FGV ambil alih ladang lama, kekal aliran - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

FGV ambil alih ladang lama, kekal aliran

FELDA Global Ventures Plantation (M) Sdn Bhd dijangka terus mencari ladang sawit lama yang masih mengeluarkan hasil ketika syarikat itu menjalankan aktiviti penanaman semula secara agresif untuk memastikan aliran kewangan dan keuntungannya tidak terjejas.

Naib Presiden dan Ketua Kluster Perladangan, Abdul Halim Ahmad berkata, FGV akan mencari ladang sawit lama yang mempunyai keluasan sama dengan kawasan yang menjalankan aktiviti penanaman semula dan dianggarkan sebanyak 15,000 hektar tanah akan melalui proses tersebut dalam tempoh setahun.

"Pada masa ini, kami sedang melihat tanah ladang lama berkeluasan 60,000 hektar. Kita sudah mempunyai kira-kira 25,000 hingga 30,000 hektar (ladang sawit lama) dan kami sedang meninjau 20,000 hektar (ladang sawit lama). Selepas itu, kita dapat memastikan aliran tunai syarikat yang stabil," katanya kepada pemberita sempena lawatan media di Bahau.

Beliau berkata keuntungan FGV dijangka meningkat sehingga 25 peratus dalam tempoh lima tahun berikutan profil umur pokok kelapa sawit yang matang.

Ditanya mengenai kos bagi aktiviti penanaman semula, Abdul Halim berkata jumlah kos yang terlibat ialah RM135 juta bagi 15,000 hektar untuk tahun pertama dan kos tersebut akan meningkat kepada RM172.5 juta selepas ditambah RM37.5 juta bagi kos penyelenggaraan ladang untuk tahun kedua.

Beliau turut menegaskan jumlah perbelanjaan tersebut wajar untuk memastikan penghasilan pokok pada tahap maksimum dengan sasaran dalam tempoh lima tahun.

Mengenai status pembelian ladang sawit lama, beliau berkata FGV sedang meneliti beberapa cadangan pembelian ladang lama di Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea yang dijangka pembelian tanah tersebut akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini.

Katanya, biasanya ladang sawit lama yang dibeli mempunyai keluasan melebihi 10,000 hektar.

Beliau turut menjelaskan kos pengambilalihan ladang sawit lama itu akan dibiayai melalui hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO) ketika penyenaraian syarikat tersebut di Bursa Malaysia pada 2012.

Secara keseluruhan, FGV mempunyai simpanan tanah seluas 467,755 hektar termasuk 56,422 hektar di Indonesia. Daripada jumlah itu, 350,394 merupakan kawasan tanaman sawit manakala selebihnya adalah kawasan baharu dan mempunyai pembangunan infrastruktur.

Langkah ini amat penting untuk memastikan FGV mendahului pemain lain dalam profil umur pokok bagi tempoh lima tahun, iaitu 60 peratus pokok matang, diikuti pokok kelapa sawit muda dan tua dengan masing-masing sebanyak 20 peratus.

Melalui aktiviti penanamam semula dan program Big Bang, pengeluaran hasil buah tandan segar akan meningkat kepada hampir 25 tan metrik sehektar setahun berbanding 16 tan metrik pada masa ini. Secara keseluruhannya, jumlah pengeluaran bertambah kepada 1.08 juta tan metrik.

Syarikat itu turut menyasarkan untuk menjana RM320 juta setahun melalui program Big Bang yang diperkenalkan pada awal tahun ini. - Bernama

0 Komentar untuk " FGV ambil alih ladang lama, kekal aliran "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ