SELARI dengan sasaran Malaysia sebagai hab kewangan Islam dunia, SME Bank Malaysia Bhd (SME Bank) memperkenalkan Program Chatered Islamic Development Banker (ChiDB) sekali gus meletakkan SME Bank di landasan tepat.
Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, SME Bank bekerjasama dengan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan anak syarikatnya, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan (Cedar) bagi membangunkan program itu.
“Program ini yang pertama diperkenalkan dalam segmen kewangan Islam dan dijangka menghasilkan tenaga profesional yang kompeten dalam industri memandangkan modul program ini dibangunkan khas mengikut keperluan dan struktur bank pembangunan.
“Kami berharap inisiatif antara SME Bank dan IBFIM, ia akan membuka platform bank pembangunan lain bagi melahirkan modal insan yang bukan saja memenuhi keperluan industri tempatan tetapi peringkat antarabangsa,” katanya selepas majlis pentauliahan kakitangan SME Bank di sini, semalam.
Pada majlis itu seramai 296 kakitangan SME Bank mengikuti ChIDB dan berjaya menyelesaikan program terbabit bagi kumpulan pertama bermula tahun lalu.
Mohd Radzif berkata, ChIDB adalah program yang diwujudkan untuk menyediakan latihan terbaik bagi melahirkan kakitangan dan eksekutif yang cekap dalam industri kewangan Islam.
“Program ini juga menawarkan konsep baharu kepada institusi Pembangunan Kewangan (DFI) sejajar dengan konsep sedia ada seperti jurubank bertauliah dikendalikan Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) dan Perbankan Islam Bertauliah (CIB)) yang dikendalikan oleh IBFIM.
“Kita percaya inisiatif yang dilaksanakan ini mempunyai potensi untuk menjadi peneraju dan pemain industri utama dalam perbankan Islam dalam dan luar negara,” katanya.

0 Komentar untuk " ChiDB lahir pakar perbankan Islam "