DALAM bahasa Arab, nuzul bermakna penurunan, manakala al-Quran dari segi bahasa bermakna sesuatu yang dibaca, sesuai dengan al-Quran yang kekal dibaca dan diulang sehingga ke hari ini. Justeru, nuzul al-Quran adalah bermakna penurunan al-Quran.
Menyingkap sejarah penurunan al-Quran, ia merupakan kalam ALLAH yang qadim (tiada permulaan), sesuai dengan salah satu sifat ALLAH iaitu kalam (Maha Berkata-kata). Pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan pengasas Mazhab Hanbali, telah terjadi satu fitnah yang amat besar iaitu fitnah terhadap al-Quran yang dikatakan sebagai makhluk (baharu).
Pemimpin pada masa itu iaitu al-Makmun yang bermazhab Muktazilah menganggap bahawa al-Quran adalah makhluk (baharu) dan bukan qadim (tiada permulaan).
Imam Ahmad yang tetap mempertahankan al-Quran sebagai qadim kemudiannya diseksa dengan teruk, tetapi beliau tetap mempertahankan kenyataannya. Begitu juga pada zaman pemerintahan al-Muktasim dan pemerintahan al-Wathiq, Imam Ahmad tetap diseksa. Imam Ahmad akhirnya dibebaskan pada zaman pemerintahan al-Mutawakkil Billah yang menggantikan al-Muktasim dan tidak berfahaman Muktazilah.
Al-Quran kemudiannya ditulis di Lauh Mahfuz (lembaran-lembaran yang terpelihara), sebagaimana firman ALLAH dalam Surah al-Buruj ayat 21-22.
“Bahkan ia adalah al-Quran yang mulia. (Lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Lauh Mahfuz”. Surah al-Buruj ayat 21-22.
Lauh Mahfuz adalah antara makhluk ALLAH yang paling awal diciptakan selain dari Qalam (pena).
Kemudian dari Lauh Mahfuz, al-Quran diturunkan secara sekali gus ke Bait al-‘Izzah (rumah kemuliaan) yang berada di langit pertama pada bulan Ramadan, sebagaimana firman ALLAH: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..”. Surah al-Baqarah ayat 185.
Penurun pada bulan Ramadan ini juga berlaku pada malam Lailatul Qadar, sebagaimana firman ALLAH: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran itu) pada malam Lailatul Qadar”. Surah al-Qadr, ayat 1.
Para ulama berselisih pada tarikh malam Lailatul Qadar di mana berlakunya penurunan al-Quran. Pendapat yang masyhur adalah pada 17 Ramadan. Sesetengahnya menyatakan pada 18, 21, 24 atau 28 Ramadan.
Penurunan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW adalah secara beransur-ansur selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Firman ALLAH: “Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan tenang, dan Kami menurunkannya secara beransur-ansur”. Surah al-Kahfi ayat 106.
Ayat-ayat terawal yang diturunkan adalah ayat 1-5 Surah al-‘Alaq, iaitu semasa Baginda berada di gua Hira’. Manakala ayat terakhir pula mengikut pendapat yang paling kuat adalah ayat 281, Surah al-Baqarah.
Penurunan al-Quran secara beransur-ansur juga adalah berbeza dengan kitab-kitab lain seperti Zabur, Taurat, dan Injil yang diturunkan secara sekali gus. Antara hikmah diturunkan al-Quran secara beransur-ansur adalah kerana ia diturunkan sesuai mengikut peristiwa yang berlaku.
Contohnya seperti peristiwa pengharaman arak yang tidak berlaku secara mendadak. Pada kali pertama, AALLAH menyatakan bahawa pada buah-buahan itu, sebahagiannya dijadikan olehmu sebagai arak dan sebahagiannya dijadikan sebagai rezeki yang baik.
Kemudian pada kali kedua, ALLAH menyatakan bahawa pada arak itu terdapat dosa yang banyak, dan dalam masa yang sama juga, pada arak itu terdapat manfaat-manfaat untuk manusia.
Kemudian pada kali ketiga, ALLAH melarang orang-orang Islam meminum arak apabila mereka hendak melakukan solat.
Dan akhirnya, ALLAH mengharamkan arak secara keseluruhannya dengan menyatakan bahawa ia adalah adalah termasuk dalam perkara-perkara yang keji.
Hikmahnya adalah supaya orang-orang Arab yang sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka meminum arak tidak mengalami kejutan budaya dengan pengharaman ini kerana ia dilakukan secara beransur-ansur.
Hikmah lain pula adalah untuk mengukuhkan hati Baginda sedikit demi sedikit, dalam menyampaikan dakwah dan berhadapan dengan kaumnya, setiap kali ayat-ayat al-Quran diturunkan.
Selain itu, hikmahnya juga adalah untuk memudahkan para sahabat memahami ayat-ayat yang diturunkan sesuai mengikut peristiwa, seterusnya mengingati dan menghafal ayat-ayat tersebut.
Begitulah sedikit sebanyak kronologi penurunan dan al-Quran dan hikmah ia diturunkan secara beransur-ansur. Moga-moga dengan kehadiran mukjizat yang agung ini, kita dapat mengambil seberapa banyak iktibar dan pengajaran yang terdapat di dalamnya.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Menghayati makna Nuzul al-Quran "