IPOH: Sebut sahaja Nasi Ayam Hainan, Rendang Tok, dan minuman terkenal Kopi Putih, pasti sesiapa yang pernah mencubanya akan berasa teruja untuk bercerita mengenai makanan dan minuman enak yang terdapat di negeri Perak. Selain terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta flora dan fauna, juadah tradisionalnya berjaya mengundang sesiapa sahaja untuk berkunjung lagi ke negeri Perak secara kerap tanpa rasa jemu. Itulah sebabnya Perak terkenal sebagai 'Syurga Makanan Tradisional' baik dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara, terutamanya pelancong dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Baru-baru ini penulis berpeluang menyertai 'Perak Food Trail' anjuran Tourism Perak dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dengan menaiki koc acara khas Intercity dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Seramai 28 agensi pelancongan dari Singapura dan Batam, Indonesia serta empat wakil media dari Malaysia, termasuk penulis sendiri telah menyertai program tiga hari dua malam ini.
Perjalanan dengan keretapi
Perjalanan tren selama empat jam dari Kuala Lumpur ke Ipoh tidak berasa jemu kerana penumpang disajikan dengan kehijauan pemandangan di luar jendela sepanjang perjalanan itu. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat penulis serta 31 peserta lain, yang rata-ratanya menaiki koc santai khas KTMB buat kali pertama dengan rasa amat teruja. Apatah lagi, sepanjang perjalanan itu kami bebas bergerak ke mana-mana di atas koc keretapi itu selain dibawa melawat ke koc santai. Pengurus Kanan Pemasaran, Jualan dan Promosi KTM Intercity, Mohd Noordin Kimi, berkata koc santai yang terdiri daripada tiga gerabak itu dilengkapi dengan kemudahan bilik seminar, perpustakaan mini, dan sistem karaoke yang memberi peluang kepada penumpang untuk berhibur. "Selain itu, mana-mana organisasi yang ingin menganjurkan 'team building', seminar ataupun hari keluarga mereka boleh menggunakan kemudahan itu bagi merasai pengalaman berseminar di atas koc," katanya.
Nasi Ayam Hainan Ipoh
Kami tiba di Stesen Keretapi Ipoh pada kira-kira jam 8 malam dan disambut oleh Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib. Kemudian kami dibawa ke Restoran Nasi Ayam Hainan Ipoh Sdn Bhd, bagi merasai keenakan Nasi Ayam Hainan yang mana adalah juadah masyarakat Cina berasal dari wilayah Hainan, China. Mengikut pemilik restoran, Shahril Hizri Mohamed, nasi ayam disediakan melalui kaedah tradisional masyarakat Cina Hainan iaitu dengan merebus ayam dalam pati tulang ayam. "Pati ini kemudiannya digunakan untuk penyediaan nasi minyak dan berperisa ayam. Nasi Ayam Hainan sering dihidangkan berserta cicahan yang diperbuat daripada sos cili dan serbuk halia serta kebiasaanya disajikan dengan hirisan timun dan taugeh goreng," katanya. Shahril berkata, oleh kerana kebanyakan sajian ini tidak halal dan hanya terhad kepada golongan bukan Islam untuk mencubanya, maka beliau terdetik untuk 'menghalalkan' sajian ini bagi memberi peluang kepada golongan Muslim untuk mencubanya. "Tidak sangka ia mendapat sambutan yang menggalakkan, ...ramai juga golongan bukan Islam datang untuk mencubanya dan memuji masakan kami," katanya. Terry Lai, 54, pemandu pelancong dari Singapura memuji kelazatan Nasi Ayam Hailam yang disediakan syarikat Shahril. "Rasanya tidak ubah seperti yang tidak halal, biasanya akan kekurangan sesuatu sekiranya merasakan nasi ayam jenis tidak halal namun cara masakannya tidak ubah seperti yang 'real'," katanya.
Masakan Cina halal
Keesokan harinya, kami dibawa ke Restoran Caterbest, Bercham untuk makan tengah hari bagi merasai kelazatan masakan Cina asli yang halal. Mengikut pemilik restoran itu, Wong Swee Kok, idea untuk menghalalkan masakan Cina halal adalah untuk memperkenalkan kepada orang Islam kelazatan masakan tradisional Cina. "Ia juga sebagai memberi keyakinan kepada mereka bahawa masakan Cina juga boleh disediakan dalam bentuk halal dengan mengekalkan kelazatannya," katanya. Wong berkata kebanyakan daripada chef dan pembantu restorannya adalah terdiri daripada orang Islam dan tertera logo halal di hadapan premisnya. "Ini juga bagi meyakinkan para pelanggan yang datang untuk mencuba makanan di sini kerana 100 peratus daripada hidangan yang kami sediakan adalah halal," katanya. Sementara itu, Ibrahim berkata, apabila lebih ramai masyarakat Cina menghalalkan masakan mereka, secara tidak langsung ia dapat membantu merancakkan industri pelancongan di negeri Perak. "Jika dilihat pada masa dulu juadah Cina seperti 'Dim Sum' dan sup hanya boleh dinikmati oleh masyarakat bukan Islam kerana ia kebanyakannya disediakan secara tidak halal. "Namun dengan usaha pengusaha industri pemakanan yang telah banyak 'menghalalkan' masakan-masakan tradisional Cina, negeri Perak menjadi antara lokasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang menggemari konsep 'jalan-jalan cari makan'," katanya. - BERNAMA 'Perak Food Trail' anjuran Tourism Perak: http://on.fb.me/1OtiZeb
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69269

0 Komentar untuk " Rasai kelazatan makanan tradisional Cina halal di Perak "