KELEMAHAN prestasi ringgit serta pasaran saham tempatan ketika ini adalah reaksi spontan terhadap kebimbangan melibatkan hutang Greece yang tertunggak serta kemungkinan pihak Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia.
Ketika berkongsi pandangannya, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata butiran rundingan penyelesaian antara Greece dan pemberi pinjaman asing ternyata turut menjejaskan sentimen di seluruh dunia selain memberi kesan ke atas pasaran saham serantau.
"Kami menjangkakan kesan terhadap pasaran saham tempatan ini selepas rundingan (Greece) itu gagal. Malah, pasaran sememangnya membuat jangkaan awal akan berlakunya tunggakan bayaran oleh Greece terhadap pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak €1.6 bilion, yang dijadualkan esok," katanya kepada Bernama, hari ini.
Bagaimanapun, jelas Nazri, kesan terhadap Malaysia dijangka minimum kerana pendedahan langsung negara ini terhadap Greece adalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan.
"Bursa saham tempatan dijangka kembali pulih dalam masa satu atau dua minggu lagi dan pelabur digalakkan membeli saham-saham yang memiliki asas baik pada harga yang murah," katanya.
Jelasnya lagi, jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang terhadap kelemahan ringgit.
"Unit tempatan itu mencecah paras 3.78 bagi setiap dolar AS iaitu yang paling lemah dalam tempoh 10 tahun yang disebabkan gabungan pelbagai faktor," katanya.
Namun, Nazri tetap berkeyakinan bahawa pihak Fitch Ratings tidak akan menurunkan penarafan kredit negara ini biarpun Ketua Bahagian Penarafan Negara Asia Pasifik firma penarafan itu, Andrew Colquhoun, pada Mac lalu berkata kemungkinan penarafan Malaysia akan diturunkan adalah sebanyak 50 peratus.
"Penurunan itu akan menjadi yang pertama untuk negara sejak tahun 1998 dan akan hanya berlaku jika kerajaan tidak mengurangkan pembiayaan awam.
Kerajaan sebaliknya telah menunjukkan komitmen dengan mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan hutang serta mengubah ekonomi menjadi lebih pelbagai dan berdaya tahan," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Hutang Greece, Fitch Ratings jejaskan ringgit "