RAMADAN menjanjikan pelbagai hikmah dan pengajaran yang seharusnya dikecapi oleh setiap Muslim yang benar-benar beriman kepada perintah Allah SWT. Setelah lebih dua minggu berada pada bulan mulia ini, bagaimana Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah dicapai?
Adakah Ramadan sekadar bulan yang hadir dan berlalu pergi atau kita merenung serta menghayati pencapaian pada bulan ini. Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman dalam segmen Ibrah, bersiaran setiap Isnin jam 5.15 petang, membimbing cara memandang dan membetulkan KPI Ramadan.
Bagaimana kayu ukur sebenar kita untuk bulan mulia ini? Adakah sekadar tidak makan dan minum atau sejauh mana kita beristiqamah melakukan solat tarawih sepanjang malam. Mungkin kita mengukur tahap kemampuan menurunkan berat badan sepanjang bulan ini?
Perbetul KPI
Ramadan Ustaz Muhammad Syaari mengajak memperbetulkan KPI kerana Ramadan satu-satunya bulan yang disebutkan secara jelas dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Secara jelas Allah SWT memperakukan kedatangan Ramadan dengan turunnya al-Quran. Namun, bagaimana kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW benar-benar memahami inti pati ayat suci itu? Allah SWT mencipta Ramadan dan mempromosikan kedatangannya untuk satu tujuan, semata-mata memastikan kita memahami al-Quran serta penurunannya. Al-Quran diturunkan pada Ramadan selain terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan yang turut dikaitkan dengan al-Quran. Hal ini dinyatakan secara jelas dalam surah al-Qadr yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu?
Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." (Surah al-Qadr, ayat 1-5) Ramadan perlu dilihat melalui pengisian al-Quran. Seandainya kita bangun malam untuk qiamullail dan tidak mengaji serta mengkaji apa yang kita baca, hal itu diumpamakan sekadar membaca buku tanpa memahami isi kandungnya.
Lihatlah bagaimana nabi dan solafussalih membaca ayat suci al-Quran kemudian menghayati satu demi satu kebenaran al-Quran melalui tafsirannya. Berapa kali kita menangis ketika membaca al-Quran? Perhatikan bagaimana mereka yang benar-benar faham dan menghayati ayat suci al-Quran, maka air mata yang faham al-Quran tidak akan meneruskan bacaan mereka pada ayat seterusnya.
Tradisi, amalan ulama
Menjadi tradisi dan amalan ulama untuk tidak melompat pada ayat lain jika ayat yang sedang dibaca itu belum benar-benar ditadabburkan. Sandaran ini melalui kisah Nabi Yaakub yang amat dukacita apabila terkenangkan anakandanya Nabi Yusuf. Ini dikhabarkan melalui firman yang bermaksud: "Mereka berkata: Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah menjadi sakit merana, atau menjadi daripada orang yang binasa. (Nabi Yaakub) menjawab: Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Yusuf, ayat 85-86) Bagi yang benar-benar memahami ayat ini, tentu merasai dukacitanya Nabi Yaakub sebagaimana dukacita kita mendengar khabar mengenai anak yang ditimpa kesusahan.
Begitulah gambaran ayat yang dirakamkan dalam al-Quran, bukan sekadar cerita, tetapi motivasi ummah untuk istiqamah dalam setiap amalan dilakukan. Diriwayatkan juga, Abdullah Rawahah akan menangis apabila mendengar ayat 70 dan 71, surah Maryam, yang menceritakan mengenai azab api neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api neraka itu. Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Maryam, ayat 70-71)
Begitulah al-Quran mendidik kita bukan sekadar khatam al-Quran pada Ramadan, tetapi kualiti setiap ayat itu lebih penting untuk kita memahami secara jelas hikmah di sebalik turunnya ayat. Justeru, gunakanlah peluang Ramadan untuk terus tadabbur pada setiap kalimah yang dirakamkan dalam kitab suci itu.
Oleh Syafiq Zulakifli
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66548

0 Komentar untuk " Al-Quran mendidik bukan sekadar khatam "