MENJELANG sambutan Aidilfitri ini, wanita bergelar isteri pastinya sibuk membuat persiapan.
Bukan sahaja untuk diri sendiri, anak-anak dan rumah tangga, paling penting untuk si suami tersayang.
Pelbagai perkara dirancang hendak dilakukan bagi memenuhi aktiviti sempena hari berbahagia itu dengan pasangan.
Bagi isteri yang dia satu-satunya ratu penyeri rumah tangga, itu adalah kebiasaan akan dilakukan. Tetapi bagi yang hidup bermadu dua atau tiga, lain pula situasinya.
Untunglah bagi isteri-isteri yang suaminya memang berlaku adil dalam melayari bahtera berkeluarga. Kalau belikan baju raya sendiri dan anak-anak, barang dan persiapan akan sama-sama - adil untuk setiap isteri. Jadi mungkin tak timbul isu.
Malah dalam situasi lebih baik, wujud kerjasama kalangan madu dalam membuat persiapan sambutan raya. Isteri bahagia, suami pun tak pening.
Pastinya pengalaman pahit manis isteri kedua yang jarang kedengaran untuk diketengahkan, boleh jadi iktibar semua sama ada positif atau negatif.
Isteri-isteri di luar sana tak perlu melenting kerana tiap sesuatu ditetapkan Yang Esa, termasuklah poligami sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.
Jangan silap sangka, jika berkongsi suami terpaksa 'bergaduh' dengan madu tiap kali tiba hari raya. Orang kita sering percaya 'perang dunia kedua' pasti berlaku, jika wanita berkongsi kasih suami.
Apalagi kita dimomokkan dengan banyak paparan sedemikian dalam drama-drama Melayu.
Sebaliknya apa yang pasti, jika kena gaya, wujud situasi manis bila kalangan isteri saling memahami makna berumah tangga, saling bertolak ansur dan bekerjasama.
Namun tidak dinafikan, ada juga isteri kedua dalam dilema. Bagi pernikahan sedia maklum oleh isteri pertama, mungkin diterima atau sebaliknya.
Kadang bahagia walaupun kehidupan tak senormal pasangan lain.
Bagi yang nikah di sempadan pula, hingga keluarga pun tak tahu, lain pula ceritanya. Wanita-wanita ini terpaksa rahsiakan identiti. Ramai wanita di luar sana, bertahun 'makan hati' terpaksa raya sendiri.
Bagi sesetengah kes, bila tahu berkahwin dengan suami orang, kena dibuang keluarga pula.
Tiap cabaran tiba dalam melayari bahtera rumah tangga pasti ada penyelesaiannya. Yang penting peranan dimainkan tunggak keluarga, iaitu suami berlandaskan ketetapan syariat, pasti jalan lebih dipermudahkan.
Bagi semua bergelar isteri tidak kira yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, anda punya hak sebagai isteri dan Islam tidak pernah membeza-bezakan hak kalian.
Selagi bergelar isteri, tunaikanlah amanah dan tanggungjawab sebaiknya.
Kupasan isu WOW minggu ini menyentuh mengenai di mana isteri kedua beraya.
INFO
ALLAH Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:
“Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
Sumber: http://www.jais.gov.my/artikel/poligami
PENGAKUAN 1
Tidak pernah ada masalah
Semasa mula mahu mendirikan rumah tangga dengan suami, saya jujur dan minta izin daripada isteri pertama.
Mula-mula siapa suka dan mahu bermadu. Tapi sudah jodoh dan dalam tempoh itu saya study dan cuba masuk dalam keluarga baru dengan memenangi hati mereka. Tahun pertama dan kedua, belum beraya lagi dengan suami kerana masa itu tak mahu perubahan mengejut dirasakan kakak (madu) dan keluarganya.
Saya sendiri hanya beraya dengan adik-beradik sahaja. Selepas sedikit serasi, tahun berikutnya baru beraya dengan kakak dan suami di Kuala Kangsar, Perak.
Tahun-tahun selepas itu kami tiada masalah raya bersama, malah turut ikut raya di rumah kakak di Bagan Serai. Ibu kakak pun sudah ibarat ibu saya sendiri.
Mula kahwin memang ramai sinis, tapi bila dah lama kita pun fikir siapa orang luar hendak tentukan hidup kita.
Ada cakap-cakap saya berkahwin kerana ini dan itu. Kalau hendakkan yang berharta, sudah pastilah saya pilih berkahwin dengan lelaki berada.
Walaupun bukan jodoh dengan orang kaya, tapi alhamdulillah saya bahagia.
Pada saya, jika permulaan baik, pasti semuanya akan baik-baik. Yang penting sesama anak dan isteri boleh terima.
Hidup berpoligami, paling penting bergantung kepada peranan suami sebagai penggerak keluarga, kami isteri-isteri ini hanya pembantu.
Jika tak kerjasama, asyik gaduh macam mana hendak aturkan keluarga.
Seperti kami, baikkan hubungan anak-anak dahulu, bagi serasi, baharu boleh tadbir dengan baik. Yang penting masing-masing ada tanggungjawab. Tadbir guna akal dan agama.
Manusia tak dapat lari dari buat salah. Seperti suami jika ada masalah antara kami, dia akan bertanya depan-depan. Masing-masing kami pun ada lebih dan kekurangan.
Seperti untuk persiapan raya ini, bila kakak bekerja saya pun tolong uruskan rumah dan baju raya. Madu saya, saya anggap seperti darah daging sendiri.
Bila di rumah kakak pun sudah macam rumah sendiri. Hendak kemas rumah sambut hari raya, dia pun bagi kepercayaan 100 peratus pada saya. Beli baju raya, jalan ke mana semua sama-sama, banyak suami akan lepaskan kami buat keputusan bersama.
Lagipun suami kita ALLAH pinjamkan, kita ini pun saling dipinjamkan.
Jika ada kes isteri kedua sembunyikan perkahwinan, mungkin mereka ikut situasi. Ada pro dan kontranya. Mungkin disembunyi kerana isteri pertama sakit, tak mahu kecewa dan sebagainya.
Sebagai isteri kedua, patut tahu dengan siapa kita hendak berkahwin. Jika kahwin dengan suami orang, perlu tahu kedudukan. Apa jua keputusan kena terima. Lagipun syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Perlu ikut rentak.
Tapi janganlah hanya diam diri sampai bertahun. Perlu main peranan, cuba kenal dengan madu. Jangan hanya harap suami.
Tujuan berkongsi ini pun kerana ramai anggap poligami hanya masalah antara madu, sedangkan ada sebaliknya. Saya syukur keluarga ada sekarang dan harap keluarga kami bahagia hingga di sana. - Juliah Hitam@Itam Md Daham, 43, pengelola kelas zumba
PENGAKUAN 2
Selalunya tiap kali hari raya tiada masalah kerana saya akan beralah. Suami akan berhari raya di rumah isteri pertama terlebih dahulu, sebelah petangnya pada hari sama beliau akan balik ke rumah saya pula. Tapi 'peraturan' balik raya itu tidaklah kita tetapkan. Cuma saya sendiri beralah.
Pada saya yang penting suami bijak mengendalikan kedua-dua isteri, pasti tidak akan timbul masalah. Selama 11 tahun berkahwin, memang tak pernah gaduh hendak raya di mana. Mula-mula biasalah.. Sabar buat kita menang. Akhirnya isteri pertama juga boleh terima.
Pada saya, isteri kedua memang perlu mengalah. ‘Ambil’ suami orang memang ‘ada masalah’. Tapi bila dah kahwin, perlu sanggup ambil risiko.
Sebab kita tahu kedudukan suami ketika itu, di mana terlebih dahulu hidup dengan isteri pertama.
Suami pun berkahwin lagi kerana hendak tambah kebahagiaan. Jadi kita jangan buat suami pening. Lagipun beliau ada kemampuan hendak tambah (isteri). Bukan nak ambil kebahagiaan, tapi menambahnya lagi.
Yang penting kita jangan busy body hal rumah tangga yang pertama. Seperti suami, beliau bijak pastikan sentiasa adil dalam tindakannya.
Misalnya apa dibeli, lokasi mana kita melancong, akan dipastikan 'benda' sama untuk isteri-isterinya.
Pada saya apa yang penting adalah toleransi dan saling memahami dalam hal rumah tangga. Barulah akan aman bahagia, malahan isu raya di mana bukanlah jadi masalah besar.
Bila ada kes perkahwinan kedua disorokkan, selepas itu isteri terpaksa makan hati beraya tanpa suami, pada saya elok jangan biarkan diri kita disorok sebagai isteri kedua.
Lagipun dalam Islam semua isteri sama haknya. Jika suami berani Reny Rahayu bahagia bersama suami, Datuk Zainal Abidin Jidin. berkahwin dua, dia juga mesti berani menjaga kedua-dua isterinya.
Jangan biar diri sebagai alat pemuas nafsu suami sahaja, tanpa dapat hak sepatutnya. Tapi sebagai isteri kedua dalam banyak hal kita kena banyak beralah jika ingin bahagia. Isteri kena berani nyatakan perasaan pada suami, supaya suami faham. Jangan menjeruk hati kerana ia suatu kebodohan.
Jangan juga biar suami mengambil kesempatan pada perkahwinan kita. Wanita dan isteri mesti tahu hak kita. Lelaki zaman sekarang ramai tidak tahu tanggungjawab seorang suami.
Ingin kahwin konon ikut sunnah nabi, tapi hakikatnya satu pun amalan nabi melayani isteri-isterinya tidak diikuti. Berkahwin untuk bahagia. Kalau menempah derita baik lupakan sahaja.
Malah kita juga boleh pilih sama ada untuk bahagia atau derita. Nasihat saya kalau ada pilihan, janganlah berkahwin dengan suami orang. Dalam bahagia ada derita. - Datin Reny Rahayu Ishak, Selangor
PENGAKUAN 3
Lebih pada isteri pertama
Saya berkahwin dengan suami orang sejak lebih 10 tahun lalu. Walaupun bahagia pada tahun pertama dan kedua, namun ia tidak berpanjangan apabila suami lebih memberi perhatian kepada keluarga isteri pertama.
Saya lihat suami umpama simpan saya selama beberapa tahun daripada pengetahuan isteri pertama.
Entahlah... mungkin dia bimbang berlaku perkara tidak diingini. Tahun ini yang pastinya saya akan beraya bersendirian lagi. Sudah pasti suami akan sibuk dengan isteri pertama, anak-anak dan keluarganya.
Tidak tahu sampai bila nasib saya begini. Suami pun hanya jenguk bila dia rasa nak jumpa. Jika tidak terkontang-kantinglah saya.
Walau awalnya kami setuju tidak memaklumkan perkahwinan kepada pengetahuan umum, tetapi saya sudah mula bosan sampai bila perkahwinan ini ingin disorokkan .
Apatah lagi jika hari raya ini, terasa sangat berseorangan. Suami beri alasan sibuk kerja dan tak mahu susahkan saya seorang diri. Tapi saya pula rasa alasan itu hanya taktiknya.
Waktu paling sedih tiap kali raya, suami tidak dapat beraya bersama kerana perlu pulang ke kampungnya.
Saya juga bimbang suatu hari nanti, jika suami tiada usaha perkenalkan saya sebagai isteri keduanya, ia umpama menanti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa. - Hanis Ahmad (bukan nama sebenar), 33, Kajang.
PENGAKUAN 4
Kadang cemburu dengan madu
Sebagai isteri kedua, saya tak kisah jika suami ingin beraya di rumah isteri pertama. Saya sedar diri, yang saya dan anak-anak hanya menumpang kasih.
Bagi saya, dia hendak berkahwin dengan saya pun sudah cukup bagus. Lagipun suami juga seorang yang tidak tinggal solat. Itu antara sebab saya memilihnya.
Saya berkahwin dan rela menjadi isteri kedua, demi ALLAH dan anak-anak. Lagipun saya seorang janda dan mempunyai empat anak.
Dua daripada anak saya orang kurang upaya (OKU) lumpuh memerlukan tenaga lelaki untuk mengangkat mereka jika hendak ke sekolah, klinik dan sebagainya. Sebab itu saya kahwin dengan suami.
Ini masuk tahun keempat kami berkahwin. Saya tak nafikan, peringkat awal kami kahwin kami menyembunyikannya daripada pengetahuan isteri pertama.
Namun akhirnya, hanya dalam masa dua ke tiga bulan, suami mula beritahu isteri dan keluarganya.
Mula madu enggan terima dan anggap saya perampas.
Namun selepas itu, hatinya mula menerima bila melihat keadaan dua anak OKU saya.
Memang suami utamakan untuk beraya dengan isteri pertama terlebih dahulu, kemudian baharulah beraya dengan saya dan anak-anak.
Kalau diikutkan sebagai wanita, memanglah cemburu dengan madu. Apalagi dia sentiasa usaha tarik perhatian suami. Baru-baru ini mula pasang badan berbanding sebelumnya.
Saya pula terpaksa sibuk dengan kerja dan uruskan anak-anak. Sebagai ibu, saya tahu memang itu tanggungjawab saya.
Ikutkan mahu suami sentiasa berada di sisi. Tapi apa daya. Yang penting dia bertanggungjawab dan tidak abai kami. - Aida Salleh, 40, kakitangan kerajaan, Ipoh
PANDANGAN AGAMA
Utamakan hukum mengikut hierarki
Wanita Muslimah harus menerima hakikat bahawa poligami dibenarkan dalam Islam berdasarkan beberapa faktor. ALLAH SWT berfirman: “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja...” (Surah an-Nisaa’:3).
Kedudukan isteri pertama, kedua dan seterusnya adalah sama seperti yang dijelaskan oleh al-Quran dan Hadis iaitu mentaati suami sepenuhnya kecuali kepada perkara yang membawa ke arah kemaksiatan dan kemungkaran ALLAH SWT.
Sebagai isteri kedua seharusnya bersedia dari segi kekuatan mental dan spiritual yang luar biasa bagi menghadapi alam perkahwinan yang luar biasa. Dia perlu banyak mengalah dengan mengambil kira pengorbanan isteri pertama yang membenarkan si suami berpoligami.
Suami perlu bijak memainkan peranan dan bijak membuat keputusan bagi memastikan keadilan dilaksanakan. Namun perlu diingatkan sebagai suami, ketaatannya adalah kepada ibunya secara mutlak selepas ketaatan kepada ALLAH SWT dan Rasul SAW.
Sekiranya si ibu mengehendaki anaknya berada di sampingnya pada hari raya, maka suami wajib mengikut kehendak ibunya di samping menyusun secara paling bijaksana isteri manakah yang akan menemaninya bersama.
Sama ada berhari raya bersama ibu atau isteri pertama atau isteri kedua, penyelesaiannya adalah berbincanglah secara baik mengikut sunnah. Kehadiran Syawal adalah sebagai tanda kemenangan jadi janganlah dikeruhkan dengan suasana bermasam muka dan bergaduh sesama sendiri. Utamakan hukum mengikut hierarki.
Bagi isteri solehah dan suami soleh, hikmah perkahwinan adalah untuk kita membina keharmonian rumah tangga penuh cinta dalam mencari reda ALLAH SWT. Suami juga harus mengimbas kembali syarat asal membenarkan poligami adalah berlaku adil.
PANDANGAN PSIKOLOGI
Peranan isteri lebih penting dalam memastikan keharmonian dan kebahagiaan sesebuah perkahwinan, terutama dalam membantu kejayaan suami. Jadilah isteri yang bijaksana dengan mengawal emosi menurut ilmu dan hukum.
Perlu bersikap tegas, bertanggungjawab
Dari segi psikologi, balik hari raya mesti mengikut giliran, iaitu isteri pertama, kemudian isteri kedua dan seterusnya. Mereka kena tahu peraturan. Tak bolehlah nak kata "tahun ini saya!". Bila sudah bermadu, isteri kedua tidak boleh over.
Jika kedua-dua isteri berebut suami untuk beraya, mungkin akhirnya suami mengambil jalan 'lepas tangan', tidak ke mana-mana sebaliknya tinggal di hotel. Suami yang gagal menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga, dia dianggap pengecut atau dayus.
Ada juga suami yang berpoligami membuat giliran pulang beraya. Dan ada juga yang membawa semua isteri balik ke kampung suami. Ini bergantung pada kebijaksanaan si suami dalam menjalankan tanggungjawab.
Isteri perlu tahu ke mana suami sewaktu hari raya. Ini kerana segelintir suami mempunyai isteri 'gelap' (perkahwinan tanpa restu/pengetahuan isteri pertama). Ini berbeza jika suami mempunyai kerjaya munasabah bertugas pada hari raya, seperti tentera di tengah laut.
Nasihat saya, pada bulan mulia ini eloklah isteri-isteri berdamai dan elakkan pertengkaran atau berebut suami. Suami perlu bersikap tegas, asertif dan bertanggungjawab dalam melayani isteri-isterinya.
Pada masa sama, suami sebagai anak lelaki perlu utamakan permintaan ibunya dan menjaga kebajikannya jika diminta pulang ke kampung. Apatah lagi jika si ibu tinggal bersendirian. Cuma pastikan si ibu suka kepada isteri yang dibawa pulang. Apa yang penting senangkan dan ambil hati ibu.
Ibu adalah satu-satunya di dunia, manakala isteri boleh diganti. Ada juga permintaan anak yang mahukan si ayah pulang beraya. Apa yang menyedihkan bila si anak itu tidak tahu ada adik-beradik lain. Setelah mendapat tahu si ayah berkahwin lain, maka hilanglah kepercayaan anak terhadap si ayah. Oleh itu si ayah perlu berterus-terang mengenai hal ini sejak awal.
Isteri-isteri juga perlu positif dalam hidup bermadu. Sikap ibu bapa penting dalam membangunkan sahsiah anak. Kebanyakan orang zaman sekarang mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam berpoligami bukan untuk menyelamatkan keadaan, tetapi mereka mahu menyelamatkan nafsu sendiri.
PANDANGAN UNDANG-UNDANG
Isteri berhak tuntut keadilan
Dalam peruntukan undang-undang dan hukum syarak telah jelas menyebut sekiranya perkahwinan itu telah mendapat kebenaran daripada mahkamah, maka dibolehkan berpoligami setelah mahkamah meneliti kesemua fakta yang telah diberikan kepada mahkamah.
Seksyen 24 (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan sekiranya pemohon mempunyai kemampuan untuk menanggung kesemua isteri dan orang yang akan menjadi orang tanggungannya di dalam perkahwinan poligami tersebut dan hendaklah mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan.
Oleh itu, suami hendaklah memberi layanan yang adil kepada isteri-isteri mengikut hukum syarak.
Merujuk kepada isu pulang berhari raya, isteri pertama perlulah memahami dari segi hukum syarak. Malah, pada zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda melayani kesemua isterinya secara adil.
Al-Quran juga menjelaskan suami dibolehkan berkahwin dengan lebih daripada seorang isteri iaitu dua, tiga atau empat sekiranya boleh berlaku adil dengan kesemua isteri yang dikahwininya itu.
Sekiranya isteri pertama membenarkan suami untuk berpoligami, maka si isteri tersebut boleh membuat tuntutan harta sepencarian sebelum atau selepas si suami berkahwin dengan yang lain. Tuntutan ini sangat penting bagi mengelakkan isu harta berlaku di kemudian hari.
Jika si suami tidak berlaku adil antara isteri-isterinya, maka si isteri boleh memohon perceraian di mahkamah dan membuat aduan tersebut di Jabatan Agama Islam di setiap daerah. Sesi kaunseling disediakan sekiranya perkahwinan tersebut masih boleh diselamatkan.
Bagaimanapun, dalam kes isteri ‘gelap’ atau perkahwinan yang dilakukan di luar Malaysia dan telah mempunyai anak tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, maka hendaklah membuat permohonan secara bertulis di mahkamah syariah.
Dengan erti kata lain, si suami yang ingin berpoligami, hendaklah memikirkan tanggungjawab besar yang perlu dipikul bukan hanya dengan seorang isteri tetapi dua, tiga atau empat.
Sekiranya gagal berlaku adil terhadap isteri-isteri, maka si suami boleh dikenakan tindakan undang-undang atau dikenakan denda dan penjara atau kedua-duanya.

0 Komentar untuk " Raya isteri kedua... "