NESTLE (Malaysia) Berhad (Nestle) menjangkakan kedudukannya dalam pasaran tempatan bagi segmen ais krim akan diperkukuhkan dengan pelancaran produk baharunya, ais krim goreng perisa durian edisi terhad.
Pengurus Eksekutif Perniagaan Ais Krim Nestle, Yit Woon Lai berkata, buat masa ini, ais krim keluarannya mempunyai kedudukan yang baik dalam pasaran dengan permintaan yang tinggi.
“Melihat sambutan menggalakkan terhadap produk ais krim goreng Nestle perisa coklat dan vanila, kami mengambil langkah mengeluarkan perisa durian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
“Memandangkan ada permintaan untuk kami keluarkan ais krim goreng perisa durian, maka kami menjangkakan ia akan membantu mengukuhkan kedudukan dengan variasi produk yang ada,” katanya selepas majlis pelancaran produk tersebut di Subang Jaya.
Menurut Woon Lai, pihaknya juga menjangkakan sambutan menggalakkan bagi produk baharu tersebut memandangkan durian sangat digemari tidak kira usia.
“Kami gembira dengan prestasi kami melalui kejayaan ais krim goreng perisa vanila dan coklat yang diperkenalkan pada Januari 2014 dan berharap perisa baharu ini akan mewujudkan permintaan yang luar biasa,” katanya.
Ditanya sama ada Nestle akan meneruskan jualan ais krim goreng perisa durian selepas tempoh terhad jualannya tamat atau tidak, Woon Lai berkata, ia bergantung kepada sambutan yang diterima.
“Ais krim goreng perisa durian ini hanya akan dijual sehingga hujung tahun ini sahaja. Tetapi jika sambutan yang diterima amat luar biasa kami akan mengekalkannya,” katanya.

0 Komentar untuk " Ais krim goreng durian edisi terhad "