KERAJAAN optimis kutipan jualan terkumpul dihasilkan peserta Tunas Usahawan Belia (Tube) 2.0 melebihi 50 peratus daripada kutipan peserta Tube 1.0 berjumlah RM5.87 juta.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ir Hamim Samuri berkata, program Tube merupakan inisiatif kerajaan menggalakkan generasi muda menceburi bidang perniagaan.
“Program ini menyokong usaha kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk melonjakkan pendapatan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah yakni Bottom 40 (B40) melalui penglibatan bidang perniagaan.
“Tube 1.0 yang dijalankan pada tahun lalu, menyaksikan 442 peserta daripada 448 yang menyertai program tersebut berjaya mendaftarkan perniagaan dan mewujudkan 991 peluang pekerjaan,” katanya ketika Majlis Pra-Pelancaran Tube 2.0 di Kuala Lumpur.
Pada Mei lalu, kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bersetuju untuk memperuntukan RM10 juta bagi pelaksanaan Tube 2.0 yang dilaksanakan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).
Sementara itu, Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, pihaknya menyasarkan 500 peserta akan terlibat bagi program Tube 2.0 kali ini.
“Sejumlah RM15,000 akan disalurkan kepada setiap peserta yang berjaya melepasi fasa pertama dan kedua program tersebut untuk mereka memulakan perniagaan yang berpotensi tinggi.
“Kami juga akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec), bagi menarik lebih ramai usahawan muda menceburi bidang e-dagang,” katanya.
Beliau berkata, SME Corp juga akan melihat perniagaan berasaskan logistik untuk diceburi oleh peserta Tube 2.0 yang berjaya melepasi syarat yang ditetapkan.
Program Tube 1.0 yang dilaksanakan tahun lalu menyaksikan jualan yang berjaya dijana bernilai RM5.87 juta dengan purata jualan bagi setiap syarikat berjumlah RM13,000.
Majoriti peserta yang berjaya terlibat dalam sektor perkhidmatan dan 13 peratus dalam pembuatan serta tujuh peratus dalam pertanian.

0 Komentar untuk " Tunas Usahawan Belia: Optimis jualan 50 peratus "