SEKALI melewati gerai milik dua anak muda di bazar Ramadan berhadapan pusat beli-belah Wangsa Walk di sini, ramai pengunjung menyangka mereka menjual lemang, sebaliknya ia adalah ayam pansuh, makanan eksotik tradisional masyarakat Dayak di Sarawak. Anak kelahiran Kuala Lumpur, Amir Kamaruzzaman, 30, dan Ammar Ismaahadi, 28, mendapat idea untuk menjalankan perniagaan yang dinamakan 'Ayam Pansuh KL' memandangkan ia tidak banyak dijual di Semenanjung. Amir yang bekerja di syarikat minyak dan gas swasta mendapat resipi asal hidangan itu daripada sahabatnya ketika beliau tinggal di Sarawak lebih lima tahun.
Perap bersama ramuan selama dua jam
Menceritakan mengenai penyediaan makanan tradisional itu, Amir berkata, seawal jam 10 pagi setiap hari, mereka akan memerap 20 kilogram ayam yang dipotong dadu bersama ramuan selama dua jam sebelum diisi ke dalam buluh untuk dibakar.
"Resipi saya ada penambahbaikan sedikit jika dibanding dengan resipi asal ayam pansuh yang hanya dimakan bersama nasi, namun ayam pansuh saya dimakan bersama nasi dan pecal. Itu sebab saya namakan Ayam Pansuh KL. AYAM yang telah diperap bersama bahan ramuan lain dimasukkan ke dalam buluh. - Foto BERNAMA "Saya jual sebatang RM12. Pakej kita ada nasi dan pecal. Tapi kalau pelanggan beli tiga batang, saya jual RM30," katanya. Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, jualan ayam pansuh meningkat dari sehari ke sehari bermula 20 batang pada hari pertama hinggalah 60 batang pada pertengahan Ramadan kerana perniagaan makanan tradisional itu semakin mendapat tempat di hati warga kota dan perantau dari Sabah dan Sarawak. "Pada awal Ramadan, ramai pelanggan bertanya adakah kami menjual lemang. Agak penat juga menjelaskan kepada mereka, namun berbaloi sebab kini kami sudah ada pelanggan tetap. "Ada yang tempah melalui telefon dan WhatsApp untuk juadah berbuka di kampung bersama keluarga. Itulah hasilnya, Alhamdulillah," katanya.
Sepakat jual makanan tradisional Sarawak
Sementara itu, Ammar berkata, beliau pada mulanya hanya mendapatkan tapak bazar walaupun tiada idea perniagaan apa yang bakal dijalankan, namun selepas berbincang bersama Amir, mereka sepakat untuk menjual makanan tradisional Sarawak itu.
"Hari pertama kami hanya jual 20 batang dan kami jual RM14 sebatang. Itupun lambat masak ambil masa sejam dan pelanggan merungut ayam sedikit dan kurang masak," katanya. ENAK ... Ayam pansuh yang telah masak dikeluarkan daripada batang buluh untuk dihidangkan.
"Mengambil iktibar daripada maklum balas pelanggan itu, kami mencari bahan seperti ayam dan buluh daripada pembekal yang menawarkan harga lebih rendah. Kami juga bakar ayam pansuh itu separuh masak di rumah sebelum dibawa ke bazar," katanya. Ammar berkata, walaupun hanya berdua, mereka masih mampu memenuhi permintaan pelanggan, malah dua sahabat itu merancang untuk meneruskan perniagaan ayam pansuh sepanjang masa melalui promosi di laman sosial.
Tempahan ayam pansuh
"Pelanggan boleh ikuti Facebook dan Instagram Amir iaitu Amir Kamaruzzaman untuk sebarang tempahan atau boleh menghubungi 012-9772240," katanya. Ammar berkata, sama seperti lemang, juadah tradisional istimewa itu dimasak dalam buluh dan dibakar dengan kayu api atau lebih baik di atas bara api sehingga buih kelihatan terkeluar daripada isi ayam dari dalam buluh. Berkongsi resipi Ayam Pansuh KL, Ammar berkata, ayam yang digunakan mesti segar dan perlu diperap bersama ramuan yang dikisar antaranya cili padi, bunga kantan, halia, serai, lengkuas dan daun kunyit. Beliau berkata selepas ayam dibersihkan dan dipotong dadu, ia diperap dengan ramuan yang dikisar, manakala daun ubi pula diramas bersama garam untuk mengeluarkan getahnya dan mengurangkan pahit. Semua bahan dimasukkan ke dalam buluh, manakala pucuk ubi digunakan untuk menutup mulut buluh sebelum dibakar. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69232

0 Komentar untuk " Ayam pansuh jadi juadah kegemaran warga kota "