Catatan berbuka puasa - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Catatan berbuka puasa

SHAH ALAM, Khamis malam 2 Julai - Dalam majlis iftar media 2015 anjuran pejabat media Jabatan Perdana Menteri berlangsung di Kompleks Karangkraf, saya berkesempatan bertemu atau melihat, dari jauh dan dekat, “big names” dalam media perdana Malaysia. Ramai antaranya pernah bertugas di bawah ataupun bersama saya. Kini mereka bosses - ada kelihatan seperti bosses; ada bergelar pun tidak memberi imej mereka berkuasa.

Pada majlis itu perbincangan, sekurang-kurangnya di meja saya, antara kami yang lama tidak bersua adalah seperti dijangka oleh anda semua politik, politik dan skandal, skandal dan masa depan media cetak. Ada antara bosses ini cuba berlakon mesra, ada berasa kekok. Pagi Jumaat saya berjumpa beberapa acquaintances di Institut Jantung Negara (IJN) - satu tempat yang popular tanpa diatur bertemu kawan, seteru dan musuh.

Sambil menunggu ketibaan Perdana Menteri dan rombongannya, kami di meja nombor tiga berhampiran meja utama (high table) berbincang, berjenaka, sindir-menyindir antara satu sama lain and laughing about issues, yang kecil jadi besar yang mega menjadi kecil!

Semeja adalah antaranya, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Tan Sri Johan Jaffar, Pengerusi Media Prima, Datuk Seri Wong Chun Wai, Taiko The Star dan pembesar daripada Utusan Malaysia, New Straits Times dan Bernama. Ada antaranya amat optimistik masa depan Barisan Nasional, seorang cautious; satu amat pesimistik. Apa pun tegas Speaking: “the discussion was illuminating and I do sympathise with current political and government leadership and these media operators.”

Pada majlis seperti ini ada kala gembira kelihatan fantastic organisational skills, good judgment and good humour. Ada kala kita terpaksa tunduk malu dengan kelam kabut dan kerja yang tidak prihatin pada detail. Maka program tidak berjalan lancar walaupun organisasi itu tidak kurang tenaga dan kewangan.

Ini harus terang kepada bakal pemimpin dan pegawai bahawa bukan kewangan dan ramai bilangan pegawai yang akan menjamin organisational skills, good judgement and good humour tetapi kualiti dan kecekapan mereka yang dipilih bekerja dan dipertanggungjawab dalam sesuatu operasi atau majlis.

Saya telah mulai menghadiri majlis rasmi, informal dan separa informal bermula tahun 1957 hingga kini dalam berbagai kedudukan - bawah, tengah hinggalah ke kemuncak possible. Selama 58 tahun, dalam berbagai jawatan dan pangkat, junior dan senior, I still love them.

Pada majlis seperti iftar kita akan mendapati banyak pendidikan yang tidak ada dalam kurikulum yang tidak diajar di sekolah atau di universiti. Jika kita pintar, pasang telinga dan buka mata, mengguna sedikit common sense, walaupun common sense is not common, pengalaman akan memberi anda good judgment. Apa pun, syukurlah seperti pepatah mat salih 'All is welll that ends well'.

Selain dari politik semasa dan skandal, agama adalah subjek yang paling digemari pada majlis seperti ini. Jarang disedari, terutama dalam majlis yang dihadiri majoriti Melayu Islam, bahawa ekonomi dan kewangan tidak menarik minat langsung kecualilah ada skim cepat kaya!!! Tanpa disedari juga inilah yang mencerminkan sikap Melayu Islam tentang ekonomi - lebih suka berbelanja daripada menambah sumber pendapatan dan rezeki. Dalam bulan Ramadan, semua digalak membaca al-Quran. Beberapa ramai pula faham apa yang dibaca, lebih sedikit bilangannya jika pun mereka faham, mengamalkannya atau pun mentransformasikan mereka dari manusia biasa kepada insan kamil seperti yang dianjurkan al-Quran?.

Apabila pulang ke rumah saya membelek-belek al-Quran pada Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Balad kerana dua penceramah telah mengupaskan dua surah itu selepas solat Maghrib di masjid Karangkraf. Kedua-dua surah, pada sayalah, memperlihatkan cara mengurus kebajikan, sosial, pentadbiran, hubungan harmoni antara kaum dan sesama kaum secara adil jika kita melakukan apa yang dianjurkan oleh Al-Kafirun dan Al-Balad.

Shabery, Johan Jaffar, Wong dan saya terkilan, amat terkilan, kerana sungguhpun dalam menu ada air kelapa muda dan ikan Kod Steam Soya Sauce tetapi tidak dihidangkan di meja kami dan meja lain. Setelah protes, pengurus katering berkata, kedua-dua dalam menu itu hanya untuk high table. Seorang daripada antara kami bertanya, then mengapa masuk dalam menu kalau hanya untuk high table sahaja? Tauke katering datang memohon maaf dan menawar kami air kelapa sahaja!

Hadiah kitab daripada Sultan Selangor

Minggu lepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menghadiahkan saya sebuah buku berjudul Sultan-Sultan Soleh di Nusantara oleh Hasanuddin Yusof. Seperti Tuanku Sultan, saya dapati buku ini informatif walaupun seolah-olah hanya dalam bentuk sinopsis. Tuanku Sultan gembira kerana dua Sultan Selangor yang dianggap soleh termasuk dalam koleksi ini. Kedua-dua baginda itu adalah Raja Haji Fisabillah Riau - Lingga dan Tuanku Sultan Sulaiman Shah, moyang baginda. Majoriti sultan-sultan soleh di Nusantara datang dari Indonesia sebelum kesultanan dihapuskan. Seorang dari Brunei, seorang dari Melaka silam.

Saya turut gembira seorang sultan soleh itu memerintah negeri Kelantan, iaitu Sultan Mansur. Sebuah masjid di Kampung Sireh, berdekatan dengan Pusat Pentadbiran Negeri Kelantan, Kota Darulnaim telah dinamakan Masjid Sultan Mansur sempena raja yang taat kepada perintah ALLAH. Negeri Perak diwakili  Sultan Iskandar Shah yang dikenal tawaduk walaupun baginda graduan Universiti Oxford. Terengganu pula Sultan Zainal Abidin 111 yang digelar sebagai pembela pejuang Melayu Islam.

Dalam usaha saya mendekati sejarah Islam di Nusantara sekarang sekali gus saya membaca kitab ulama-ulama besar dari Patani oleh Ahmad Fatahi Al- Fatani. Naskhah yang saya sedang baca ini adalah dalam huruf Jawi. Ramai orang tidak tahu saya sebenarnya lebih cekap membaca jawi dari rumi!

Tuntutan sekolah Inggeris diadakan semula popular dengan bukan Melayu dan elit Melayu

Tunku Munawirah Putra - kalau saya tidak silap, Puteri ini adalah cucunda kepada Bapa Kemerdekaan, ialah seorang pelobi untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita jika tidak pun menukar bahasa penghantar ke bahasa Inggeris.

Mengikut statistik, 77 peratus rakyat Malaysia berkelulusan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, 23 peratus peringkat Sijil Tinggi Pelajaran, tetapi 40 peratus graduan universiti kerajaan (awam) menganggur kerana ketiadaan kepintaran dalam bahasa Inggeris - lisan dan bertulis.

Juga kerana “stuck in a mismatched job" madah Tunku Munawirah - THE EDGE, 29 Jun. Saya bersependapat dan penuh simpati situasi yang dihadapi oleh graduan kita.

Saya tidak suka memberi harapan palsu kerana kerajaan tidak akan tukar sekolah nasional sekarang menjadi sekolah Inggeris. Kita harus melobi supaya 10 peratus saja dari sekolah kebangsaan ditukar jadi sekolah Inggeris. Kita sekarang mempunyai 6,000 sekolah kebangsaan.

Beri rakyat pilihan seperti zaman sebelum merdeka. Penentang menjadikan sekolah Inggeris sebagai sekolah kebangsaan adalah Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari (bekas Menteri Pelajaran) tetapi oleh kerana kencangnya angin pejuang bahasa Melayu dan juga kerana political expediency pendapat kedua-dua tokoh itu diketepikan. Menoleh ke belakang Tunku dan Khir Johari berpandangan jauh.

Madah Speaking “Tunku and Khir were maligned then but looking at the state of our education now the two leaders were right to oppose the conversion”. Apa pun dalam keadaan sekarang kerajaan tidak akan mengubah dasar pendidikan tetapi kita boleh mendesak agar 10 peratus sekolah kebangsaan dijadikan sekolah Inggeris tanpa menjejaskan maruah dan kemurniaan bahasa Melayu.

0 Komentar untuk " Catatan berbuka puasa "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ