SAHAM secara atas talian bukan semudah yang disangka. Aida (bukan nama sebenar) antara yang menjadi mangsa penipuan siber. Aida, gadis berusia 25 tahun, berkhidmat selama lebih lima tahun di sebuah syarikat swasta.
Seorang yang sentiasa berjimat cermat dengan jumlah pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan, Aida mampu menghantar duit belanja kepada ibu bapanya.
Aida seorang periang dan mempunyai ramai kenalan termasuk mereka yang dikenalinya di alam siber. Dalam diam, Aida tertarik dengan penampilan dan pencapaian seorang kenalan mayanya bernama Rezal.
Padanya, Rezal bukan sahaja berperawakan menarik malah mempunyai pencapaian perniagaan yang sangat baik. Rezal sentiasa memuat naik kejayaan-kejayaan dalam perniagaannya di laman sosial untuk tatapan umum.
Lumrah hidup manusia yang mengimpikan sebuah kehidupan lebih baik dan mewah, begitu juga impian Aida.
Pada suatu hari, Rezal mempelawa Aida untuk makan malam dengannya. Aida menerimanya. Dalam pertemuan itu, Aida tidak melepaskan peluang untuk mengetahui rahsia kejayaan Rezal. Tanpa disangka, Rezal juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaannya.
Rezal memperkenalkan Aida dengan satu skim pelaburan matawang asing yang sangat menguntungkan melalui satu syarikat Forex di luar negara.
Menurut Rezal, pelaburan tersebut tidak mengambil masa lama untuk mendapat pulangannya dan boleh dimulakan melalui pinjaman peribadi dengan mana-mana bank.
Aida amat teruja dengan prospek keuntungan pelaburan tersebut. Walaupun tidak mempunyai pengetahuan tentang pelaburan matawang asing dan perihal syarikat pelaburan tersebut, tanpa ragu-ragu Aida memohon pinjaman peribadi dengan dua bank tempatan.
Seminggu kemudian, Aida menyerahkan kepada Rezal wang berjumlah RM25,000 sebagai modal pelaburan. Rezal berjanji di mana segala urusan membayar balik kedua-dua pinjaman peribadi sebanyak RM900 sebulan akan diuruskan sendiri Rezal melalui keuntungan pelaburan.
Dengan keuntungan diterima, Aida berkira-kira ingin menukar kereta berusia 10 tahun miliknya. Aida amat bersyukur kerana bakal mengecapi kesenangan seperti yang dinikmati orang lain.
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, setiap kali dihubungi, Rezal akan memaklumkan kepada Aida pelaburannya belum cukup matang untuk dituai.
Status terkini laman sosial Rezal pula menunjukkan dia baru melangsungkan perkahwinan yang gilang gemilang. Keyakinan Aida terhadap Rezal mula goyah apabila menerima panggilan daripada pihak bank yang menuntut bayaran balik pinjaman peribadinya.
Menurut pihak bank, mereka tidak menerima sebarang bayaran walaupun setelah empat bulan pinjaman dikeluarkan. Impian Aida berkecai manakala Rezal kenalan alam mayanya telah menutup akaun laman sosialnya dan hilang begitu sahaja.
Bimbang dikenakan dengan tindakan undang-undang oleh pihak bank yang menuntut bayaran jumlah tunggakan berserta faedah, Aida memutuskan untuk mendapatkan khidmat pengurusan kewangan dan kredit dari AKPK Cawangan Kuantan.
Melalui program pengurusan kredit AKPK, bayaran bulanan kedua-dua hutang peribadi Aida dapat dikecilkan supaya Aida tidak terbeban dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
AKPK juga membuat semakan di laman sesawang Bank Negara dan mendapati syarikat pelaburan mata wang asing ditunjangi Rezal menjalankan aktiviti kewangan yang tidak sah.
Aida dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap mana-mana skim pelaburan yang berleluasa di alam siber yang kebiasaannya menawarkan pulangan yang tinggi dalam sekelip mata.

0 Komentar untuk " Bahana penipuan siber "