LEBUHRAYA NKVE pada tengahari itu sesak sedikit. Kereta saya terpaksa bergerak dalam kelajuan 30 kilometer sejam. Dari jarak kira-kira 50 meter, saya ternampak sebuah kereta Mercedes putih yang tersadai di tepi Lebuhraya NKVE.
‘Pamcit…’ kata hati ini bila terpandang seorang lelaki separuh usia sedang bertungkus lumus membuka tayar kereta di sebelah pemandu. Pantas pergerakannya. Tidak terkial-kial.
Apabila kereta saya menghampiri, saya nampak dengan jelas kot lelaki itu disangkut ke pintu kereta yang separuh terbuka. ‘Ini orang berpangkat…’ detik hati saya lagi.
Kulit putih wajahnya tampak memerah. Peluh kelihatan berkilat di kepalanya yang separuh botak. Daripada gayanya, saya menelah bahawa dia adalah tuanpunya kereta Mercedes itu, bukan drebarnya. Saya tak jadi berhenti untuk membantu lelaki itu apabila perasan ada dua buah motosikal baharu berhenti untuk membantu lelaki itu.
Sambil terus memandu, saya terfikir mengapa lelaki itu tidak kekok langsung menukar tayar keretanya. Ada banyak situasi yang kerap saya lihat di mana orang yang berpangkat hanya duduk di dalam keretanya menunggu bantuan sampai bila kenderaannya menghadapi masalah.
Dia juga boleh sahaja menunggu pasukan PlusRonda tiba untuk menukar tayarnya atau memanggil sahaja trak tunda swasta. Tetapi sebaliknya, dia menyelesaikan masalahnya sendiri dengan menyingsing lengan.
Ya. Menyingsing lengan. Inilah sikap yang ada pada lelaki itu. Walaupun sudah somebody dengan kereta mewah itu, dia sanggup mengotorkan tangannya apabila keadaan memerlukan. Ia berbeza dengan sebilangan di kalangan kita yang baharu sahaja senang sedikit sudah tidak pandai bersusah-susah lagi.
Kadangkala, seseorang itu baharu sahaja terpilih dari kalangan rakan-rakan yang sejawatan untuk menjadi ketua di jabatannya. Tetapi dia cepat lupa dengan kedudukan lama. Baharu sahaja dapat tempat duduk yang bersekat, dia sudah tidak mahu senyum dengan mereka yang sepangkat dengannya. Sudah hanya berkawan dengan mereka yang ‘atas-atas.’
Kalau dahulu, dialah yang mudah membantu kak Tipah kerani menarik kertas yang tersangkut dari mesin fotostat, kini bila terpandang dengan masalah itu lagi, dia buat-buat tak nampak. Itu belum lagi dilihat wajahnya yang mula ketat bila memandang orang. Kalau hendak baca akhbar pun, sudah tak pandai mengambil sendiri.
Pekerja lain yang harus dapatkan untuknya. Tatkala sama-sama sepangkat dahulu, dia memang suka mengeluh kerana banyak kerja. Kini dia hanya pandai berdehem kerana asyik menyuruh orang lain membuat kerjanya.
Ada juga dari kalangan suri rumah yang berperangai begitu. Bila sudah ada pembantu rumah, dapur pun tidak mahu dijejaki. Memasak, membasuh, menggosok, mengemas dan mengasuh anak dilepaskan bulat-bulat pada pembantu rumah. Akhirnya apabila pembantunya berhenti, dia tidak tahu di mana letaknya sudu garfu, pinggan mangkuk dan asam garam kerana dia sudah lama tidak mahu menyingsing lengan.
Perihal orang yang naik pangkat, bertambah kuasa dan semakin kaya tetapi tidak mahu menyingsing lengan memang banyak sekali terjadi. Bila kita memikir sejenak, pasti kita teringat akan sesiapa di sekeliling kita yang berperangai begitu. Bila sudah naik pangkat dan berubah tempat duduk di bahagian yang lebih tinggi, mereka tidak mahu turun ke bawah melihat mereka yang turut bersusah payah mensejahterakan syarikat dan jabatan.
Apabila sudah bertambah kuasa, mereka hilang pertimbangan dan rasa prihatin akan apa yang dialami oleh mereka yang sebelum ini siang malam berganding bahu bersama-samanya. Segala susah payah yang dihadapi oleh orang bawahan dianggap enteng. Bertanya khabar jauh sekali walau sekadar untuk memujuk jiwa-jiwa yang menderita akibat tindak-tanduknya mencengkam kuasa.
Yang bertambah kaya pula tidak ingat betapa orang lain menyeluk saku meraba wang untuk mengagak berapakah jumlah duit yang dia ada. Mana tahu, wang di poket tidak cukup untuk membeli apa yang diingini anak-anak di rumah.
Orang yang tidak cukup duit masih boleh menjerit untuk komplen. Tetapi, orang yang sudah jatuh miskin hanya mampu menelan liur dan memendam perasaan. Mereka jadi pendiam. Malangnya, orang yang bertambah kaya itu berasakan semuanya bagus kerana tiada sesiapa yang bising-bising.
Orang berkedudukan lebih baik tetapi sudah tak pandai menyingsing lengan sebenarnya tidak hidup di alam realiti. Mereka lupa yang hidup ini seperti roda. Mereka tidak ingat mutiara kata, ‘kalau merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.’
Oleh kerana dah tak pandai bersusah-susah atau back to basics apabila suasana memaksa, orang begini tidak akan sedar lantai bila yang dipijak sudah rapuh. Dia bukan sahaja tidak bersedia, malah tidak mahu bersiap siaga untuk mempastikan kukuhnya tempat dia berdiri.
Akibat sentiasa menganggap semuanya okey sahaja, dia akan K.O apabila hukum graviti ditakdirkan ke atas dirinya.
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Bersedia untuk menyingsing lengan "