GARISAN Multazam Sdn Bhd bukanlah syarikat yang baharu bertapak di negara ini. Menggunakan jenama 'Iman No 1', pelbagai produk dihasilkan antaranya makanan sejuk beku serta aneka sos yang sudah pun dikenali ramai.
Ditubuhkan lebih 10 tahun lalu, produk-produk Iman No1 sudah cukup terkenal bukan hanya di Kuantan, Pahang malah di seluruh semenanjung Malaysia.
Berada di beberapa pasar raya besar di negara ini, syarikat ini sudah cukup disegani.
Pemilik syarikat ini Siti Hapizah Md Kail, 37, berkata, perniagaan makanan sudah sebati dalam dirinya dan menjadi minat sejak dahulu untuk berniaga kerana minat yang begitu mendalam.
Baginya, sejak bergelar usahawan, pelbagai pengalaman dikutip dan dijadikan pembakar semangat untuk terus memajukan diri.
"Saya seorang yang tidak suka berputus asa. Jika ada masalah sekalipun, saya akan cuba atasinya dengan sebaik mungkin.
"Berniaga sudah pasti ada pasang surutnya. Tetapi, ia adalah rutin yang perlu saya tempuh dan hadam. Nak jadi peniaga ni kena kuat mental dan fizikal. Mungkin kerana itulah, syarikat saya masih kekal sehingga kini," katanya.
Walaupun sudah lama bertapak, tetapi baginya, setiap hari adalah proses pembelajaran dan tidak mahu mudah mendabik dada.
"Itu yang saya amalkan. Saya suka berkongsi. Saya sentiasa belajar dan mencari ilmu dalam bidang ini. Itu kunci kejayaan.
"Saya elakkan rasa megah atau sombong kerana ia hanya merosakkan diri," kata ibu kepada tiga cahayamata ini.
Pengalaman hidup semasa kecil juga menjadi inspirasi untuknya bekerja lebih kuat.
"Saya bukan lahir daripada keluarga senang. Jadi, setiap kesusahan yang kami sekeluarga alami, dijadikan azimat dalam berniaga.
"Saya beruntung kerana suami dan ibu adalah insan yang sentiasa bersama saya di kala senang dan susah membangunkan Garisan Multazam ini serta produk-produk yang dihasilkan," katanya.
Percubaan berjaya
Jika Iman No. 1 sudah berjaya dan dikenali, Ina mencuba sesuatu kelinan di mana dengan menghasilkan produk kesihatan khusus kepada kaum wanita di bawah nama Iman Care.
Ina berkata, dua produk baharu yang khusus kepada kaum wanita, iaitu Saffiyah Delima Herbs dan Rara Berry dibuat kerana mahu berkongsi dengan pengguna wanita mengenai kepentingan menjaga kesihatan dalam dan juga luaran.
"Sebelum berniaga, saya pernah membuka salon kecantikan. Saya suka perkara yang cantik dan paling penting menyihatkan.
"Sayang rasanya, apa yang ada saya guna sendiri tanpa berkongsi. Saya membesar dalam kalangan keluarga bidan. Arwah nenek saya adalah bidan.
Kalau di Kuantan, dia sangat terkenal hingga ke istana. Jadi, banyak petua dan amalan lama yang saya masukkan sebagai kandungan dalam dua produk ini," katanya.
Ina mengakui, mengambil masa dua bulan untuk membuat kajian mengenai kandungan yang perlu dimasukkan.
"Saya juga beruntung kerana adik ipar saya merupakan seorang yang arif dalam bidang farmaseutikal. Jadi, dengan bantuannya memudahkan kerja-kerja. Selain itu, pihak Mardi dan Sirim juga antara yang banyak membantu dalam saya menghasilkan produk kesihatan ini.
"Kedua-dua produk ini dihasilkan dengan mengambil inspirasi halal di mana mengandungi pelbagai makanan sunnah. Saya mahu wanita kelihatan cantik dan sempurna," katanya.
Baginya, wanita yang cantik adalah mereka yang dapat menjaga luaran dan juga dalaman.
"Kerana itu, saya tampil dengan dua produk ini yang saya anggap sebagai pelengkap kepada wanita," katanya.
Jualan atas talian
Dengan bermodalkan RM150,000, katanya, kedua-dua produknya kini semakin mendapat tempat.
"Mendapat kerjasama baik daripada pelbagai pihak serta pekerja-pekerja saya, semuanya berjalan dengan baik dan terhasillah produk-produk ini.
"Sejak berada di pasaran sekitar Mac lalu, produk-produk ini mendapat maklum balas begitu baik," katanya
Menggunakan sepenuhnya medium atas talian sebagai urusan jual beli, Ina berkata, usahanya membuahkan hasil yang begitu baik.
"Kali pertama saya lihat kesemua produk-produk ini, timbul juga kerisauan. Saya sudah buat sehabis baik dan mahu memberi terbaik kepada pengguna, adakah ia berbaloi.
"Saya lihat ada beratus-ratus kotak di pejabat. Sehari demi sehari, ia makin menyusut. Alhamdulillah, dalam tempoh dua bulan, kesemuanya habis dijual.
Saya begitu teruja dan tidak sabar untuk terus menghasilkan produk yang lebih berkualiti selepas ini," katanya yang akan membuka kilangnya tidak lama lagi.
Bercerita mengenai kedua-dua produk ini, Ina berkata, Safiyyah Delima Herbs yang kaya dengan antioksidan dapat membantu memudarkan parut dan tompok hitam pada wajah serta badan serta mengurangkan kedutan dengan menjaga keanjalan kulit
"Banyak kelebihan kedua-dua produk ini. Ia boleh diminum semua peringkat umur kerana kandungannya yang begitu berkhasiat.
"Produk Rara Berry lain daripada produk sedia ada kerana kandungannya yang menepati makanan sunnah dan semestinya halal.
Antara ramuan terbaik terkandung dalam produk ini ialah habbatusauda, kacip fatimah, manjakani, serapat, pueraria mirifica, manggis, kurma, buah tin, delima, za’faran madu, kunyit, kolagen dan glutathione," katanya.
20,000 kotak habis dijual
Siapa tidak gembira, apabila produk yang dihasilkan laris macam pisang goreng. Menurut Ina, produk yang pada awalnya tidak diyakini mampu bersaing memandangkan pelbagai produk lain banyak di pasaran, namun jika itulah rezeki, tiada siapa mampu menolaknya.
"Saya akui, peringkat permulaan saya agak bimbang. Bukan tidak yakin atas kemampuan produk sendiri, tetapi benda baru, mungkin lambat orang nak terima.
"Sangkaan saya meleset kerana ramai percaya pada produk ini memandangkan kandungan yang terdapat di dalamnya sememangnya mampu membantu wanita-wanita ketika menggunakannya," katanya.
Dengan sambutan menggalakkan, Garisan Multazam akan membuka cawangan di Kuala Lumpur tidak berapa lama lagi.
"Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada ini, saya akan buka pejabat di sini dan semua urusan produk ini boleh dibuat di sini.
"Selain itu, saya juga mencari ibu tunggal atau suri rumah yang mencari pendapatan sampingan untuk menjadi agen ataupun stokis kami," katanya yang kini dalam usaha untuk membawa produknya memasuki Watson's dan farmasi yang lain.
Katanya lagi, syarikatnya akan membuat promosi besar-besaran dan akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk memperkenalkan produknya.
"Kami alu-alukan yang berminat melihat laman web atau facebook kami untuk keterangan lanjut," katanya.

0 Komentar untuk " Dari makanan ke kesihatan "