Jualan tidak meningkat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jualan tidak meningkat

“JUALAN kedai runcit saya tidak meningkat selepas GST,” demikian luahan peniaga runcit Norbayah Mohamad Zahari.

Keadaan tersebut sedikit menyukarkannya terutama apabila modal pusingan diterima lebih kecil berbanding sebelum ini.

“Saya perasan selepas GST, pengguna lebih berhati-hati berbelanja dan gemar membawa senarai barang.

“Mereka juga lebih banyak membeli barangan yang diperlukan dalam kuantiti banyak dan barangan segar seminggu sekali,” katanya.

Katanya, pengguna takut berbelanja berlebihan dan hampir tiga bulan situasi tersebut masih berlanjutan.

“Sambutan sangat berbeza. Ada pelanggan hanya masuk, melihat harga barang dan keluar.

"Ada juga mencari barang murah dan membelinya dalam kuantiti banyak,” katanya.

Tetap rasional menghadapi situasi tersebut, Norbayah perkenalkan konsep tempahan barang dari kedainya sama ada melalui kedai atau atas talian (online) dan akan dihantar ke rumah.

Dia juga mengadakan tawaran harga lebih rendah di kedainya seminggu sekali.

“Peniaga kecil terkesan dengan GST apabila pelanggan berkurangan. Jadi beberapa cara dan pendekatan sendiri perlu dilakukan,” katanya.

0 Komentar untuk " Jualan tidak meningkat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ