalnya batuk atau pneumonia berpunca dari infeksi sekunder yang kadang-kadang akibat serangan bakteria.

Kesimpulannya ialah tidak rugi jika anda menggunakan bahan-bahan seperti herba yang dicipta ALLAH sesuai dengan fisiolgi manusia untuk merawat demam selsema dan flu.

Ia kerana walau pun mengandungi fitokimia bersifat antibakteria, penggunaannya tidak akan menyebabkan pembentukan bakteria kebal herba!

0 Komentar untuk " Herba antibiotik mujarab & selamat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ