KITA ada Datuk Lee Chong Wei yang buat bendera kita selalu megah berkibar di seluruh dunia hasil kemenangan demi kemenangannya di gelanggang badminton peringkat antarabangsa sejak lebih 10 tahun lalu.
Kita juga dapat nama yang harum dan penghargaan daripada persembahan gilang-gemilang Datuk Nicol Ann David, pemain nombor satu dunia, yang memecah rekod memenangi pertandingan terbuka dunia lapan kali dan terbuka British lima kali.
Pada masa sama. kita dikenali di seluruh dunia kerana kes kehilangan misteri pesawat MH370 dan tragedi MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Itu bukan salah kita.
Dan atas sebab-sebab yang salah, kita ‘menempah nama’ melalui kegiatan penyalahgunaan dan penyeludupan dadah oleh warga asing, kadar kemalangan tinggi di jalan raya, dan rasuah.
Kini kita menarik perhatian dunia dengan beberapa isu besar, termasuk pembelian hartanah di luar negara yang menjadi tanda tanya dan yang paling hangat, dakwaan pemindahan wang 1 Malaysia Development Berhad ke akaun peribadi pemimpin yang sudah diperjelaskan oleh beberapa pihak yang dikaitkan dengannya.
Beberapa hari lalu, pemandu teksi kita pula mendapat ‘pengiktirafan’ atas ‘pencapaian’ yang tidak dicemburui, iaitu kerana sikap tidak bertanggungjawab setengah daripada mereka.
Laman perbandingan teksi British, LondonCabs.co.uk dilaporkan meletak pemandu teksi Kuala Lumpur di kedudukan teratas dalam senarai yang membandingkan 10 negara yang ada pemandu teksi yang teruk.
Pemandu teksi Kuala Lumpur, kata laman itu, sangat dikenali kerana mengenakan tambang lebih ke atas penumpang mereka dan suka guna taktik melencong untuk menambah jarak jauh supaya dapat caj lebih.
Menurutnya, walaupun mereka sepatutnya mengenakan tambang mengikut meter, ramai daripada pemandu teksi di Kuala Lumpur tidak mahu mematuhi peraturan itu.
Dalam keadaan pemandu teksi tidak mahu gunakan meter, laman itu berkata, cara terbaik untuk penumpang elak jadi mangsa caj lebih adalah bersabar menanti teksi lain.
Ia juga menyifatkan teksi di Kuala Lumpur sebagai lama dan berkeadaan teruk.
LondonCabs meletakkan pemandu teksi di Rom di tempat kedua dan pemandu teksi di Bangkok di tempat ketiga. Lain-lain bandar yang pemandu teksi mereka mendapat ‘pengiktirafan’ dalam senarai itu ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Kahirah, Shanghai dan Moscow.
Mengikut penilaian laman itu, pemandu teksi di Rom dikenali kerana kenakan tambang sangat tinggi dan bersikap kasar.
Pemandu teksi di Bangkok diletakkan di tempat ketiga. Ramai tidak tahu arah tuju.
Menjawab isu itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, ia mengesahkan apa yang ramai sedia maklum dan sedang berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi.
Menurut SPAD, kira-kira separuh daripada 42,000 pemilik permit teksi di Malaysia adalah pemilik individu yang mendakwa mempunyai masalah meningkatkan mutu kenderaan.
Ada pihak menegaskan, cakap-cakap untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sahaja tidak membantu rakyat selagi tindakan tegas tidak diambil.
Masih banyak aduan mengenai pemandu teksi yang enggan mengguna meter, tanpa sedikit pun takut didenda atau hilang permit.
Apakah penguatkuasaan SPAD sudah cukup berkesan bagi menangani masalah yang bagaikan tiada penghujung ini?
Di setengah negara, pemandu teksi yang melakukan kesalahan tiga kali tidak akan dibenarkan beroperasi lagi.
Apakah pemandu teksi di Malaysia yang bersalah disenaraihitamkan dan dikenakan tindakan undang-undang secara efektif?
Untuk berlaku adil, sebenarnya bukanlah semua pemandu teksi berperangai buruk, tetapi, seperti dalam mana-mana kumpulan, ada sahaja kerbau yang membawa lumpur, yang tidak peduli jika yang lain turut terpalit.
Kita pernah mendengar cerita pemandu-pemandu teksi dan bukan sahaja bersopan-santun, tetapi yang mengembalikan barang berharga penumpang yang tertinggal dalam kenderaan mereka, bahkan sanggup menolong penumpang dalam kesusahan.
Apa pun, bagi mereka yang masih cenderong kepada tabiat menipu, kita minta baliklah ke pangkal jalan.
Duit yang mereka kumpul secara haram itu tidak berbaloi. Ia tidak ke mana pun, malah memalukan diri mereka sendiri.
Cukuplah kita dikenali kerana penyalahgunaan dadah dan rasuah, antara lain. Janganlah ditambah ‘penghargaan’ yang mencemar imej negara yang kita cintai ini.

0 Komentar untuk " Tak berbaloi makan duit haram "