SYARIKAT penyedia perkhidmatan e-dagang, DAGANG NeXchange Berhad (DNeX) melaburkan kira-kira RM170 juta bagi memasuki cabang baharu perniagaan minyak, gas dan tenaga pada tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Zainal Abidin Jalil berkata, pihaknya menjangkakan keuntungan dalam industri tersebut melangkaui keuntungan selepas cukai e-dagang pada 2014 yang bernilai RM17.77 juta dalam tempoh masa lima tahun lagi.
"Keputusan pelaburan dalam bidang ini bersifat jangka masa panjang dan kami tetap mengekalkan perniagaan e-dagang walaupun keuntungan lebih kepada minyak dan gas.
"Perniagaan minyak dan gas dipilih kerana merasakan ia bidang menarik dan kos pelaburan lebih rendah," katanya ketika Mesyuarat Agung Tahunan syarikat tersebut.
Jelasnya, langkah pertama DNeX untuk mengambil alih dua syarikat OGPC Sdn Bhd dan OGPC O&G Sdn Bhd.
Katanya, kedua syarikat itu merupakan pembekal peralatan dan perkhidmatan untuk industri minyak dan gas, petrokimia dan kuasa dalam usaha memasuki industri.
"DNeX mengambil alih 51 peratus kepentingan Forward Energy Sdn Bhd, sebuah syarikat terlibat perniagaan berkaitan tenaga khusus bidang pengeluar tenaga bebas, loji jana kuasa, tenaga.
"Kita telah memeterai perjanjian jual beli dengan Baker Hughes (Malaysia) Sdn Bhd bagi pembelian peralatan bernilai RM16 juta," katanya.
Dalam perjanjian itu, DNeX turut menandatangani Perjanjian Penyewaan Peralatan kepada syarikat tersebut bagi tempoh empat tahun dengan opsyen dilanjutkan dua tahun pembaharuan dari tahun ke tahun.

0 Komentar untuk " DNeX: Masuk bidang baharu "