Pembatalan GST ke atas prabayar jejas operasi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pembatalan GST ke atas prabayar jejas operasi

IMPAK positif melepaskan enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan prabayar sudah diambil kira dan oleh itu pembatalan pengenaan kutipan itu menjejaskan operator mudah alih, kata firma penyelidikan, AllianceDBS Research.

"Selain itu, keputusan suku tahunan DiGi.Com Bhd dan Maxis Bhd juga suram, walaupun ada tanda-tanda menunjukkan saingan semakin sengit, terutama dalam segmen prabayar.

"Oleh itu, kami memilih operator talian tetap, Telekom Malaysia Bhd dan TIME dotCom Bhd, berdasarkan nilai dan potensi pertumbuhannya yang menarik," kata  AllianceDBS dalam nota kajiannya hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata kedudukan GST ke atas baucar tambah nilai masih tidak menentu susulan pengumuman Jabatan Kastam bahawa operator mudah alih perlu kembali kepada kedudukan asal sebelum GST ke atas tambah nilai prabayar mulai 1 Mei 2015.

Pengawal atur, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sebaliknya Berkata, keputusan dalam tempoh yang singkat itu boleh menimbulkan masalah dari segi logistik memandangkan ia melibatkan perubahan yang kompleks.

AllianceDBS berkata, jika operator melaksanakan harga termasuk GST, mereka perlu mengurangkan unjuran pendapatan tahun kewangan sebanyak dua hingga lima peratus.

"Ini disebabkan kami sebelum ini mengunjurkan peningkatan hasil tiga peratus oleh penggiat mudah alih.

"Harga termasuk GST neutral ke atas hasil, berdasarkan perakuan hasil adalah sama sebelum ini dan pelanggan dijangka tidak menambah nilai pada jumlah lebih besar untuk memenuhi jumlah tambah nilai yang lebih rendah (iaitu mereka akan mengurangkan penggunaan)," katanya.

Firma penyelidikan itu mencadangkan 'simpan' ke atas Axiata Group Bhd dan DiGi, 'nilai penuh' ke atas Maxis Bhd dan 'beli' ke atas Telekom Malaysia dan TIME dotCom Bhd.

Pada 11.30 pagi, Axiata susut empat sen kepada RM6.80 dengan 2.71 juta saham bertukar tangan, DiGi dan Maxis masing-masing turun satu sen kepada RM6.04 (3.72 juta saham didagangkan) dan RM6.99 (1.27 juta saham bertukar tangan).

Telekom Malaysia susut 14 sen kepada RM7.33 (211,000 saham diurusniagakan) namun TIME dotCom menokok tiga sen kepada RM6.11 (120,000 saham diniagakan). - Bernama

0 Komentar untuk " Pembatalan GST ke atas prabayar jejas operasi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ